ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  ​NOMURA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM TINJAUAN TAHUNAN PASUKAN KAJIAN SELURUH JEPUN INSTITUTIONAL INVESTOR KE-25

Tuesday 10/04/2018



NEW YORK, 10 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika pertumbuhan ekonomi di Jepun berterusan untuk suku kelapan berturut-turut, persaingan antara pengkaji bahagian jualan Jepun untuk meraih gelaran yang terbaik juga meningkat seperti yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh dalam tinjauan Pasukan Kajian Jepun. 
 
Nomura meraih tempat pertama untuk kedudukan tahunan penganalisis bahagian jualan terbaik Jepun Institutional Investor eksklusif yang berdasarkan pasukan dan berdasarkan penganalisis. 
 
Selepas terikat di tempat pertama dengan Mizuho Securities pada tahun 2017, Nomura mendahului sebagai firma kedudukan tertinggi dengan 32 posisi berdasarkan pasukan dan 31 posisi berdasarkan penganalisis, kedua-duanya meningkat 2 posisi berbanding tahun lepas.  Mizuho Securities mendapat tempat No. 2 untuk setiap kedudukan dengan 27 posisi. Ia diikuti oleh Daiwa Securities Group, SMBC Nikko Securities, dan Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Co. yang melengkapkan lingkungan pemenang. 
 
Citi mendapat tempat ke-6 untuk kedua-dua kedudukan dan meraih gelaran firma bukan domestik dengan kedudukan tertinggi, sama dengan firma bukan domestik tertinggi tahun lepas, J.P. Morgan, dengan 9 posisi untuk kedudukan berdasarkan pasukan dan mendapat 11 posisi untuk kedudukan berdasarkan penganalisis untuk memperoleh tempat ke-6.
 
Enam belas firma muncul dalam keputusan tahun ini, termasuk dua firma yang tidak muncul pada tahun lepas: Macquarie yang mendapat tempat No.13 dan terikat dengan empat lagi firma yang mendahului kedudukan berdasarkan penganalisis dan Ichiyoshi Securities yang terikat dengan empat lagi firma untuk kedudukan berdasarkan pasukan dan berdasarkan penganalisis, masing-masing mendapat tempat ke-12 dan ke-13.  
 
“Jepun terus memainkan peranan utama dalam ekonomi global dan keadaan ini dapat dilihat melalui minat meluas daripada pelabur - domestik dan antarabangsa - untuk melabur dengan syarikat yang memacu perkembangan tersebut,” kata Cara Eio, Ketua Asia, II Research. “Adalah memberangsangkan apabila firma baharu naik dan muncul dalam kedudukan tahun ini, seperti Macquarie dan Ichiyoshi Securities yang menunjukkan bahawa kajian kualiti dan pengetahuan pasaran yang baik akan mendapat penghargaan tidak kira daripada mana. Hal ini menandakan masa depan yang baik untuk MIFID II.”
 
Tinjauan Pasukan Kajian Jepun 2018 mencerminkan pendapat 1,204 pengurus portfolio dan penganalisis di 482 institusi yang secara keseluruhannya menguruskan $1.1 trilion dalam ekuiti Jepun dan $9 bilion dalam pendapatan tetap Jepun. 
 
Sejumlah 161 orang ketua pasukan muncul dalam senarai tahun ini, yang terhad kepada tiga skuad teratas untuk setiap sektor dan naib johan yang terlibat. Laporan penuh menamakan 696 pengkaji mewakili 28 entiti, yang memenuhi undian minimum dan kriteria kelayakan lain.
 
Keputusan penuh boleh didapati di www.institutionalinvestor.com/research
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi Cara Eio, Ketua Asia, II Research, di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.
 
Untuk berkongsi kedudukan pemenang anda dalam kedudukan Pasukan Kajian Jepun 2018 dalam kandungan laman web anda, iklan, komunikasi, media pemasaran dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. di www.ii-licensing.com.
 
Perihal Institutional Investor
Selama 51 tahun, Institutional Investor telah menyerlah dalam kalangan syarikat media terkemuka dunia dengan kewartawanan dan penulisan berkesan yang memberikan maklumat penting untuk pembaca global. Tambahan lagi, Institutional Investor menawarkan kajian penanda aras proprietari yang dihormati dan kedudukan kajian bahagian belian dan bahagian jualan, dana lindung nilai, korporat, pendapatan tetap dan pengurusan aset. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.
 
SUMBER : Institutional Investor News

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.