ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  BANK TOKYO-MITSUBISHI UFJ MENGGUNAKAN KOFAX SOLUTION UNTUK MENCAPAI TRANSFORMASI DIGITAL

Tuesday 13/02/2018



Perisian Automasi Proses Robotik Kofax Kapow dan Platform Kofax TotalAgility Akan 
Mengautomatikkan Lebih Daripada 2 Ribu Proses Manual Di Seluruh Bank Tersebut Untuk Meningkatkan Keberkesanan Keseluruhan

IRVINE, Calif., 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, penyedia terkemuka perisian untuk meringkaskan dan mentransformasikan First Mile™ perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd. (bank tersebut), bank perdagangan subsidiari Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG), akan menggunakan Kofax Kapow™ dan platform Kofax TotalAgility® untuk mengautomasikan tugas manual dan mencapai transformasi digital.

Bank tersebut yang merupakan pelanggan Kofax selama lima tahun akan menggunakan Kapow dan TotalAgility untuk menggantikan sistem manual lama dan mengautomasikan lebih daripada 2 ribu proses perniagaan merentasi semua fungsi dalam bank tersebut, yang membolehkan pekerja menjadi lebih produktif dan meningkatkan prestasi keseluruhan. 

Kofax Kapow ialah platform automasi proses robotik (RPA) yang mengautomatikkan proses perniagaan menggunakan robot perisian pintar, membantu lebih daripada 550 syarikat, penyedia BPO dan organisasi perkhidmatan perkongsian di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat daripada kualiti, kelajuan dan penjimatan kos operasi. Kapow meniru tindakan manusia untuk mengautomasikan pelbagai tugas manual dan berulang serta mendorong peningkatan berterusan. Sokongan bahasa Jepun membolehkan pereka robot, pentadbir dan pengguna perniagaan bekerja dalam bahasa ibunda mereka di platform Kapow.

Struktur unik Kapow mengerahkan semua robot pada pelayan berpusat dan tidak memerlukan infrastruktur desktop maya (VDI) yang mahal seperti vendor RPA lain. Robot pintar ini berinteraksi secara lancar dengan aplikasi, mencetuskan tindak balas dan berkomunikasi merentas sistem syarikat, tapak web dan aplikasi dekstop. Robot Kapow boleh digunakan tanpa pengekodan rumit atau kitar pembangunan yang panjang, justeru mempercepat pengerahan projek dan meningkatkan ROI.

Kofax TotalAgility ialah platfrom transformasi digital bersatu yang mendigitalkan titik sentuh penting merentasi proses pelanggan bernilai tinggi, seperti memperkenalkan syarikat kepada pelanggan bank baharu, dan mempercepat proses tersebut untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih positif dan meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Walaupun bank tersebut telah menilai beberapa produk vendor RPA peneraju, syarikat tersebut berpendapat kebolehan unik Kofax untuk memenuhi objektif utama, model pelesenan fleksibel dan pengerahan pelayan berpusat sebagai pendorong utama pelaburan terbesar bank tersebut dengan Kofax setakat ini. Bank tersebut juga berpendapat terdapat potensi tinggi sekiranya OCR dan keupayaan pengurusan kes TotalAgility digunakan bersama Kapow.

“Disebabkan Kofax, kami telah mendapat banyak faedah RPA dalam kawasan sasaran perniagaan kami,” kata Hirofumi Aihara, Pengurus Besar Bahagian Transformasi Digital, MUFG. "Kini, kami bersedia untuk melakukan pengerahan yang lebih komprehensif yang pasti memudahkan kami melengkapkan transformasi digital menjelang tahun 2021.”"

"Minat dan pembangunan dalam semua perkara berkaitan robotik dan transformasi digital sedang meningkat dengan cepat di Jepun." kata Reynolds C. Bish, Ketua Pegawai Eksekutif Kofax. "Penyelesaian kami sangat sesuai dengan strategi berpandangan jauh MUFG, kami menawarkan kombinasi keupayaan yang akan membantu bank tersebut meningkatkan kepuasan pelanggan, memperkemas operasi dan mengeksploit peluang perniagaan baharu.”

Sumber sokongan

How Financial Institutions are Improving Operations with Robotic Process Automation eBook
The Ultimate Guide to Choosing the Right Robotic Process Automation Solution kertas putih
Aragon Report: Hot Vendors in Robotics Process Automation, 2017

Perihal Kofax 

Kofax ialah penyedia terkemuka perisian untuk meringkaskan dan mentransformasikan First Mile™ perniagaan. Dengan mengumpul maklumat dan mengautomatikkan proses intensif maklumat, Kofax membantu meningkatkan penglibatan pelanggan, mengurangkan kos operasi dengan banyak dan meningkatkan daya saing serta keberuntungan untuk lebih daripada 20 ribu pelanggan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian bekalan serta pasaran lain. Kofax menyediakan penyelesaian pengumpulan maklumat, pengautomatikan proses robotik, automasi proses kewangan dan pengenalan pelanggan melalui organisasi jualan langsung dan perkhidmatannya serta rangkaian global yang terdiri daripada lebih daripada seribu rakan kongsi diiktiraf di lebih daripada 70 negara di Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. 

Perihal MUFG

Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG) ialah salah satu kumpulan kewangan peneraju dunia dengan aset berjumlah US$2.7 trilion pada 30 September 2017.  Berpusat di Tokyo dengan sejarah selama kira-kira 350 tahun, MUFG mempunyai rangkaian global dengan lebih daripada 2 ribu pejabat di lebih daripada 50 buah negara. Kumpulan tersebut mempunyai kira-kira 150 ribu pekerja dan lebih kurang 300 entiti yang menawarkan perkhidmatan termasuk perbankan komersial, trust banking, sekuriti, kad kredit, kewangan pengguna, pengurusan aset dan pemajakan. Syarikat operasi Kumpulan tersebut termasuklah Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Mitsubishi UFJ Trust and Banking Corporation (bank amanah peneraju Jepun) dan Mitsubishi UFJ Securities Holdings Co., Ltd., salah satu firma sekuriti terbesar Jepun. Saham MUFG didagangkan pada bursa saham Tokyo, Nagoya dan New York (NYSE:MTU). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.mufg.jp/english.  

© 2018 Kofax, Inc. Kofax dan Kofax TotalAgility ialah tanda dagangan berdaftar dan First Mile dan Kofax Kapow ialah tanda dagangan Kofax Limited.
                                                                              
Sumber: KOFAX


Hubungan Media:  
Sylvia Chansler  
Pengurus Kanan, Hubungan Awam  
+1 (949) 783-1476  
sylvia.chansler@kofax.com


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.