ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENJADI HOS KEPADA "PAMERAN PORSELIN ARITA DAN IMARI KE-38"

Thursday 31/05/2018



Memperkenalkan Seni Tradisional Jepun yang Indah

TOKYO, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada Pameran Porselin Arita dan Imari ke-38 – Daripada Asal kepada Gaya Moden" dari 1 Julai (Ahad) hingga 1 Ogos (Rabu), 2018, untuk memperkenalkan kepada tetamu dengan porselin Arita dan Imari, seramik pertama yang diperbuat di pulau di sebelah selatan Kyushu, Jepun. Barangan seni yang mewakili Ko-Imari dan gaya porselin yang lain akan dipaparkan di dalam pameran itu. Juga, tujuh pembuat porselin yang terkenal dan moden dari wilayah Arita dan Imari di Wilayah Saga akan memaparkan produk mereka dan tersedia untuk dijual. Di samping itu, lapan daripada restoran kami akan menyajikan makanan yang disediakan khas dengan menggunakan porselin dari wilayah Arita dan Imari. Ramai tetamu boleh membeli produk porselin selepas menjamu selera di restoran-restoran kami dan benar-benar melihat dan merasakan bagaimana mereka digunakan untuk menyerlahkan lagi makanan.

 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180530005443/en/


Tahun ini menandakan kali ke-38 pameran ini telah diadakan, dan ia merupakan satu gambaran tentang minat yang mendalam di dalam produk porselin Arita dan Imari. Pameran ini juga direka untuk menyediakan kepada tetamu antarabangsa kami, yang mencakupi lebih dari 75% daripada keseluruhan jumlah tetamu, dengan satu peluang untuk menikmati keindahan produk proselin tradisional Arita dan Imari dari Jepun.

Pameran tahun ini akan memberi tumpuan kepada porselin "Ko-Karatsu" dan "Ko-Imari" yang diwujudkan di pulau di sebelah selatan Kyushu. "Ko-Karatsu" dikenali kerana ketegapan dan ciri-cirinya yang biasa semasa pemerintahan Maharaja Toyotomi pada akhir abad ke-16. "Ko-Imari" menjadi barang seni yang popular di kalangan aristokrat Eropah semasa Zaman Edo pada abad ke-17. Barang-barang porselin yang indah yang dibuat oleh pembuat tembikar terkenal yang telah berkembang sepanjang lebih 400 tahun dalam sejarah seni itu akan dipamerkan.

Arkib bagi Siaran Akhbar

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibukota negara itu Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami disebabkan oleh kemudahan kami yang ramah, layanan yang mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka untuk menyelami budaya Jepun, yang termasuk bilik-bilik bertemakan Hello Kitty dan program pengalaman kebudayaan Jepun. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.

 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180530005443/en/


Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.