ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  TINJAUAN NTT COMMUNICATIONS MENDAPATI 90% DARIPADA SYARIKAT-SYARIKAT ASIA MENGHARAPKAN KEPADA PERKHIDMATAN TERURUS UNTUK MENANGANI CABARAN IT

Thursday 12/04/2018



Risiko keselamatan, kekurangan bakat dan kekurangan kemahiran adalah cabaran utama untuk menguruskan IT secara dalaman, manakala 49% daripada perniagaan menjangkakan akan bergerak ke awan hibrid dalam tempoh 18 bulan

HONG KONG, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), telah mengumumkan hasil daripada satu tinjauan baharu berbilang pasaran yang berjudul “Firma-firma Asia Menjalin Perhubungan untuk Mengambil Kesempatan daripada Perkhidmatan Berinovatif bagi Pertumbuhan Masa Hadapan.” "Tinjauan itu meneliti mengapa penyedia perkhidmatan terurus (MSP) dipanggil untuk membantu perniagaan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand untuk menyelesaikan pelbagai isu di dalam mengendalikan IT secara dalaman, serta pertimbangan utama bagi CIO untuk mengembangkan pensumberan luar dan projek teknologi mereka yang dirancang dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Penyelidikan itu telah ditugaskan untuk memahami dengan lebih baik trend di dalam pasaran perkhidmatan terurus yang paling pesat berkembang di dunia – Asia Pasifik, yang dijangka akan berkembang dari USD 28.03 bilion kepada USD 64.01 bilioni menjelang tahun 2021. Pasaran APAC juga diramalkan akan melihat kadar pertumbuhan tahunan kompaun paling tinggi di dunia (CAGR) pada 18%, mengatasi Amerika Utara dan Eropah, masing-masing pada kadar 7.7% dan 7.2%.

Risiko keselamatan, kekurangan bakat dan kekurangan kemahiran dilihat sebagai cabaran utama untuk mengurus IT secara dalaman

Kalangan eksekutif perniagaan yang ditinjau menyatakan tiga cabaran utama untuk menguruskan IT secara dalaman: 59% menunjukkan kepada keselamatan, manakala mencari dan mengekalkan orang yang paling sesuai dicatatkan sebanyak 51%, dan kurangnya kemahiran IT sebanyak 50%. Keselamatan (58%) dan infrastruktur awan (55%) telah didapati sebagai teknologi yang paling banyak disumberkan keluar; penyumberan luar bagi kedua-duanya dijangka meningkat masing-masing kepada 66% dan 74% pada sepanjang 18 bulan akan datang. Lebih 50% daripada organisasi mensumberkan keluar sistem dan pengurusan aplikasi (ERP, CRM) pada hari ini dan adalah dijangkakan akan berkembang sebanyak tambahan 10% dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Pada masa ini, bilangan syarikat yang menggunakan awan hibrid masih kekal rendah pada 18%, tetapi hampir separuh daripada perniagaan yang ditinjau dijangka akan menggunakannya dalam tempoh 18 bulan akan datang. Mendahului usaha itu adalah syarikat-syarikat Singapura dengan 58% mempertimbangkan untuk beralih kepada awan hibrid, diikuti oleh Hong Kong pada 33%. Separuh daripada perniagaan Asia sedang mempertimbangkan untuk menggerakkan SD-WAN, yang merupakan sebuah pembolehubah bagi awan hibrid, dan Azure Stack dalam tempoh 18 bulan akan datang – satu peningkatan mendadak daripada kadar penggunaan sekarang, masing-masing pada kadar 18% dan 13%.

"Walaupun perniagaan sedang beralih kepada awan awam untuk tujuan memanfaatkan kos, kebanyakan daripadanya diperlukan untuk mengekalkan data pengguna utama di dalam awan persendirian bagi tujuan pematuhan. Walaupun awan hibrid adalah satu trend yang tidak boleh ditarik balik, membina dan menguruskan sebuah persekitaran awan hibrid secara dalaman telah menjadi semakin kompleks dan mencabar," kata Dave Scott, Pengarah Penyelesaian, Perkhidmatan Terurus NTT Com.

Perkhidmatan terurus: pelengkap yang dicari untuk transformasi berskala besar

"7 daripada 10 transformasi yang berskala besar gagalii, yang menjelaskan mengapa perniagaan melihat perkongsian perkhidmatan terurus global sebagai satu langkah strategik bagi meningkatkan peluang mereka untuk berjaya - menangani peluang dan halangan dalam penyatuan teknologi, kekurangan bakat, kekurangan kemahiran, dan kecemerlangan operasi," kata Scott.

Tinjauan serantau itu mendapati bahawa lebih daripada 60% perniagaan menguruskan lebih daripada enam vendor IT, kebanyakan responden menyebut tentang kerumitan yang membawa kepada isu-isu prestasi (56%), kesukaran dalam membuat vendor bekerja sama (54%), dan kos tinggi dalam menggunakan pelbagai vendor (53%) sebagai kebimbangan utama di dalam sebuah persekitaran IT pelbagai vendor.

Untuk menangani trend IT yang berkembang pesat, Perkhidmatan Terurus Global Management One (GMOne) NTT Communications menyediakan perkhidmatan terurus hujung ke hujung yang menyampaikan penyelesaian IT yang pintar, boleh dipercayai dan selamat untuk memperkasakan perniagaan, mengurangkan kos dan mempercepatkan perjalanan transformasi digital. Digabungkan dengan sumber dan kemampuan global syarikat itu seperti rangkaian berkelajuan tinggi, satu jejak global bagi pusat-pusat data dan perkhidmatan awan, dengan hanya satu kontrak tunggal, satu perjanjian peringkat perkhidmatan (SLA) dan satu portal pengurusan, GMOne dapat menyampaikan perkhidmatan terurus yang lancar untuk ekosistem IT hibrid global bagi sebuah perniagaan.

Untuk satu senarai bagi penemuan penting daripada tinjauan itu, sila rujuk kepada Lampiran. Kertas putih yang lengkap boleh dimuat turun di www.nttcominsight.com/asiams-survey.

Maklumat mengenai Tinjauan Perkhidmatan Terurus

Bagi pihak NTT Communications, IDG Connect membuat tinjauan ke atas 200 buah organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya 500 orang pekerja sehingga kepada perusahaan besar, merentasi garis tegak di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 2018. Lebih separuh daripada responden adalah paling sejajar dengan jabatan IT tetapi pengurusan am, perakaunan/ kewangan dan jabatan-jabatan lain juga ditinjau.

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

Sila layari www.ntt.com.hk | www.hknet.com | www.facebook.com/nttca | 
http://www.linkedin.com/company/ntt-com-asia-limited untuk mendapatkan maklumat lanjut.

i "Pasaran Perkhidmatan Terurus oleh Pusat Data Terurus (Pengehosan, Kongsi Lokasi), Infrastruktur Terurus (Perkhidmatan Cetak, Atas Meja), Perangkaian Terurus (Pemantauan Jarak Jauh, MPLS, & VPN), Maklumat Terurus, Mobiliti, Perhubungan, & Keselamatan – Ramalan Global hingga 2021", diterbitkan oleh MarketsandMarkets.
ii Bucy M., Finlayson A., Greg K., dan Moye, C., “Cara ‘Bagimana’ kepada Transformasi”, Michael Bucy, Adrian Finlayson, Greg Kelly, dan Chris Moye”, diterbitkan oleh McKinsey

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180411006493/en/

Hubungi
Hubungan media:
NTT Com Asia Ltd
Priscilla Kwok, +852 3793 0937
priscilla.kwok@ntt.com.hk
atau
Ogilvy Public Relations
Priscilla Tong / Terence Nip, +852 2884 8529 / +852 2884 8517
priscilla.tong@ogilvy.com / terence.nip@ogilvy.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.