ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  ​LIGHTBRIDGE DAN FRAMATOME MELANCARKAN ENFISSION UNTUK MENGKOMERSIALKAN BAHAN API NUKLEAR INOVATIF

Monday 29/01/2018



RESTON, Va., 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Lightbridge Corporation (NASDAQ:LTBR) (“Syarikat”), syarikat teknologi bahan api nuklear dan Framatome, peneraju dalam bahan api nuklear, komponen dan perkhidmatan reaktor, menyelesaikan dan melancarkan Enfission, kerjasama 50-50 syarikat untuk membangunkan, melesenkan dan menjual himpunan bahan api nuklear berdasarkan teknologi bahan api berlogam yang direka oleh Lightbridge dan lanjutan harta intelek bahan api nuklear yang lain. Lightbridge merupakan syarikat pembangunan bahan api A.S. dan Framatome merupakan peneraju dalam reka bentuk, pembinaan, perkhidmatan dan pembekal kumpulan reaktor masa kini dan memajukan tenaga nuklear.

Kedua-dua syarikat tersebut telah memulakan pembangunan bahan api bersama dan mengawal selia kerja pelesenan di bawah perjanjian yang ditandatangani pada awal Mac 2016. Kerjasama tersebut adalah syarikat liabiliti terhad yang berpangkalan di Delaware.

Bernard Fontana, Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Framatome, berkata, "Ini adalah masa perkembangan yang menarik untuk Framatome dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan Lightbridge untuk Enfission. Bersama-sama, kami membangunkan teknologi bahan api inovatif yang akan memberikan manfaat yang besar kepada pelanggan kami, membantu mereka menghasilkan lebih banyak tenaga elektrik daripada loji kuasa nuklear mereka dan bersaing dengan lebih baik di pasaran. Framatome menyediakan reka bentuk himpunan bahan api generasi mendatangnya kepada lebih daripada 100 daripada kira-kira 260 reaktor air ringan di seluruh dunia. Melalui kerja ini, kami membantu para pelanggan kami untuk mencapai matlamat operasi mereka dengan tahap keselamatan yang tinggi. Kami yakin bahawa perkongsian strategik kami dengan Lightbridge untuk Enfission akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain antarabangsa utama dalam pasaran bahan api global. “

Seth Grae, presiden dan CEO Lightbridge, berkata, "Dengan dunia menyeru untuk kuasa beban asas yang lebih boleh dipercayai, menjimatkan dan bebas karbon, teknologi bahan api berlogam inovatif Lightbridge akan membantu kedua-dua loji nuklear sedia ada dan baru memenuhi keperluan ini. Framatome adalah rakan kongsi yang ideal dengan keupayaan pembuatan yang mantap, reputasi yang sempurna sebagai pembekal bahan api nuklear dan jejak global yang besar. Kami menghargai sokongan kuat yang telah kami terima daripada peneraju pengendali nuklear, di A.S. dan di seluruh dunia. Keperluan tenaga dan iklim dunia hanya dapat dipenuhi jika kuasa nuklear berkembang sebagai sebahagian daripada campuran penjanaan tenaga. Kami berbesar hati untuk bekerja dengan Framatome dalam projek penting ini dan percaya manfaat ekonomi dan keselamatan bahan api kami akan menggalakkan penggunaan kuasa nuklear yang lebih besar. “

Perihal Framatome

Framatome adalah pemain antarabangsa utama dalam pasaran tenaga nuklear yang diiktiraf untuk penyelesaian inovatif dan teknologi bernilai untuk mereka bentuk, membina, menyelenggara dan memajukan kumpulan nuklear global. Syarikat mereka bentuk, menghasilkan dan memasang komponen dan bahan api untuk loji tenaga nuklear dan menawarkan pelbagai perkhidmatan reaktor.

Dengan 14,000 pekerja di seluruh dunia, setiap hari pakar Framatome membantu pelanggannya meningkatkan keselamatan dan prestasi stesen jana kuasa nuklear mereka dan mencapai matlamat ekonomi dan sosial mereka.

Sertai perbualan tenaga dengan Framatome Inc di Twitter: @FramatomeUS dan Facebook: @FramatomeUS.

Framatome dimiliki oleh EDF Group (75.5%), Mitsubishi Heavy Industries (MHI – 19.5%) dan Assystem (5%).

Perihal Lightbridge Corporation

Lightbridge (NASDAQ:LTBR) merupakan syarikat pembangun teknologi bahan api nuklear yang berpangkalan di Reston, Virginia, USA. Syarikat ini membangunkan pemilikan teknologi bahan api nuklear generasi mendatang untuk reaktor sedia ada dan masa hadapan. Teknologi tersebut meningkatkan dengan ketara aspek ekonomi dan keselamatan bagi tenaga nuklear, beroperasi lebih kurang 1000° C lebih sejuk berbanding bahan api biasa. Lightbridge mencipta, melindungi dengan paten dan telah mengesahkan sendiri teknologi tersebut, termasuk kejayaan demonstrasi bahan api di dalam reaktor kajian dengan rancangan jangka masa singkat untuk mendemonstrasikan bahan api dalam suasana reaktor komersial. Syarikat telah menghimpunkan pasukan pembangun bertaraf dunia termasuk pakar berpengalaman daripada pembuat bahan api global terkemuka. Empat kemudahan elektrik besar yang menjana lebih kurang separuh kuasa nuklear di A.S. telah menasihati Lightbridge tentang pembangunan dan pengerahan bahan api. Syarikat tersebut beroperasi di bawah model pelesenan dan royalti, disahkan sendiri dan berdasarkan peningkatan kuasa yang dijana oleh bahan api yang direka oleh Lightbridge, serta ROI yang tinggi untuk operator reaktor sedia ada dan baru. Faedah ekonomi telah dipertingkatkan lagi dengan kredit karbon berjangka yang tersedia di bawah Stesen Jana Kuasa Bersih. Lightbridge juga membekalkan perkhidmatan nasihat menyeluruh untuk program nuklear yang sudah mapan atau bakal muncul berdasarkan falsafah ketelusan, ketakleluasan, keselamatan dan kejayaan operasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ltbridge.com.

Untuk menerima kemas kini tentang Lightbridge Corporation melalui e-mel, langgan di http://ir.ltbridge.com/alerts.cfm .

Lightbridge juga di Twitter. Daftar masuk untuk mengikuti @LightbridgeCorp di http://twitter.com/lightbridgecorp.

Kenyataan Masa Hadapan

Kecuali perkara sejarah, perkara yang dibincangkan dalam hebahan berita ini adalah kenyataan masa hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan tentang kerjasama dan impaknya terhadap perniagaan, pelanggan dan kedudukan setiap syarikat dalam pasaran bahan api global;  pembangunan teknologi bahan api berlogam inovatif; keperluan tenaga dan iklim dunia; dan keupayaan kuasa nuklear komersial untuk memenuhi keperluan tenaga dan iklim dunia. Kenyataan ini didasarkan pada jangkaan semasa pada tarikh hebahan berita ini dan melibatkan beberapa risiko dan ketidaktentuan yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan. Risiko termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, tahap penerimagunaan pasaran produk dan penawaran perkhidmatan Syarikat; persaingan pasaran;  kebergantungan pada rakan strategik; permintaan bahan api untuk reaktor nuklear; keupayaan Syarikat untuk menguruskan perniagaannya dengan berkesan dalam pasaran yang pesat berkembang; serta faktor lain yang dijelaskan dalam pemfailan Lightbridge dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Lightbridge tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak apa-apa kenyataan masa hadapan yang seumpamanya, sama ada kerana adanya pembangunan baru atau sebaliknya. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada kenyataan masa hadapan ini.

Hubungan Pelabur:
David Waldman/Natalya Rudman
Tel. +1 855-379-9900
ir@ltbridge.com

Sumber : Lightbridge Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.