ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  SAMPEL PENGHANTARAN TOSHIBA BAGI IC PEMACU MOTOR DENGAN LANGKAH MIKRO BERDEFINISI TINGGI

Thursday 26/04/2018



- Mencapai pemacu arus besar dan kawalan berketepatan tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa

TOKYO, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") hari ini mengumumkan "TB67S128FTG," sebuah pemacu motor langkah dwikutub dengan sebuah penarafan 50V/5A dan sokongan untuk 128 langkah mikro. Penghantaran sampel bermula dari akhir bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180426005612/en/

Kawalan motor berkelajuan tinggi dan berprestasi tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah adalah diperlukan untuk aplikasi yang termasuk mesin pencetak 3D, peralatan pejabat, terminal perbankan seperti ATM, pendispens tunai, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Untuk memenuhi keperluan yang bercanggah ini, Toshiba telah menggunakan teknologi pengoptimuman semasa mereka yang asalnya, AGC[1], kepada sebuah IC pemacu motor baharu yang mencapai pemacu arus yang besar (penarafan 50V/5A).

Tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan permintaan untuk peralatan yang menawarkan ketepatan yang lebih tinggi dan operasi yang lebih senyap. IC pemacu motor baharu Toshiba merealisasikan ketepatan yang tinggi dan getaran rendah dengan menyampaikan 128 langkah mikro, merealisasikan sebuah definisi yang lebih tinggi daripada peranti 32 langkah yang konvensional. Ia juga menggunakan SMD[2], sebuah fungsi penyesuaian semasa, untuk mengurangkan bunyi dan getaran secara berkesan semasa memacukan motor dengan memilih konfigurasi SMD yang paling sesuai bagi setiap motor.

Penggunaan satu lagi teknologi pengesanan semasa asal Toshiba, ACDS[3], mengurangkan bilangan komponen yang diperlukan bagi kawalan pemacu, sekali gus menyumbangkan kepada kos sistem yang lebih rendah dan fleksibiliti yang lebih baik dalam reka bentuk corak papan.

Ciri-ciri utama
1.     Mengurangkan getaran dan bunyi bising
Sebuah pemacu berketepatan tinggi direalisasikan oleh langkah mikro berdefinisi tinggi dengan sehingga 128 langkah, yang merealisasikan getaran yang jauh lebih rendah berbanding produk[4] 32 langkah.
2.     Menyokong untuk pemacu tork yang tinggi
Pemacu arus yang besar (penarafan 50V/5A) menyokong operasi tork yang lebih tinggi. Penjanaan haba dikurangkan dengan penggunaan rintangan yang rendah (0.25 Ω).
3.     Pemacu motor berkecekapan tinggi dan penghapusan komponen luaran.
Teknologi AGC menghalang motor mengalami pegun dan mengurangkan penggunaan kuasa, dan ACDS menghapuskan komponen, dan ADMD[5] meningkatkan keupayaan ikutan arus.
4.     Menyokong untuk pelbagai I/F
Input CLK atau input bersiri boleh dipilih mengikut sumber isyarat pengguna. Arus boleh dikawal secara langsung dengan input bersiri.
5.     Pengesanan kesilapan terbina dalam
Pengesanan penutupan terma dan perlindungan arus lebihan digabungkan. Di samping itu, satu fungsi  pengesanan terbuka menghalang pemberhentian daripada motor semasa pemasangan. Apabila diaktifkan, ia mengeluarkan isyarat pengesanan kesilapan output (ERR), sekali  gus memastikan keselamatan peralatan dan reka bentuk yang sangat boleh dipercayai. 

Penggunaan
Mesin pencetak 3D, kamera pengawasan, penggerak elektrik, peralatan rumah (peti sejuk dan pendingin hawa), peralatan industri (terminal perbankan, seperti ATM, peralatan pejabat, mesin faksimile, dll.), mesin permainan, seperti mesin slot, dll.

Table

Nota:
[1] AGC: Kawalan Gandaan Aktif mengoptimumkan arus pemacu untuk menyesuaikan tork yang diperlukan. Sebuah teknologi Toshiba yang menghalang pegun dan merealisasikan penjimatan tenaga.
[2] SMD: Kemerosotan Campuran yang Boleh Dipilih mengoptimumkan arus pemacu untuk disesuaikan dengan motor.
[3] ACDS: Sistem Pengesanan Arus Termaju mengawal arus motor tanpa sebarang keperluan untuk perintang pengesan arus.
[4] Perbandingan dengan produk semasa "TB67S249FTG."
[5] ADMD: Kemerosotan Campuran Dinamik Termaju secara automatik mengoptimumkan kawalan suis bagi Kemerosotan Pantas dan Kemerosotan Perlahan untuk menjamin putaran berkelajuan tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai TB67S128FTG, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S128FTG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2826
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180426005612/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.