ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TFI TAB FOOD INVESTMENTS MENANGGUHKAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

Thursday 08/02/2018



ISTANBUL, Turki dan NEW YORK, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TFI Tab Food Investments (“TFI” atau “Syarikat”), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menangguhkan tawaran awam permulaan yang telah diumumkan sebelum ini. TFI akan terus menilai pemasaan untuk tawaran yang dicadangkan ketika keadaan pasaran berkembang.
 
Penyata pendaftaran berkaitan jualan sekuriti yang dicadangkan tersebut telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. namun belum lagi efektif. Sekuriti ini tidak boleh dijual, serta tawaran untuk membeli juga tidak boleh diterima, sebelum masa penyata pendaftaran menjadi efektif. Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut.
 
Tawaran hanya akan dibuat melalui prospektus. Setelah tersedia, salinan prospektus awal yang berkaitan dengan tawaran sekuriti tersebut boleh didapati daripada:
 
Morgan Stanley & Co. LLC, Attention: Prospectus Department, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, NY 10014; Credit Suisse Securities (USA) LLC, Attn: Prospectus Department, One Madison Avenue, New York, NY 10010, telefon: 1-800-221-1037 atau dengan menghantar e-mel ke newyork.prospectus@credit-suisse.com; atau Goldman Sachs & Co. LLC, Prospectus Department, 200 West Street, New York, NY 10282, telefon: 1-866-471-2526, faksimile: 212-902-9316 atau dengan menghantar e-mel ke prospectus-ny@ny.email.gs.com.
 
Perihal TFI
 
TFI Tab Food Investments, Inc. adalah salah satu pengendali restoran global terbesar di dunia berdasarkan jumlah restoran, dengan lebih daripada 1,800 restoran dan lebih daripada 30,000 pekerja. Dalam tempoh sejarah 22 tahunnya, TFI telah mengembangkan portfolionya merangkumi julat besar restoran perkhidmatan pantas atau QSR, terutamanya di Turki dan China. Jenama portfolionya merangkumi beberapa jenama QSR yang dikenali ramai di seluruh dunia, termasuklah Burger King®, Popeyes®, Sbarro® dan Arby's®, serta jenamanya sendiri, Usta Dönerci®.
 
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
 
Di Turki
V Emir IŞIK
TFI Tab Food Investments
+90 212 310 4899
isik.emir@tabfoods.com

Di A.S.
Richard Jacques / Patricia Graue
Brunswick Group
+1 212 333 3810
TFI@brunswickgroup.com
 
Sumber : TAB Food Investments

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.