ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  STERLING AND WILSON MERANCANG PROJEK PV SOLAR 300 MW DI VIETNAM

Tuesday 10/04/2018



DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sterling and Wilson, satu daripada syarikat EPC Solar yang terkemuka di dunia, sedang merancang untuk membina loji-loji PV Solar 300 MW di Vietnam menjelang Jun 2019. Projek-projek ini akan dibina untuk pemaju-pemaju terkemuka di Vietnam yang mana syarikat itu sedang mengadakan perundingan lanjut, dan akan menarik pelaburan sebanyak USD 250 juta. Setelah dibina, projek-projek ini akan menghasilkan 270 juta unit setiap tahun dan dengan itu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 250000 tan setahun. Sterling and Wilson akan mengambil bakat-bakat tempatan untuk membina dan menyelenggara projek-projek solar, dan dengan itu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi. Ia mempunyai rancangan untuk menjana pekerjaan bagi hampir 600 hingga 700 orang semasa pembinaan dan 50 orang semasa fasa penyenggaraan bagi tempoh 20 tahun.
 
Sterling and Wilson telahpun membuat kehadiran yang luar biasa di Asia Tenggara dengan lebih daripada 50 MWp loji PV solar yang berjaya beroperasi di Filipina yang menjanakan hampir 30,000 rumah pada hari ini, dan satu lagi projek 60 MWp yang sedang menunggu fasa pentauliahan di Bangladesh.
 
Bikesh Ogra, Ketua Pegawai Eksekutif – Tenaga yang boleh Diperbaharui dan Penyimpanan Tenaga, Sterling and Wilson, berkata, "Vietnam adalah satu daripada ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dengan peningkatan tahunan hampir 8 hingga 10 peratus di dalam penggunaan tenaga oleh industri yang merupakan pengguna elektrik terbesar di negara itu. Kerajaan sedang mensasarkan 0.8 GW bagi tenaga solar  menjelang tahun 2020 yang mana pakar-pakar berpendapat mempunyai potensi 7 GW bagi projek solar dalam keadaan sekarang. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pemaju-pemaju terkemuka untuk menyertai matlamat yang lebih besar bagi membawa tenaga yang bersih dan mampu dimiliki kepada rakyat Vietnam."
 
Sterling and Wilson merupakan satu daripada syarikat EPC Solar yang terkemuka di dunia. Ia mempunyai hampir 5GW bagi portfolio solar di dalam pelbagai geografi termasuk India, Filipina dan Afrika Selatan. Ia sedang membina 1177 MWp loji PV Solar di Abu Dhabi yang merupakan satu-satunya lokasi tunggal yang terbesar di dunia bagi loji PV Solar setakat ini. Ia juga sedang membina beberapa projek di Zambia, Mesir, Namibia, Niger, Jordan, Argentina dan Maghribi. Sterling and Wilson adalah sebuah kuasa besar yang mempunyai lebih daripada 4000 jurutera, pengurus projek dan pereka yang berkelayakan.
 
Maklumat mengenai Sterling and Wilson

Sterling and Wilson adalah satu contoh terbaik mengenai bagaimana keluarga Shapoorji Pallonji telah memupuk perhubungan jangka panjang dengan rakan-rakan perniagaannya. Keluarga Mistry dan Daruvala telah menjadi rakan kongsi di dalam Sterling and Wilson selama tiga generasi. Perkongsian ini akan hanya berkembang menjadi semakin kukuh, memandangkan generasi ke-4 bagi kedua-dua keluarga baru-baru ini telah menyertai perniagaan itu.
 
Sepanjang lima tahun yang lalu, Sterling and Wilson telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa; dengan mengadakan operasi di seluruh pelusuk dunia, serta pengembangan di dalam rangkaian perkhidmatan mereka. Perolehan syarikat itu telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif. Ia berkemungkinan melebihi INR 10,000 crore pada tahun yang berakhir Mac 2018. Daripada menjadi sebuah syarikat yang lebih banyak bertumpu di India pada tahun 2010, Sterling and Wilson kini beroperasi merentasi Timur Tengah, Afrika, Australia dan Eropah. Daripada menjadi sebuah syarikat yang tertumpu terutamanya kepada melaksanakan projek-projek MEP di India, Sterling and Wilson sepanjang lima tahun yang lalu telah menubuhkan operasi global di dalam pembuatan set DG, loji kuasa berasaskan Gas, Sisa kepada Tenaga, Pusat Data Turnkey, Transmisi dan Pengedaran dan EPC Solar. Dengan pergerakan baru-baru ini ke dalam penyimpanan angin dan tenaga, Sterling and Wilson bersedia sepenuhnya untuk memainkan satu peranan penting di dalam trend global yang bergerak jauh dari loji terma kepada suatu masa depan bagi tenaga boleh diperbaharui dengan penyimpanan.
 
Layari kami di www.sterlingandwilson.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180409005808/en/
 
Hubungi
 
Bagi pihak Sterling and Wilson
Kritika Bharadwaj
MOB: +91 (0) 9833394436
kritika.bharadwaj@mslgroup.com
 
Sumber : Sterling and Wilson

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.