ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN MOSFET KECIL DENGAN PERLINDUNGAN ESD TINGGI UNTUK MEMACUKAN LAMPU BESAR LED

Monday 26/03/2018



TOKYO, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") telah mengeluarkan sebuah dwi MOSFET "SSM6N813R" dengan perlindungan ESD tinggi yang ditempatkan untuk kegunaan di dalam aplikasi automotif, termasuk sebagai sebuah pemacu IC untuk lampu besar LED, yang memerlukan voltan ketahanan yang tinggi dan sebuah jejak yang kecil. Penghantaran secara besar-besaran bermula pada April.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180326005358/en/

Sebuah voltan sumber salir yang maksimum (VDSS) iaitu 100V memastikan bahawa SSM6N813R adalah sesuai untuk aplikasi lampu besar yang memerlukan pelbagai LED —sebuah keupayaan yang disokong oleh imuniti ESD yang tinggi. Dikilangkan dengan menggunakan proses terbaharu dan ditempatkan di dalam sebuah pakej TSOP6F, SSM6N813R mempunyai satu pelesapan kuasa yang dibenarkan sebanyak 1.5W dan rintangan rendah. Di samping itu, jejak bagi pakej TSOP6F itu adalah 70% lebih kecil berbanding dengan sebuah pakej SOP8.

Aplikasi
  • Pemacu lampu besar LED automotif
Ciri-ciri
  • Pakej kecil
  • Perlindungan ESD tinggi
  • Rendah RDS(ON)
 
Spesifikasi Utama
(@Ta=25℃)
Barangan
(Ta=25℃)
 SSM6N813R
Penarafan maksimum mutlak Voltan sumber salir
VDSS (V)
 100
 Voltan sumber get
VGSS (V)
 +/-20
 Arus salir
ID (A)
 3.5
Ciri-ciri Elektrik Rintangan pada sumber salir
RDS(ON) maksimum
(mΩ)
 VGS=10V 112
  VGS=4.5V 154
 Kapasitans input
Jenis Ciss (pF)
 242
Pakej TSOP6F 2.9mm×2.8mm; t=0.8mm
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk rintangan rendah kecil MOSFET Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/mosfet/small-mosfet.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180326005358/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.