Menampilkan Menu dan Paparan yang Berdasarkan kepada Tema Bunga Sakura
TOKYO, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Pesta Musim Bunga Sakura" dari 1 Mac (Khamis) hingga 30 April (Isnin), 2018 di lapan buah restoran kami, termasuk Masakan Perancis dan Itali, Masakan Cina, Masakan Kaiseki Jepun, dan Masakan Korea. Chef-chef eksekutif di setiap restoran akan menyajikan menu yang disediakan khusus berdasarkan tema "Sakura" bunga sakura Jepun. Hotel kami akan juga memaparkan susunan bunga khas dan hiasan lain untuk memperingati kedatangan musim bunga dan bunga sakura bagi tetamu untuk menikmati dan mengambil gambar.
Mac dan April adalah merupakan bulan-bulan yang paling sibuk bagi tetamu yang melawat Jepun, dan bertepatan dengan tempoh yang sangat singkat itu apabila bunga sakura mekar berkembang. Kami menganjurkan "Pesta Musim Bunga Sakura" ini untuk memberikan peluang kepada tetamu bagi menikmati bunga sakura yang mekar walaupun seketika tetapi indah dalam keselesaan hotel kami.
“Pesta Musim Bunga Sakura”-- Butiran Menu Musim Bunga yang Lazat Tarikh: Dari 1 Mac (Khamis) hingga 30 April (Isnin), 2018
Masakan Kaiseki “Soujuan,” Tingkat 2Hidangan Makan Tengah Hari dan Makan Malam Kaiseki JPY15,500
*Tempahan untuk makan tengah hari harus dibuat sehari lebih awal
Masakan Perancis dan Itali “Duo Fourchettes,” Tingkat 2Hidangan Makan Tengah Hari Perancis JPY8,500; Hidangan Makan Malam Perancis JPY12,000
*Butiran menu khas juga disajikan pada Masakan Cina “Nan-En,” Masakan Jepun “Kagari,” Masakan Korea “Gokoku-Tei,” Masakan Sepanjang Hari “Jurin,” Tempura “Shun,” dan Teppan Yaki “Yamanami.”
-- “Ikebana” Susunan Bunga Bertemakan Bunga Sakura oleh Artis Terkenal Hiroki MaenoTempoh: 31 Mac (Sabtu) hingga 15 April (Ahad), 2018
Tempat: Lobi Utama, Tingkat 3
Kemasukan: Percuma
-- Susunan Bunga Seni Bunga Sakura yang direka oleh Artis Bunga MiyouTempoh: 1 Mac (Khamis) hingga 30 April (Isnin), 2018
Tempat: Masakan Kaiseki Jepun, Masakan Jepun, Restoran Masakan Cina di Tingkat 2
*Harga termasuk caj perkhidmatan dan cukai.