ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​PREFERRED NETWORKS AKAN LANCAR "MN-1B" SUPERKOMPUTER SEKTOR PERSENDIRIAN YANG MENGGUNA PAKAI NVIDIA TESLA V100 32GB GPU

Wednesday 28/03/2018



Akan mengembangkan platform GPU pelbagai nod bagi Kumpulan NTT Com
 
TOKYO, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Preferred Networks, Inc. (PFN), sebuah penyedia bagi sistem pembelajaran mendalam IoT-sentrik, NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT, dan anak syarikat NTT Com NTT PC Communications Incorporated (NTT PC) hari ini mengumumkan bahawa PFN akan melancarkan satu versi superkomputer sektor persendirian MN-1 yang diperluaskan yang dilengkapi dengan platform NTT Com dan GPU generasi akan datang NTTPC menjelang Julai. Superkomputer MN-1b baharu itu akan mengguna pakai NVIDIA® Tesla® V100 32GB, yang diumumkan di GTC 2018 pada 27 Mac, 2018 (waktu Amerika Syarikat).
 
PFN merancang untuk meningkatkan MN-1 dengan menambahkan 512 NVIDIA Tesla V100 32GB GPU dan menggunakannya menjelang Julai, dengan tambahan GPU itu mempunyai prestasi puncak secara teori dalam sekitar 56 PetaFLOPS1, sebuah operasi titik pengapungan besar-besaran 56,000 trilion sesaat, berdasarkan kepada satu operasi2 titik pengapungan ketepatan bercampur yang digunakan di dalam pembelajaran mendalam. Ini bermakna bahawa pengembangan itu sahaja akan menyumbang kepada peningkatan kira-kira tiga kali ganda daripada puncak semasa.
 
PFN menjangkakan bahawa kelajuan tinggi tambahan superkomputer baharu itu dan persekitaran pemprosesan yang besar yang memanfaatkan GPU terkini akan mempercepatkan aplikasi dunia sebenar di dalam penyelidikan dan pembangunan mereka dalam pembelajaran mendalam dan teknologi yang berkaitan dan dengan itu mengukuhkan daya saing PFN di peringkat global. NTT Com dan NTT PC akan membina dan mengendalikan platform pelbagai nod yang memanfaatkan GPU terbaharu yang memenuhi keperluan PFN, dengan menggunakan pengetahuan mereka mengenai komunikasi intra-GPU dan pemprosesan haba buangan.
 
"Kami sangat berbesar hati bahawa Preferred Networks telah memilih NVIDIA Tesla V100 32GB, GPU pusat data yang paling canggih dengan dua kali ganda memori, untuk persekitaran pengiraan superkomputer persendirian generasi akan datang mereka, "MN-1b". Dengan pengalaman Kumpulan NTT Com dalam menubuhkan dan mengendalikan perkhidmatan pusat data yang sangat boleh dipercayai, yang digabungkan dengan GPU NVIDIA terkini yang berkelajuan tinggi untuk pembelajaran mendalam, kami sangat mengharapkan hasil R&D dalam bidang sistem pengangkutan, pembuatan dan bioteknologi/ penjagaan kesihatan," kata Masataka Osaki, Naib Presiden bagi Jualan Korporat dan Pengurus Negara bagi NVIDIA Jepun.
 
Emmy Chang, Pengarah Lembaga, Supermicro KK dan Naib Presiden bagi Jualan Strategik, Supermicro berkata, "Preferred Networks adalah yang pertama di dunia untuk menggunakan SuperServer® 4029GP-TRT2 kami yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Xeon® Berskala versi terbaharu dan menyokong lapan pemecut NVIDIA Tesla V100 32GB GPU," “Preferred Networks telah membangunkan superkomputer persendirian bertaraf dunia melalui usaha kerjasama dengan Kumpulan NTT Com, dan Supermicro terus menyokong mereka dengan perkakasan dan penyelesaian berinovatif kami yang terbaharu. Kami yakin bahawa Preferred Networks akan mencapai tahap pencapaian baharu dengan superkomputer persendirian baharu mereka."
 
PFN akan menggunakan MN-1b yang baharu untuk meningkatkan kelajuan bagi kerangka pembelajaran mendalam sumber terbuka ChainerTM mereka dan mempercepatkan lagi penyelidikan dan pembangunan mereka di dalam bidang yang memerlukan sejumlah besar sumber pengkomputeran, iaitu sistem pengangkutan, pembuatan, penjagaan kesihatan bio, dan kreativiti.
 
Melangkah ke hadapan, NTT Com berharap untuk semakin menyokong penyampaian teknologi AI dan platform yang berkaitan bagi penyelidikan lanjutan dan pembelajaran mendalam yang dikomersialkan, termasuk inisiatif perniagaan AI bagi PFN.
 
Pautan yang berkaitan:
Chainer
Enterprise Cloud
Nexcenter
 
Nota:

1 Sebuah unit mengukur prestasi komputer. Peta adalah 1,000 trilion (10 kuasa 15) dan FLOPS digunakan untuk mengira operasi titik pengapungan sesaat. Oleh itu, 1 PetaFLOPS bermaksud bahawa sebuah komputer mampu untuk melakukan pengiraan titik pengapungan 1,000 trilion sesaat.

2 Operasi titik pengapungan ketepatan bercampur adalah satu kaedah bagi operasi aritmetik titik pengapungan dengan gabungan pelbagai ketepatan.
 
ChainerTM adalah satu tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Preferred Networks, Inc. di Jepun dan di negara lain. Nama syarikat dan nama produk lain yang dinyatakan di dalam siaran media ini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi setiap syarikat.
 
Maklumat mengenai Preferred Networks, Inc.

Diasaskan pada Mac 2014 dengan tujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi bagi pembelajaran mendalam yang memberi tumpuan kepada IoT, PFN pendukung Edge Computing Heavy sebagai satu cara untuk mengendalikan sejumlah besar data yang dihasilkan oleh peranti di dalam satu cara yang diedarkan dan secara usaha sama di sisi rangkaian, memacukan inovasi dalam tiga bidang perniagaan utama: pengangkutan, perkilangan dan bio/ penjagaan kesihatan. PFN membangun dan menyediakan Chainer, sebuah rangka kerja pembelajaran mendalam sumber terbuka. PFN menggalakkan inisiatif termaju dengan menjalin kerjasama dengan organisasi terkemuka dunia, seperti Toyota Motor Corporation, Fanuc Corporation dan Pusat Kanser Negara.
https://www.preferred-networks.jp/
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan-perusahaan. Perkhidmatan ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Maklumat mengenai NTT PC Communications Incorporated

NTTPC Communications Incorporated (NTTPC), yang ditubuhkan pada tahun 1985 adalah sebuah anak syarikat milik NTT Communications, adalah sebuah penyedia penyelesaian rangkaian perkhidmatan dan komunikasi di pasaran telekomunikasi Jepun, Syarikat itu merupakan syarikat teknologi yang paling strategik di dalam kumpulan itu untuk sekian lamanya. NTTPC telah melancarkan perkhidmatan ISP yang pertama bagi kumpulan NTT, yang dikenali sebagai "InfoSphere" pada tahun 1995, dan juga melancarkan Pusat Data Internet yang pertama dan perkhidmatan hos pelayan Jepun yang diberi nama "WebARENA" pada tahun 1997. NTTPC sentiasa memulakan sesuatu yang baharu di dalam pasaran ICT.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180327006439/en/
 
Hubungi

Preferred Networks
pfn-pr@preferred.jp
atau
NTT Communications
Cik Yuko Miyamoto, Cik Aoi Funagoshi, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam
Jabatan Perancangan Korporat
pr-cp@ntt.com
atau
NTT PC Communications Incorporated
Encik Sato, Encik Hayashi, +81 50 3388 1664
Perhubungan Awam
pr@nttpc.co.jp
 
Sumber : NTT Communications Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.