ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  ​PERKEMBANGAN TERKINI GREENLAND RESOURCES BERKENAAN MALMBJERG

Wednesday 16/05/2018



BUKAN UNTUK DIEDARKAN KE PEKRHIDMATAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ATAU DISEBARKAN DI AMERIKA SYARIKAT

TORONTO, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Greenland Resources Inc. (“Greenland Resources”) ingin mengumumkan bahawa ia telah melibatkan beberapa firma kejuruteraan untuk menyiasat empat alternatif untuk kajian ketersauran Wardrop 2008 (“FS 2008”), dengan matlamat untuk meningkatkan aspek ekonomi projek dan menyingkatkan masa pembinaan. Perubahan paling signifikan untuk FS 2008 ialah pembinaan loji pemprosesan bijih dan kemudahan infrastruktur tapak loji sampingan pada limbungan di barj luar negara dan menempatkan barj di tapak binaan yang sesuai sama ada di lokasi air pasang surut laluan akses Utara atau Selatan.

Empat senario pengendalian alternatif tersebut digambarkan di bawah dan untuk pertimbangan, dua kaedah pelombongan yang sudah mantap (lombong terbuka dan gua blok bawah tanah) dengan dua laluan akses berlainan untuk mengangkut bijih dari lokasi longgokan ke kemudahan pemprosesan bijih air pasang surut. Dua laluan akses yang dipertimbangkan ialah laluan akses Utara dengan jarak 25 km dan laluan akses Selatan dengan jarak 85 km.
  1. Pilihan lombong dedah – laluan akses Selatan

    Operasi lombong dedah konvensional dengan penghancuran bawah tanah dan ruang pengisaran untuk melumatkan bijih bagi pengangkutan hidraulik ke loji pemprosesan air pasang surut selatan. Penyenggaraan permukaan / struktur gudang dan pentadbiran akan dibina berhampiran operasi pelombongan untuk melengkapkan penyenggaraan kelengkapan mudah alih dan mengurus operasi. Senario ini memerlukan pembinaan landasan kerikil kecil tahan cuaca yang sesuai untuk pengangkut Boeing 737-800 / pesawat kombo penumpang (“Combo”) dan penubuhan tapak pembuangan amang yang sesuai.
     
  2. Pilihan lombong dedah – laluan akses Utara

    Operasi lombong dedah seperti yang ditunjukkan dalam Pilihan #1, dengan talian paip mengangkut bijih ke loji pemprosesan air pasang surut 25 km di Utara menerusi terowong sepanjang 11 km. Struktur permukaan serupa yang diperlukan untuk Pilihan #1 boleh digunakan untuk Pilihan #2. Senario ini lebih diutamakan kerana sudah ada landasan kecil beroperasi yang diuruskan kerajaan dan sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 Combo serta tapak pembuangan amang yang sesuai.
     
  3. Pilihan pelombongan bawah tanah – laluan akses Selatan

    Operasi pelombongan gua blok dengan penghancuran bawah tanah dan ruang pengisaran untuk melumatkan bijih bagi pengangkutan hidraulik ke loji pemprosesan air pasang surut selatan, tapak loji dan infrastruktur di sepanjang laluan yang sama dengan Pilihan #1 menghasilkan kurang gangguan alam sekitar yang disebabkan oleh pelombongan bawah tanah berbanding dengan pilihan lombong dedah.  Serupa dengan yang dinyatakan dalam Pilihan #1, landasan kerikil kecil tahan cuaca yang sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 dan tapak pembuangan amang yang sesuai diperlukan.
     
  4. Pilihan pelombongan bawah tanah – laluan akses Utara

    Operasi pelombongan gua blok seperti yang dinyatakan dalam Pilihan #3 dengan semua infrastruktur pengangkutan bijih hidraulik yang diperlukan untuk mengepam bijih ke loji pemprosesan air pasang surut utara. Pelombongan bawah tanah kurang mengganggu alam sekitar berbanding pilihan lombong dedah. Senario ini lebih diutamakan kerana sudah ada landasan kecil yang diuruskan kerajaan dan sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 Combo serta tapak pembuangan amang yang sesuai.
Kesimpulan Awal
  1. Tanda awal ialah peningkatan projek CAPEX & OPEX terbesar dan signifikan berbanding FS 2008 iaitu untuk memodulkan pemekat dan semua infrastruktur tapak loji, pentadbiran dan penginapan serta loji kuasa yang dibina pada barj di limbungan kapal luar negara dan menempatkan barj di air pasang surut tapak projek untuk operasi permulaan siap guna
     
  2. Akses Utara mempunyai jarak lebih singkat dan infrastruktur sedia ada di air pasang surut, yang lebih diutamakan. CAPEX mesti diperuntukkan kepada terowong untuk melengkapkan penilaian alternatif ekonomi.
     
  3. Dua kaedah pelombongan jimat kos yang berdaya maju sedang dinilai untuk dipilih dalam penilaian ekonomi akhir yang akan disertakan dengan semua komponen infrastruktur.
Kumpulan Penasihat Teknikal

Pengurusan kumpulan penasihat termasuklah:

Keith C. Minty,  P. Eng.  MBA

Keith membantu dalam pembangunan dan pengurusan kumpulan perunding dalam perumusan senario pengendalian projek. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam membangun, membina, menempah dan mengendalikan lombong dedah dan lombong bawah tanah di seluruh dunia dan dalam keadaan kendalian artik dengan berjaya. Selain itu, beliau merupakan Presiden dan CEO syarikat North American Palladium yang disenaraikan TSX sejak penubuhannya hingga permodalan pasarannya mencecah >$1b, serta menerima anugerah Mining Man tahun 2000 oleh The Northern Miner.

Golder Associates

R. Hammett, P.Eng., Principal (Geomekanik gua blok dan reka bentuk lombong)
D. Sprott, P. Eng., Principal, Jurutera Kanan Pelombongan (Reka bentuk lombong gua blok, penjadualan dan anggaran kos)

Golder Associates Ltd. telah menjalankan penilaian konsep gua blok dan menentukan bahawa senario gua blok mempunyai potensi operasi dan ekonomi dan memerlukan kajian lanjut.

Hardrock Hickey & Associates LLC/ Dean Brox Consulting Ltd.

Hardrock Hickey & Associates LLC
C. Hickey, P. Eng., Principal (Pakar kejuruteraan terowong)

Dean Brox Consulting Ltd.
D. Brox, P. Eng., Principal (Pakar kejuruteraan terowong)

Hardrock Hickey & Associates/ Dean Brox Consulting telah melengkapkan analisis konsep untuk pembinaan terowong sepanjang 11 km dari lokasi air pasang surut Utara ke lokasi longgokan dan menentukan bahawa terowong tersebut tersaur dari segi teknikal dan sesuai untuk pengangkutan manusia, perkhidmatan projek termasuklah pengangkutan bijih dan barang guna habis.

DRA Group Holdings (Loji pemprosesan modular dan reka bentuk tapak loji)

V. Jayaraman, M.Eng., MBA, Naib Presiden, Pengasalan
Val Coetzee, M.Eng, Pengurus– Process Engineering Group, Afrika Utara
Vlad Feldman, P.Eng, Naib Presiden, Projek– Benua Amerika

Tugas DRA Global Group ialah melengkapkan secara konsep kerja kajian awal terhadap pembinaan pemekat bijih, muatan keluar pemekat, tapak loji, struktur loji kuasa, pentadbiran dan modul penginapan serta infrastruktur pada barj di limbungan kapal luar negara dan juga pengangkutan ke tapak untuk permulaan siap guna.

Patterson & Cooke

R. Cooke, P.Eng., Principal (Pakar Pengangkutan Bijih)

Patterson & Cooke merupakan salah satu kumpulan sistem pengangkutan bijih hidraulik paling berpengalaman di seluruh dunia dan mereka menjalankan kejuruteraan konseptual dan kerja reka bentuk untuk pengangkutan bijih dari longgokan ke pemekat dan amang dari pemekat ke kemudahan pengurusan amang.

Moose Mountain Technical Services

J. Gray, P. Eng., Presiden dan Principal (Reka bentuk & penjadualan, analisis modal dan kos pengendalian)

Kumpulan Moose Mountain Technical Services akan mengadaptasi reka bentuk lombong dedah daripada kerja mereka dalam FS 2008 dan membandingkannya dengan reka bentuk gua blok bawah tanah konsep dan jadual daripada Golders. Moose Mountain juga akan mengumpulkan modal masa pelombongan dan kos pengendalian yang disediakan oleh ahli kumpulan lain untuk senario tersebut untuk digunakan dalam model aliran tunai.

Perihal Greenland Resources Inc.

Greenland Resources ialah syarikat reporting issuer Kanada yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Ontario yang berfokus pada pemerolehan, penerokaan dan pembangunan pemilikan mineral di Greenland. Projek utamanya ialah longgokan Molibdenum Malmbjerg, iaitu longgokan molibdenum jenis Climax bertaraf dunia yang terletak di timur pertengahan Greenland. Dengan pejabat di Toronto, syarikat tersebut diketuai oleh kumpulan pengurusan dengan rekod panjang dalam industri pelombongan dan pasaran modal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web kami (www.greenlandresources.ca) serta pemfailan peraturan Kanada pada profil Greenland Resources di www.sedar.com.

En. Jim Steel, P.Geo., M.B.A., Individu Berkelayakan di bawah Instrumen Nasional 43-101 telah memeriksa dan meluluskan maklumat teknikal dalam siaran akhbar ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
   
Ruben Shiffman Pengerusi Eksekutif
Jesper Kofoed  Presiden & CEO
Gary Anstey  Hubungan Pelabur / Perkembangan Syarikat
Pejabat korporat Suite 612, 390 Bay St. Toronto, Ontario, Canada M5H 2A4
Telefon +1 647 273 9913
Web  www.greenlandresources.ca 
   
KENYATAAN PERINGATAN: Tiada bursa saham, suruhanjaya sekuriti atau penguasa peraturan telah meluluskan atau menidakkan maklumat yang terkandung di dalam ini. Siaran akhbar ini mengandungi maklumat masa hadapan yang bukan terdiri daripada fakta sejarah. Maklumat masa hadapan melibatkan risiko, ketakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan peristiwa sebenar, hasil, prestasi, prospek dan peluang menjadi jauh berbeza daripada yang diungkapkan secara tersurat atau tersirat oleh maklumat masa hadapan. Maklumat masa hadapan dalam hebahan berita ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, objektif syarikat, matlamat atau rancangan masa hadapan, penyataan tentang anggaran sumber mineral, hasil penerokaan, kemungkinan pemineralan, rancangan penerokaan dan pembangunan, ketersediaan kewangan, pemasaan permulaan operasi dan anggaran keadaan pasaran. Faktor yang boleh menyebabkan hasil sebenar jauh berbeza daripada maklumat masa hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kegagalan untuk menukarkan sumber mineral yang dianggarkan kepada rizab, modal dan kos pengendalian berbeza dengan signifikan daripada anggaran termasuk kos pengendalian dalam persekitaran gunung terpencil, kelewatan untuk memperoleh atau kegagalan untuk memperoleh kelulusan projek daripada kerajaan, alam sekitar atau lain-lain, risiko politik, ketakpastian berkaitan ketersediaan dan kos kewangan yang diperlukan pada masa hadapan, perubahan dalam pasaran ekuiti, inflasi, perubahan dalam kadar tukaran, naik turun harga komoditi, kelewatan pembangunan projek dan risiko lain yang terlibat dalam industri penerokaan dan pembangunan mineral. Walaupun syarikat percaya bahawa andaian dan faktor yang digunakan untuk menyediakan maklumat masa hadapan dalam siaran akhbar ini adalah munasabah, kebergantungan tidak harus diletakkan pada maklumat tersebut, yang hanya berkuatkuasa pada tarikh siaran akhbar ini, dan tiada langsung jaminan bahawa peristiwa tersebut akan berlaku dalam tempoh masa yang didedahkan. Syarikat menafikan sebarang tujuan atau tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda sebarang maklumat masa hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau tidak, selain daripada yang diarahkan oleh undang-undang. 

Sumber : Greenland Resources Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.