ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​PRA DINAMAKAN SEBAGAI SYARIKAT KAJIAN KLINIKAL ANTARABANGSA TAHUN INI

Friday 25/05/2018



RALEIGH, N.C., 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ:PRAH) sukacita mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf oleh PharmaTimes sebagai Syarikat Kajian Klinikal Antarabangsa Tahun Ini. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut PRA menerima pengiktirafan tersebut.
 
“Anugerah ini meraikan kecemerlangan dalam industri kajian klinikal dan kami berbangga untuk diiktiraf sekali lagi oleh rakan sejawat kami,” kata Colin Shannon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Anugerah ini ialah hasil usaha ahli pasukan PRA berbakat yang bekerja di seluruh dunia dan sangat komited terhadap kerja dengan membawakan terapi baharu yang boleh menyelamatkan nyawa kepada pesakit yang memerlukannya.”
 
PRA juga menggondol kategori Sekutu Kajian Klinikal dan Pentadbir Ujian Klinikal dengan 11 anugerah keseluruhannya. Anugerah ini tersebut setelah PRA diiktiraf awal tahun ini dalam pertandingan PharmaTimes benua Amerika di mana syarikat tersebut juga telah menerima 11 anugerah, termasuk Syarikat Tahun Ini.
 
Pertandingan Pengkaji Klinikal Antarabangsa Tahun Ini PharmaTimes bertujuan untuk mencabar, mengiktiraf dan menghargai bakat dan semangat penyelidik industri dan akademik. Terdiri daripada tiga tahap, pertandingan tersebut menawarkan peluang kepada golongan profesional dalam kajian klinikal untuk meletakkan tanda aras kepakaran mereka berbanding rakan sejawat dalam persekitaran pembelajaran dan untuk dinilai oleh kumpulan tokoh industri eksekutif bebas.  
 
PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA merupakan salah satu organisasi penyelidikan kontrak global terkemuka, yang secara pendapatannya, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal yang di sumber luar kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA termasuk lebih daripada 70 pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia, Timur Tengah dan lebih daripada 15,800 pekerja di seluruh dunia. Sejak 2000, PRA telah menyertai lebih kurang 3,700 ujian klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA telah menyertai ujian utama atau sokongan yang membawa kepada kelulusan kawal selia Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. atau antarabangsa untuk lebih daripada 75 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

Pertanyaan Media: Christine Rogers, Pengarah, Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat rogerschristine@prahs.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/075c9112-9b1d-4a83-a1f4-ae65e378cd9f

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.