ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ARM® CORTEX®-M TERAS TOSHIBA BERASASKAN MIKROPENGAWAL MENYOKONG SISTEM PENGENDALIAN MBED™

Monday 28/05/2018



TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba"), sebagai sebuah Rakan Silikon bagi Mbed (sebuah penyelesaian pengurusan peranti untuk platform IoT yang dibangunkan oleh Arm Ltd), telah memperoleh pensijilan Sistem Pengendalian Mbed untuk mikropengawal mereka. Dua papan penilaian yang mengintegrasikan mikropengawal ini telah dikeluarkan di tapak Arm Mbed.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180528005041/en/

Mbed menyediakan kepada pemaju dengan suatu persekitaran pembangunan yang bebas dan mudah untuk digunakan. Pengumpul dalam talian yang disediakan oleh Arm boleh digunakan dengan papan penilaian yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed, dan pengaturcaraan peranti boleh dilakukan dengan kesederhanaan tarik dan lepas pada sebuah komputer peribadi hos yang disambungkan kepada papan melalui USB. Pemaju boleh juga mengakses perpustakaan komponen yang kaya yang disahkan oleh komuniti Mbed, sekali gus membolehkan pembangunan aplikasi yang pantas dan cekap bagi peranti terbenam.

Perkhidmatan Penyambung Peranti Arm Mbed menyediakan penyambungan dengan Mbed Awan, yang memudahkan konfigurasi mudah bagi perkhidmatan web.

Di antara syarikat-syarikat kumpulan Toshiba, Toshiba Digital Solutions Corporation sedang berusaha untuk mengukuhkan keselamatan peranti bagi peralatan IoT sebagai sebuah rakan utama Mbed Awan. Oleh kerana mikropengawal Toshiba kini menyokong Sistem Pengendalian Mbed, kumpulan Toshiba itu boleh mencadang dan menyampaikan penyelesaian menyeluruh bagi sistem IOT yang dijamin selamat yang meliputi awan hingga ke peranti.

Toshiba akan memperluaskan produk yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed dengan rakan  ekosistem Mbed.

Ciri-ciri utama bagi mikropengawal yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed

- Menyokong untuk pelbagai aplikasi dengan mikropengawal berasaskan Cortex-M0 dan Cortex-M4
Mikropengawal serbaguna TX00 dengan fungsi sokongan USB dan mikropengawal TX04 dengan pilihan produk fungsi keselamatan yang meluas.

- Menyokong bagi pelbagai aplikasi yang luas melalui penyambung Arduino yang serasi
Aplikasi boleh dibangunkan dengan cepat dengan menyambung kepada sebuah papan ArduinoShield yang tersedia secara komersil.

- Menyokong untuk aplikasi IoT melalui Mbed
Menggunakan Mbed Awan yang membolehkan penyambungan yang dijamin selamat dengan perkhidmatan web.

Sila klik di sini untuk Garis bentuk dan spesifikasi utama bagi mikropengawal yang menyokong Sistem Pengendalian Mbed
 
* DMA: Capaian Ingatan Terus
* 1 Kbait dikira sebagai 1024 bait

Untuk butrian lanjut mengenai mikropengawal yang dibolehkan Mbed, sila layari laman web berikut.
TMPM066FWUG:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM066FWUG®ion=apc&lang=en
TMPM46BF10FG:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM46BF10FG®ion=apc&lang=en

Papan penilaian Mbed
Papan penilaian Mbed bagi setiap mikropengawal adalah disediakan oleh sensyst, sebagai produk siri AdBun, adalah seperti berikut:
 
Produk Mbed Papan penilaian Mbed (nama produk sensyst)
TMPM066FWUG AdBun-M066
TMPM46BF10FG AdBun-M46B
 
Setiap papan boleh didapati dari Chip 1 Stop. Untuk butiran mengenai spesifikasi papan, sila rujuk kepada laman web Chip 1 Stop berikut di:
http://www.chip1stop.com/web/JPN/en/selectCountry.do
 
Untuk butiran lanjut mengenai Arm Mbed, sila layari laman web Arm Mbed di:
https://www.mbed.com/

* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* Mbed adalah sebuah tanda perniagaan bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* Arduino adalah sebuah tanda perniagaan bagi Arduino AG.

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2241
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180528005041/en/

Hubungi

Pertanyaan Media
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.