ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​CLX COMMUNICATIONS & DEVICERADIO BEKERJASAMA UNTUK MERINGKASKAN PENGHASILAN & PELANCARAN PERANTI INTERNET UNTUK SEGALA-GALANYA

Wednesday 21/02/2018



STOCKHOLM, Sweden, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Penyedia CPaaS global, CLX Communications AB (publ) (XSTO:CLX) hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan penyedia perkakasan komunikasi, DeviceRadio, yang akan mendayakan penyelesaian ketersambungan Internet untuk Segala-galanya pasang dan pakai sepenuhnya, seterusnya mengurangkan kerumitan bagi syarikat-syarikat untuk melancarkan peranti Internet untuk Segala-galanya bersambung. Penyelesaian bersama tersebut membolehkan syarikat permulaan Sweden, Bylife untuk menyepadukan sambungan selular global ke dinding hijau kehidupan tersambung mereka dengan mudah dan cepat, membolehkan mereka lebih fokus kepada evolusi produk teras berbanding cara untuk menghubungkannya.

Kerjasama CLX dan DeviceRadio memberikan syarikat dan pereka daripada semua latar belakang kebolehan segera untuk membina produk Internet untuk Segala-galanya daripada peringkat permulaan, tanpa mengira kepakaran pereka atau kecekapan khusus Internet untuk Segala-galanya.

Penyelesaian DeviceRadio menggunakan perkakasan atas para yang digabungkan dengan lapisan ketersambungan mendatar direka khusus untuk memindahkan data antara sebarang peranti Internet untuk Segala-galanya dan aplikasi pelayan pelanggan sendiri. Lapisan komunikasi ini menyelesaikan kerumitan ketersambungan, termasuk kawalan akses dan keselamatan yang tidak memerlukan kepakaran Internet untuk Segala-galanya khusus apabila membangunkan peranti tersambung.

CLX Communication menyediakan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya selular global yang menyokong data, SMS dan suara, direka dan disesuaikan untuk perusahaan yang menguruskan produk tersambung. Sekeping kad SIM CLX memberikan akses kepada lebih daripada 250 rangkaian operator di lebih daripada 120 negara, semuanya diuruskan melalui REST API komprehensif yang memberikan sambungan masa nyata dan maklumat penggunaan.

Gabungan lapisan komunikasi DeviceRadio dan kad SIM Internet untuk Segala-galanya CLX menyediakan modul komunikasi pasang dan pakai dengan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya global, mengurangkan masa memasuki pasaran untuk mana-mana produk tersambung.

Bylife ialah syarikat permulaan Sweden yang akan melancarkan dinding hijau kehidupan tersambung mereka, iaitu taman menegak di dalam bangunan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti udara, mengurangkan hingar dan memberikan manfaat kesihatan dalam ruang awam dan peribadi. Untuk penyenggaraan mudah dan hayat hidup maksimum bagi tumbuhan, dinding hijau kehidupan tersebut dilengkapi sensor tersambung, memberikan maklumat suhu, kelembapan dan paras air. Bylife telah menggunakan modul komunikasi DeviceRadio, digabungkan dengan kad SIM Internet untuk Segala-galanya CLX untuk melengkapi dinding hijau mereka dengan keupayaan komunikasi mudah alih.

Erik Wilson, pengasas dan CEO Bylife berkata: ‘Penyelesaian pasang dan pakai yang disediakan oleh DeviceRadio dan CLX membolehkan kami memfokuskan usaha pembangunan bagi produk teras kami dan bukannya kecekapan bangunan pada ketersambungan. Ia mengurangkan masa memasuki pasaran, bukan hanya di pasaran Sweden, malah di pasaran global.

Robert Gerstmann, Ketua Pegawai Produk CLX Communications mengulas, ‘Meringkaskan komunikasi mudah alih ialah keistimewaan kami di CLX. Kami mengurangkan kerumitan ketersambungan selular dengan mengumpulkan sambungan daripada pelbagai operator kepada perkhidmatan tunggal, ditawarkan kepada pelanggan perusahaan menerusi API ringkas. Kerjasama dengan DeviceRadio memperluaskan visi kami untuk meringkaskan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya sehingga ke perkakasan peranti, lalu memudahkan semua orang untuk membina peranti Internet untuk Segala-galanya tersambung tanpa mengira latar belakang.’

TAMAT

CLX akan membuat demonstrasi penyelesaian ketersambungan Internet untuk Segala-galanya​ selular global bersama DeviceRadio dan Bylife di Kongres Dunia Mudah Alih di Dewan 8.1 di petak C41. Sila lawati untuk melihat demo atau mendengar taklimat.

Perihal CLX Communications www.clxcommunications.com

CLX Communications AB (publ) menghubungkan perusahaan dengan insan dan benda. Kami menggabungkan API boleh diprogramkan dan pengkomputeran awan dengan Tier 1 Super Network kami untuk memudahkan perniagaan membenamkan komunikasi global, termasuk suara, SMS dan data mudah alih ke dalam aplikasi, proses perniagaan dan peranti Internet untuk Segala-galanya mereka.

Platform-sebagai-Perkhidmatan (CPaaS) komunikasi terkemuka kami memberikan antara perkhidmatan terbaik dalam industri sambil memproses lebih daripada 1 bilion panggilan API sebulan merentas 6 benua. Kami menyediakan perkhidmatan kepada 4 daripada 5 syarikat CPaaS teratas, serta 3 daripada 5 jenama internet global teratas dengan sambungan Tier 1 yang digunakan dalam banyak perkhidmatan mereka.

CLX Communications AB (publ) disenaraikan pada Nasdaq di Stockholm.

Perihal DeviceRadio - www.deviceradio.com

DeviceRadio telah membangunkan lapisan komunikasi yang membolehkan semua syarikat dalam ruang Internet untuk Segala-galanya untuk berkomunikasi dengan cara mudah tanpa mengeluarkan banyak kos untuk pembangunan. Dengan menawarkan titik persamaan yang membenarkan pemindahan data daripada sebarang peranti, merentas sebarang jenis sambungan (Bluetooth, 4G, WiFi, SMS dan sebagainya), ia membuka potensi kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan perkhidmatan yang meningkatkan keberkesanan dan membuka banyak peluang untuk hasil baharu. Visinya ialah untuk menjadi pilihan utama untuk komunikasi Internet untuk Segala-galanya. Syarikat ini bertapak di Malmö, Sweden.

Perihal Bylife - www.bylife.io

Bylife merupakan syarikat permulaan Sweden yang akan mengubah cara kita melihat persekitaran dalaman. Dengan visi untuk meningkatkan kualiti hidup manusia dengan membawa alam semula jadi ke dalam rumah, mereka mengembalikan alam semula jadi ke dalam kehidupan kita dengan dinding berdasarkan Internet untuk Segala-galanya yang mencipta segmen perniagaan baharu - Kesejahteraan sebagai Perkhidmatan. 

Katie Lawrence
Pengarah Pemasaran
TELEFON +441227467058
E-MEL katie.lawrence@clxcommunications.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/65d8a6b4-73df-4c36-bf74-2552fb0ce70d

Sumber : CLX Communications AB (publ)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.