ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  ​TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MELANCARKAN MOSFET DWI KECIL UNTUK PEMACU GEGANTI

Monday 29/01/2018



TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran "SSM6N357R," sebuah MOSFET baharu dengan sebuah diod terbina dalam di antara pangkalan salir dan pangkalan get. Peranti itu sesuai untuk memacukan beban induktif, seperti geganti mekanikal. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
SSM6N357R menggabungkan sebuah perintang tarik-bawah, satu siri perintang dan diod Zener, yang mengurangkan kiraan peralatan dan menjimatkan pada ruang papan. Tambahan pula, kerana ia merupakan sebuah produk pakej jenis dwi (2 dalam 1), ia mempunyai kira-kira 42% ruang pemasangan yang lebih kecil berbanding dengan alternatif menggunakan dua produk pakej jenis tunggal SSM3K357R (2.4 x 2.9 x 0.8 mm).
 
Sebuah pakej kelas TSOP6F yang standard industri, sebuah voltan pengoperasian rendah 3.0V dan kelayakan AEC-Q101 menjadikan SSM6N357R sesuai untuk bidang automotif dan banyak aplikasi lain.
 
Aplikasi
  • Geganti dan kawalan solenoid untuk aplikasi automotif
  • Geganti dan kawalan solenoid untuk aplikasi perindustrian
  • Kawalan klac untuk peralatan OA
 
Ciri-ciri
  • Mengurangkan ruang papan dan kiraan peralatan (perintang tarik-bawah, perintang siri dan diod Zener bersepadu.)
  • Voltan pengoperasian rendah 3.0 V
  • Pakej Dwi (2 dalam 1)
  • Kelayakan AEC-Q101

Table
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET rintangan rendah kecil yang terbaharu dari TDSC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/small-mosfet.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai  Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180128005099/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.