ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PETRONAS KONGSI KEGEMBIRAAN TAHUN BARU CINA DENGAN PELAJAR DI MELAKA

Thursday 15/02/2018


Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan MRCSB, Hashim Majid (empat dari kanan) menyerahkan hadiah kepada pelajar



MELAKA, 15 Feb (Bernama) -- PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) baru-baru ini menganjurkan program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina PETRONAS, yang meraikan seramai 553 pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Udang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poh Lan Tangga Batu, di sini.
 
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS yang menyaksikan para pelajar menerima hadiah barangan makanan yang terdiri daripada limau, coklat, dan minuman bagi menyemarakkan lagi perayaan Tahun Baru Cina di kedua sekolah tersebut.
 
Mengulas mengenai program Sentuhan Kasih, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan MRCSB, Hashim Majid berkata, "Kunjungan ini merupakan usaha kami untuk memupuk semangat kejiranan di antara kakitangan PETRONAS dan komuniti sekeliling.
 
“Kami berharap, pemberian hadiah perayaan ini dapat menceriakan dan memberi kegembiraan kepada semua pelajar serta guru di samping menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” tambah Hashim.
 
Selain daripada pemberian hadiah ini, MRCSB turut memberikan sumbangan berupa pakaian seragam serta kelengkapan sekolah kepada 23 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor, di sini.
 
Selain menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan sempena musim perayaan utama di Malaysia, PETRONAS juga menjalankan aktiviti-aktiviti CSR lainnya yang menitikberatkan kepada Pendidikan, Alam Sekitar dan Kesejahteraan Masyarakat.

Dikeluarkan oleh:
 
Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB)
 
(dahulu dikenali sebagai PETRONAS Penapisan Melaka Sdn Bhd)

SUMBER : PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
Nama : Auliya Rasyid
Media Relations
Group Strategic Communications
Tel :  +(603) 2331 2014 / +(60)19 222 0179

Faks : +(603) 2331 7939

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.