ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN GEGANTI FOTO UNTUK AUTOMASI KILANG DAN PENGGUNAAN INDUSTRI LAIN

Thursday 17/05/2018



-Peranti tapak permukaan arus tinggi diluluskan UL1577
 
TOKYO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menghasilkan geganti foto TLP3122A yang baharu untuk automasi kilang dan penggunaan industri lain termasuk automasi bangunan, alat penguji keselamatan dan semikonduktor.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news
/home/20180516005532/en/


Geganti foto yang baharu itu mengintegrasikan peranti MOSFET yang dipasang dengan menggunakan proses U-MOS IX yang terkini untuk mengurangkan rintangan berkeadaan rendah. Ditempatkan di dalam pakej SO6 4-pin yang kecil, TLP3122A itu menyediakan sebuah voltan terminal output berkeadaan tertutup (VOFF) sebanyak 60V, sebuah arus  berkeadaan hidup yang tetap (ION) sebanyak 1.4A dan arus denyut berkeadaan hidup (IONP) sehingga 4.2A. Rintangan berkeadaan hidup (RON) adalah biasanya hanya 0.13Ω, sekali gus membolehkan operasi yang sangat cekap dan pada masa yang sama arus berkeadaan tertutup adalah hanya 1μA.

Peranti itu menawarkan masa pensuisan yang pantas sehingga 3ms (tON) dan 1ms (tOFF) dengan satu voltan pengasingan sebanyak 3750Vrms. Ia diluluskan sepenuhnya sehingga UL1577 bagi penggunaan keselamatan kritikal.

TLP3122A yang lazimnya terbuka bertindak sebagai satu penggantian bagi geganti mekanikal 1-Form-A untuk mempertingkatkan kebolehpercayaan sistem dan menjimatkan ruang yang diperlukan bagi geganti dan pemacu geganti. Di samping itu, TLP3122A dikadarkan untuk sebuah suhu kendalian di antara -40°C dan 110°C yang adalah sesuai untuk penggunaan industri dan menjadikannya lebih mudah bagi memungkinkan untuk satu margin suhu di dalam reka bentuk terma bertaraf sistem.

Geganti foto TLP3122A yang baharu itu adalah serasi ke atas dengan TLP3122 di dalam sebuah pakej 2.54SOP4 yang konvensional. Ia juga membantu meningkatkan arus pemacu sistem itu, sekali gus membolehkan ia untuk bertindak sebagai satu pengganti bagi julat geganti mekanikal yang lebih luas.

Penghantaran secara besar-besaran bagi geganti foto yang baharu itu telah bermula.

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation akan terus berusaha untuk menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang berbeza yang disesuaikan dengan trend pasaran.

Penggunaan

·        Peralatan perindustrian (PLC, antara muka I/O)
·        Sistem automasi bangunan
·        Alat penguji semikonduktor
·        Peralatan keselamatan
·        Penggantian geganti mekanikal (sistem AC 24V hingga 32V, sistem DC24 hingga 48V)
 
Ciri-ciri

·        Pakej kecil SO6 4-pin: 2.54mm (pic), 2.1mm (ketinggian); pakej 4-pin
·        Lazimnya terbuka (1-Form-A)
·        Voltan terminal output berkeadaan TERTUTUP 60V (maksimum)
         Arus tetap 1.4A (maksimum)
         Arus berkeadaan HIDUP (denyut) 4.2A (maksimum)
·        Rintangan berkeadaan rendah: 0.25Ω  (maksimum)
·        Suhu kendalian: 110 C (maksimum)
·        Piawaian keselamatan: Diluluskan UL (UL1577); voltan pengasingan  3750Vrms (minimum)

Table
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan produk baharu dan geganti foto.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photo
relay/mechanicalrelays.html


Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat berasingan pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com
/ap-en/company.html


Lihat versi sumber di businesswire.com:  https://www.businesswire.com/news
/home/20180516005532/en/


Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.