ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  LEGO® EDUCATION LANCAR AKTIVITI PENCIPTA BAHARU UNTUK SEKOLAH

Friday 02/02/2018



Pendidik boleh mencuba aktiviti LEGO® Education Maker yang baharu, mempelajari tip untuk mewujudkan sebuah ruang pencipta di sekolah serta berkongsi cara mereka menggunakan bata LEGO di bilik darjah untuk mencipta melalui penyertaan dalam Anugerah Guru LEGO Education.

BILLUND, Denmark, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE ) -- LEGO® Education Maker, satu kumpulan aktiviti untuk pembelajaran awal pada tahap sekolah menengah, kini ditawarkan untuk sekolah-sekolah di seluruh dunia. Aktiviti ini bertumpukan pada bata LEGO yang ikonik dan diilhamkan oleh penciptaan tanpa batas dan kreativiti menarik. Aktiviti LEGO Education Maker baharu dan percuma ini meliputi cabaran yang merangsang setiap pelajar pada setiap tahap pendidikan dan penyelesaian LEGO Education termasuk LEGO Education STEAM Park, LEGO Education Simple Machines, LEGO Education WeDo 2.0, LEGO® MINDSTORMS® Education EV3 dan LEGO Education Simple and Powered Machines.

Aktiviti LEGO Education Maker baharu menyediakan pembelajaran tanpa had bagi semua peringkat umur

Aktiviti LEGO Education Maker baharu meletakkan peranan pendidik sebagai pemudah cara apabila mereka membimbing pelajar untuk berhadapan dengan siri cabaran tanpa batas yang berasaskan masalah dan senario kehidupan sebenar. Pelajar bekerjasama dalam pasukan untuk mendefinisikan masalah, menjalankan sumbang saran untuk mendapatkan idea, mendefinisikan kriteria reka bentuk, dan menggunakan dapatan mereka bagi membangun dan membina penyelesaian berinovatif. Aktiviti LEGO Education Maker mengandungi motor dan sensor yang mudah untuk dikodkan untuk membangunkan kemahiran abad ke-21 yang penting di samping memupuk semangat kerja berpasukan, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah kreatif dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar.

Alami aktiviti LEGO Education Maker baharu termasuk idea untuk mewujudkan ruang pencipta sekarang di www.LEGOeducation.com/maker.

Anugerah Guru LEGO Education tahunan meraikan pengajaran dan penciptaan berinovatif di seluruh dunia

Pada hari ini, pendidik dari seluruh pelusuk dunia dijemput untuk menyertai Anugerah Guru LEGO Education, sebuah program global yang bertujuan untuk meraikan pengajaran berinovatif dalam mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Anugerah Guru LEGO Education tahunan pada tahun ini menggalakkan guru sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi cara mereka "mencipta" dengan bata LEGO di bilik darjah mereka.

Pada tahun lalu, pemenang dari seluruh dunia menghadiri Simposium LEGO Education 2017 yang diadakan di Billund, Denmark untuk memaparkan dan berkongsi amalan berinovatif dengan pendidik yang sama-sama hadir. Lanjutan kejayaan Anugerah Guru LEGO Education ini, sambutan itu kembali untuk menonjolkan kohort pendidik yang berbakat dan berdedikasi pada tahun ini.

Pemenang pada tahun ini berpeluang untuk membentangkan hasil kerja mereka di Simposium LEGO Education 2018 di Boston, Amerika Syarikat pada 5 hingga 7 Jun 2018 dengan kerjasama Tufts University.

Pendidik dari seluruh dunia boleh menyertai Anugerah Guru LEGO Education di sini.

Maklumat LEGO Education
LEGO Education menawarkan pengalaman pembelajaran dan penyelesaian pengajaran yang menyeronokkan berdasarkan sistem bata LEGO, bahan kurikulum yang relevan dan sumber fizikal serta digital. Melalui kerjasama dengan pendidik selama lebih daripada 35 tahun,kami menyokong kaedah pembelajaran yang memberikan inspirasi, interaktif dan berkesan. Penyelesaian kami memupuk kejayaan setiap pelajar dengan menggalakkan mereka untuk menjadi pelajar aktif dan kolaboratif demi membina kemahiran bagi menghadapi cabaran masa depan dan mewujudkan daya pemikiran yang positif ke arah pembelajaran.

LEGO, logo LEGO adalah tanda dagangan bagi Kumpulan LEGO. ©2018 Kumpulan LEGO.

LEGO and the LEGO logo are trademarks of the LEGO Group. ©2018 The LEGO Group.

PEGAWAI MEDIA:
Kari Sherrodd, LEGO Education Global Communications
kari.sherrodd@LEGO.com ; +1 860 835 6510

Sumber : LEGO Education

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180123005927/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.