ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  FUSIONEX MELANCARKAN PLATFORM UTAMA BAGI RESORT MEGA KOREA

Tuesday 03/04/2018



SEOUL, Korea Selatan, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang membuat pengkhususan di dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Kecerdasan Buatan, dan Pembelajaran Mendalam, telah berjaya menempatkan sebuah platform perjalanan dan hospitaliti yang didorong oleh data untuk menggerakkan operasi bagi sebuah resort mega yang baharu di Korea, di dalam sebuah kontrak yang bernilai berjuta-juta dolar.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180402005416/en/

Merentangi lebih daripada 500 ekar, resort itu menggabungkan semua jenis destinasi yang diinginkan oleh tetamu, dari taman tema kepada hotel, kemudahan hiburan, vila, kondominium, dan lebih banyak lagi. Projek itu termasuk pelancaran sebuah platform digital yang menyeluruh untuk menarik penyertaan tetamu, membina kesetiaan jenama, dan menyediakan tahap keselesaan dan peningkatan pengalaman pelanggan.

Fusionex telah memperkenalkan penyelesaian BDA mereka, Fusionex GIANT, yang akan menyatukan berbilion rekod, daripada pendaftaran pengembara kepada interaksi tetamu hotel dan pengurusan pelanggan runcit. Dengan memanfaatkan jumlah data yang banyak ini, pelanggan akan menggunakan GIANT untuk membersih dan menguruskan data yang sangat berbeza bagi mendapatkan pemahaman dan maklumat yang berguna. Maklumat itu kemudiannya akan digunakan untuk memudahkan tempahan, membuat cadangan produk dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan tahap fleksibiliti dan keperibadian yang tinggi.

Platform Data Besar Fusionex juga adalah merupakan satu bahagian tambahan semulajadi untuk Sistem Tempahan Berpusat Fusionex (CRS), yang menjangkau kepada pelanggan mengikut syarat-syarat mereka melalui platform dalam talian, kios dan mudah alih yang mudah. CRS akan juga menyokong permintaan oleh ejen-ejen pelancongan, menyediakan ruang yang lebih luas bagi pelancong untuk mencari jalan ke resort itu. Sistem itu juga akan menyediakan perhubungan yang lancar di antara kakitangan dan keselamatan.

Selain menjanakan jumlah pengunjung yang lebih ramai untuk pelanggan, Fusionex akan juga berusaha untuk meningkatkan nilai tempoh hayat pelanggan. Melalui Sistem Pengurusan Kesetiaan (LMS), pelanggan itu akan dapat memberikan mata kesetiaan dan ganjaran yang boleh ditebus. Ini seterusnya menjadikan paradigma percutian menjadi satu titik pengumpulan atau "penggabungan" yang memotivasikan pelanggan melalui interaksi, keterlibatan dan kesetiaan, yang akan menggalakkan kunjungan berulang.

Pelanggan kemudiannya dapat memperolehi pandangan yang tersembunyi di dalam datanya dengan gambaran keseluruhan yang hampir tepat masa mengenai prestasi bagi cabang hospitaliti mereka yang berbeza, tingkah laku dan kecenderungan. Mereka juga boleh melakukan satu analisis gerudi yang menyemak statistik daripada tunggangan tertentu, dari zon-zon kepada keseluruhan taman tema itu. Pembuat keputusan akan dapat membuat strategi berdasarkan kepada keupayaan analisis ramalan Fusionex.

Ivan Teh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex, mengulas: "Kami sangat teruja melihat pelancaran platform bertaraf dunia ini untuk resort yang menakjubkan dan indah ini. Kami berharap dapat melihat pelanggan kami memanfaatkan platform digital yang didorong oleh data ini dalam usaha mereka untuk memberikan pengalaman pelanggan yang berkualiti tinggi."

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180402005416/en/

Hubungi

Media:
Pi PR Consultancy
Visithra Manikam
www.pipr.com.my

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.