ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  MINGGU INOVASI YPO MENYATUKAN INOVATOR GLOBAL DALAM ACARA ANGELS AND UNICORNS

Thursday 03/05/2018



Acara Pengenalan di Sydney akan Menampilkan Maklumat Terkini daripada Tokoh Pemikiran dan Perniagaan Paling Inovatif Terpilih

SYDNEY, Australia, 3 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sebagai salah satu acara Minggu Inovasi YPO tahunan kali ketiga, YPO akan mengehoskan Angels and Unicorns di Sydney, Australia, yang menyatukan tokoh perniagaan di seluruh dunia untuk menerokai cara terbaik untuk melabur dalam syarikat permulaan masa depan.

Minggu Inovasi YPO ialah siri lebih 50 acara yang dijalankan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia daripada 7-11 Mei 2018, menampilkan inovator global dinamik yang akan berkumpul untuk berkongsi strategi perniagaan terbaik serta ilmu yang relevan dan tepat pada masanya yang menjana inovasi dan membentuk masa hadapan perniagaan global untuk dekad seterusnya.

Angels and Unicorns akan disertakan perbincangan panel dengan syarikat permulaan yang paling berpotensi dan pemodal teroka paling berjaya dalam negara.

“Australia ialah lubuk inovasi, dengan begitu banyak syarikat mengagumkan yang mempamerkan inovasi sebenar sambil mengembangkan perniagaan mereka,” kata Pengerusi Angels and Unicorns, Ian Gardiner, Ketua Divisyen Permulaan Aus/NZ untuk Amazon Web Services. “Acara ini menawarkan maklumat unik kepada ahli YPO tentang cara untuk melabur dalam syarikat permulaan seterusnya.”

Jurucakap yang ditampilkan termasuklah:
  • Rocco Braeuniger, Pengurus Cawangan Amazon Australia
  • Flavia Tata Nardini, Ketua Pegawai Eksekutif Fleet Space Technologies
  • Matthew Koertge, Pengarah Urusan Telstra Ventures
  • Andrea Gardiner, CEO dan Pengasas Jelix Ventures
  • John Henderson,  Rakan Kongsi Airtree Venture Capital
  • Niki Scevak, Pengasas Bersama Blackbird Ventures
  • Benjamin Chong, Rakan Kongsi RightClickCapital
Minggu Inovasi YPO ialah acara global di mana syarikat paling inovatif dunia berkongsi inspirasi dan ilmu pengetahuan mereka. Minggu Inovasi YPO dicipta untuk tokoh YPO yang mencipta visi, strategi, maklumat dan teknologi yang digunakan untuk mendorong inovasi — merentasi industri dan sektor.

Melalui acara pengenalan Minggu Inovasi, siaran video langsung interaktif dua hala dan acara strim langsung, tokoh perniagaan akan mempelajari cara untuk mengikuti trend inovasi pada skala global, mencipta inovasi dan keunikan dalam amalan industri, memupuk dan membangunkan idea penjanaan nilai di seluruh organisasi dan mempengaruhi komuniti, industri dan dunia dengan cara yang positif.

Lebih acara pengenalan Minggu Inovasi akan diadakan antara 7-11 Mei 2018 di bandar-bandar utama, termasuklah London, England; Nairobi, Kenya; New York, New York, AS; Santa Domingo, Dominican Republic; dan Silicon Valley, California, AS.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Minggu Inovasi YPO.

PERIHAL YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25,000 ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat dengan ahli YPO mempunyai 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk maklumat lanjut, lawati YPO.org.

Hubungan:
YPO 
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298 
press@ypo.org 

Sumber : Young Presidents’ Organization, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.