ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  SATU JUTA DOLAR DISUMBANGKAN UNTUK MENDIDIK KANAK-KANAK PELARIAN DI ASIA DAN RANTAU MENA

Monday 30/04/2018



Derma Pemerintah Sharjah kepada sebuah badan amal Malaysia untuk terus menyokong komuniti pelarian  

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sumbangan sebanyak USD 1 juta telah diberikan untuk mengukuhkan infrastruktur pendidikan bagi pelarian dan kanak-kanak pelarian di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, pada masa, menurut statistik UNHCR, kanak-kanak mewakili kira-kira separuh daripada pelarian di seluruh dunia.

Siaran akhbar ini mengandungi multimedia. Lihat siaran penuh di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180429005047/en/

Yang Mulia Sheikh Dr Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi Emiriyah Arab Bersatu dan Pemerintah Sharjah telah memperluaskan sumbangan yang diberikan kepada sebuah Yayasan Amal Malaysia – “Dignity for Children Foundation - untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan pendidikan dan sokongan yang ditawarkan mereka kepada  komuniti terpinggir di Asia dan rantau MENA selama 20 tahun.

Yayasan itu, yang telah berjaya mendidik lebih dari 7,000 pelajar yang tidak didokumentasikan dan kini membantu kira-kira 1,100, akan mendapat manfaat daripada sumbangan itu, sebagai tambahan kepada hadiah USD 136,000 yang diterima pada hari Khamis (26 April) sebagai pemenang Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Advokasi dan Sokongan Pelarian.

Anugerah ini ditubuhkan pada tahun 2017 oleh sebuah organisasi kemanusiaan  terkemuka yang berpusat di UAE, The Big Heart Foundation (TBHF) dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), untuk menyerlahkan individu atau entiti yang melaksanakan inisiatif perintis dan berpengaruh yang telah memberi kesan positif dan ketara terhadap pelarian di rantau ini.

Sebagai tonggak kebudayaan di rantau Arab, Sharjah, emiriah ketiga terbesar di UAE, percaya bahawa setiap negara mesti dibina di atas landasan kukuh belia yang berpendidikan dan diberi kuasa. Ini dicerminkan dalam naungan dan sokongan projek pembangunan sosial untuk pelarian dan orang yang memerlukan di seluruh dunia, yang diketuai oleh Big Heart Foundation di bawah visi dan bimbingan Duli Yang Maha Mulia Pemerintah Sharjah dan isterinya Yang Mulia Sheikha Jawaher binti Mohammed Al Qasimi.

Maklumat lanjut mengenai Big Heart Foundation boleh didapati di laman sesawang yayasan : http://tbhf.ae.

Foto-foto dilampirkan:

1. Logo SIARA - Sumber: The Big Heart Foundation

2. Sekeping gambar daripada aktiviti yang dianjurkan Dignity Foundation untuk kanak-kanak pelarian -Sumber: The Big Heart Foundation


Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180429005047/en/

Hubungi

National Network Communications (NNC)
Fadia Daouk, +971 52 617 2111

Sumber : Sharjah
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.