ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ALPS ELECTRIC AKAN MENGADAKAN PAMERAN DI CONVERGENCE INDIA 2018 BUAT KALI PERTAMA

Wednesday 28/02/2018



Untuk Memperkenalkan Teknologi bagi loT dan Automobil Generasi Akan Datang
 
TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengeluar komponen elektronik Jepun Alps Electric Co., Ltd. (TOKYO: 6770; Presiden: Toshihiro Kuriyama; Ibu Pejabat: Tokyo) akan mengadakan pameran di Convergence India 2018 untuk memperkenalkan teknologi mereka, dengan tumpuan khusus kepada Internet untuk Segala-galanya (IoT) dan pasaran elektronik automotif. Convergence India 2018 dibuka di Pragati Maidan di New Delhi, India, pada 7 Mac 2018.
 
Di Convergence India 2018, pameran ICT yang terbesar di Asia Selatan, Alps Electric akan mempamerkan produk untuk pasaran IoT dan automotif.
 
Sorotan Penting Pameran
 
1. Modul Rangkaian Sensor IoT

Modul rangkaian sensor untuk mengumpulkan pelbagai data, penting bagi penciptaan perniagaan IoT. Mengintegrasikan sensor yang berkuasa rendah, berketepatan tinggi dan padat dengan modul komunikasi Bluetooth®, produk-produk ini berupaya untuk memperolehi tekanan, suhu, kelembapan, cahaya ambien dan data alam sekitar yang lain, serta penderia enam paksi (geomagnetisme + pemecutan).
 
Satu aplikasi khas (untuk Android) tersedia untuk melihat data dan mengubah tetapan pada telefon pintar atau tablet. Di samping itu, pensijilan radio telah diperolehi untuk pelbagai wilayah di seluruh dunia, yang membolehkan perkembangan yang lancar dan berkos rendah bagi ujian demonstrasi.
 
Di Convergence India 2018, kami akan mempamerkan contoh-contoh aplikasi yang sebenar di dalam bidang-bidang yang termasuk pengesanan keabnormalan di kemudahan kilang dan teknologi sukan.
 
2. Modul Komunikasi V2X (Kenderaan ke X)

Modul Komunikasi V2X Alps Electric, yang pertama di dalam industri yang dihasilkan secara besar-besaran, menyokong kedua-dua antena tunggal dan dwi (menghantar/ menerima kepelbagaian). Mereka juga boleh didapati sebagai satu pakej dengan sebuah tindan protokol ETSI atau WAVE ditambah dengan sebuah cip keselamatan.
 
Modul-modul lain untuk komunikasi kenderaan ke kenderaan (V2V) atau kenderaan ke infrastruktur (V2I), bagi membolehkan kenderaan bersambung, juga akan diperkenalkan. Ia termasuk Modul GNSS dan LTE.
 
Jika anda berada di Convergence India 2018, sila singgah di petak pameran Alps Electric.
 
Panduan Pameran
Pameran: Convergence India 2018
Tarikh: 7 hingga 9 Mac, 2018
Tempat: Pragati Maidan (New Delhi, India)
Lokasi Petak Pameran: Petak Pameran C117, Dewan 11
 

Barang Pameran
 
 
• Modul Rangkaian Sensor IoT
 
• Modul Rangkaian Sensor IoT (Jenis Pengembangan Fungsi)
 
• Modul Komunikasi V2X
 
• Modul GNSS
 
• Modul LTE
 
• Sensor Injak Brek
 
• Sensor Posisi Selak
 
• Sensor Sudut Stereng
 
• TACT Switch™ dan banyak lagi...
 
Alps Electric Core Technologies

Alps Electric memiliki teknologi teras di dalam tiga bidang — antara muka manusia-mesin, sensor dan penyambungan — dan tidak henti-henti mencipta komponen elektronik yang bernilai bagi pelanggan melalui pengayaan dan gabungan teknologi-teknologi tersebut.
 
Syarikat itu telah melaksanakan dengan sangat baik dalam bidang-bidang ini. Dalam antara muka manusia-mesin dan domain sensor, Alps Electric telah dipilih sebagai pembekal utama bagi produk untuk aplikasi yang termasuk telefon pintar, konsol permainan dan automobil. Dan di dalam domain penyambungan, syarikat itu mendahului industri itu dalam memulakan pengeluaran besar-besaran bagi modul V2X untuk komunikasi kenderaan ke kenderaan dan kenderaan ke infrastruktur.
 
Maklumat mengenai Alps Electric Co., Ltd.
 
Nama syarikat: Alps Electric Co., Ltd.
Ditubuhkan: 1 November, 1948
Modal: 38.730 bilion yen (sehingga akhir Mac 2017)
Bilangan pekerja (disatukan): 42,053 (sehingga akhir Mac 2017)
Bilangan pekerja (Komponen Elektronik): 22,688 (di seluruh dunia, sehingga akhir Mac 2017)
Jualan bersih (disatukan): 753.262 bilion yen (tahun berakhir 31 Mac, 2017)
Jualan bersih (Komponen Elektronik): 437.676 bilion yen (tahun berakhir 31 Mac, 2017)
 
Hubungi
Pertanyaan Mengenai Siaran Media Ini
Alps Electric Co., Ltd.
Asagi Tsukahara, +81-3-5499-8001
Pasukan Perhubungan Awam
Pejabat Perancangan Korporat
asagi.tsukahara@jp.alps.com

Sumber: Alps Electric Co., Ltd.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180228005509/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.