ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  LOJI WESTINGHOUSE AP1000® UNTUK BEBAN BAHAN API

Thursday 26/04/2018



Peristiwa penting bagi teknologi Westinghouse

SANMEN, China, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westinghouse Electric Company, Perbadanan Teknologi Tenaga Nuklear Negara China (SNPTC) dan CNNC Sanmen Nuclear Power Company Limited (SMNPC) hari ini mengumumkan bahawa unit pertama dunia bagi loji kuasa nuklear AP1000 yang terletak di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, telah menerima permit beban bahan api dari Pentadbiran Keselamatan Nuklear Kebangsaan China (NNSA) dan memulakan pemunggahan awal bahan api.

"Hari ini kami telah mencapai satu kejayaan besar bagi Westinghouse dan teknologi loji AP1000 kami," kata José Emeterio Gutiérrez, presiden dan ketua pegawai eksekutif Westinghouse. "Ini adalah langkah utama yang seterusnya di dalam menyampaikan kilang AP1000 yang pertama di dunia kepada pelanggan kami dan menunjukkan manfaat teknologi keselamatan pasif kami yang termaju kepada dunia."

Sanmen Unit 1 telah berjaya menyelesaikan kesemua ujian fungsian yang diperlukan serta kajian semula teknikal, keselamatan dan pengawalseliaan China. Proses muatan bahan api akan diikuti dengan kegentingan awal, penyelarasan awal kepada grid elektrik, dan konservatif, langkah demi langkah, ujian peningkatan kuasa, sehingga kesemua ujian selamat dan berjaya diselesaikan pada tahap kuasa 100%.

"Peristiwa penting bagi projek utama ini menandakan permulaan program pentauliahan akhir bagi Sanmen Unit 1," kata David Durham, Naib Presiden Kanan Perniagaan Projek Baharu Westinghouse. "Saya sangat yakin bahawa pasukan kami akan terus beroperasi di peringkat paling tinggi – di Sanmen, serta projek Haiyang dan Vogtle dan sokongan berterusan kami dalam armada operasi di seluruh dunia."

Mengulas mengenai perkongsian Westinghouse dengan kerajaan China dan pembekal sebagai penyumbang utama kepada kejayaan penghantaran tenaga bersih, Gavin Liu, presiden – Wilayah Asia menyatakan, "Westinghouse amat berbangga untuk menjadi sebuah rakan kongsi di dalam program tenaga nuklear China yang berpandangan ke hadapan, satu usaha yang akan menyediakan bekalan elektrik bersih untuk menjanakan ekonomi China. Melalui pemindahan teknologi, penyetempatan dan pembangunan infrastruktur, Westinghouse terus menjalin kerjasama dengan rakan-rakan kami di China dan menyokong pembangunan industri tenaga nuklear China."

Pada tahun 2007, Westinghouse berjaya di dalam bidaan mereka bagi projek kuasa nuklear generasi III+ China untuk membina dua unit reaktor AP1000 di Sanmen, Wilayah Zhejiang dan dua unit di Haiyang, Wilayah Shandong. Syarikat itu mempunyai dua unit tambahan yang sedang dibina di Loji Penjanaan Elektrik Vogtle di Waynesboro, Georgia.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180425005828/en/

Hubungi
Westinghouse Electric Company
Sarah Cassella, +1 412-374-4744
Pengurus, Perhubungan Luar
E-mel: cassels@westinghouse.com

Sumber : Westinghouse Electric Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.