ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  WAYPOINT LEASING MEMBUKA PEJABAT HONG KONG UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN DI ASIA

Tuesday 06/02/2018



HONG KONG, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Waypoint Leasing ("Waypoint"), syarikat pemajakan helikopter global persendirian yang terbesar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka sebuah pejabat di Hong Kong untuk menyokong operasinya dan pangkalan pelanggan di China dan Rantau Asia Pasifik. Philip Stransky, Naib Presiden bagi Jualan & Pengurusan Perhubungan di Waypoint, Asia Pasifik, akan mengetuai penempatan semula Pejabat Waypoint di Singapura ke Hong Kong yang akan dikendalikan oleh kakitangan tambahan komersial, teknikal dan perundangan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan operasi sokongan di rantau itu.

Alan Jenkins, Presiden, Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Kewangan di Waypoint berkata, "Jumlah helikopter awam yang beroperasi di China telah berkembang secara purata sebanyak lima belas peratus setahun sejak tahun 2013, satu kadar yang menakjubkan terutama ketika menghadapi kemerosotan pasaran global dalam tempoh itu. Kami menjangkakan Asia akan menjadi enjin yang paling penting dalam pertumbuhan global di dalam pasaran helikopter dalam tempoh lima tahun akan datang. Waypoint dikhususkan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran berbilang misi yang penting ini ketika ia tumbuh dan berkembang, dan kami akan berada dalam kedudukan yang baik untuk berbuat demikian dengan pelaburan kami di dalam sumber di rantau itu."

Philip Stransky menambah, "Dengan urus janji kami yang pertama sudah termeterai di China, penciptaan platform pajakan kami di Tianjin, dan satu saluran peluang-peluang menarik yang mantap merentasi Asia, pejabat baharu kami di Hong Kong sangat penting dari segi strategik bagi Waypoint dan melambangkan tahap komitmen kami di dalam menyokong pelanggan kami. Waypoint akan mempunyai pelbagai sumber rentas fungsi yang berpengalaman di dalam industri yang tertanam di rantau itu, yang seterusnya membolehkan Waypoint untuk menyediakan penyelesaian dan pelaksanaan urus janji yang lebih pantas bagi pangkalan pelanggan kami yang semakin meningkat."

Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Waypoint telah aktif di dalam menyokong pengendali minyak dan gas, utiliti, memadamkan kebakaran dan pengendali helikopter yang berpusatkan industri yang lain. Portfolio Waypoint termasuk lebih daripada 160 buah pesawat untuk 32 pelanggan di 32 buah negara dengan jumlah aset melebihi $1.6 bilion. Di samping itu, Waypoint mempunyai pesanan kukuh dan pilihan dengan pengilang pesawat untuk lebih daripada 85 helikopter yang bernilai lebih $1.1 bilion, yang akan dihantar dalam tempoh empat tahun akan datang.

Maklumat mengenai Waypoint Leasing:

Waypoint adalah sebuah syarikat pemajakan helikopter global yang menyediakan penyelesaian pajakan operasi dan pembiayaan kepada pengendali helikopter di seluruh dunia. Beribu pejabat di Limerick, Ireland, Waypoint membezakan dirinya dengan sebuah pasukan pengurusan kanan yang mempunyai pengalaman operasi dan pemajakan helikopter secara langsung di pasaran utama helikopter di seluruh dunia, setelah memajakkan helikopter merentasi benua Afrika, Asia, Australia, Eropah, dan Amerika Utara dan Selatan. Waypoint memberi perkhidmatan kepada pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, perkhidmatan perubatan kecemasan, mencari dan menyelamat, memadamkan kebakaran dan sokongan kerajaan. Di samping Ireland, Waypoint mempunyai pejabat di London, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Afrika Selatan, Australia, dan Hong Kong. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.waypointleasing.com.

Hubungi
Media
Sard Verbinnen & Co
Andrew Cole/Jared Levy, 212-687-8080
waypoint-svc@sardverb.com

Sumber: Waypoint Leasing

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20180205005894/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.