ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 16, 2024 -Khamis

 
  EEC MENGEMBANGKAN BARISAN SUMBER KUASA DENGAN SIRI 6300 DAN 6500 YANG KAYA DENGAN PELBAGAI CIRI

Thursday 31/05/2018



TAIPEI, Taiwan, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronics Co. (EEC), sebuah inovator dan pengeluar yang terkemuka bagi sumber kuasa untuk pembuatan dan gred industri telah memberikan tenaga semula kepada barisan sumber tenaga premium mereka dengan memperkenalkan siri 6300 dan 6500. Siri 6300 itu adalah sebuah sumber kuasa tiga fasa yang mampu menghasilkan sehingga 300kVA, manakala siri 6500 yang baharu itu adalah satu sumber kuasa fasa tunggal yang boleh menghasilkan sehingga 80kVA. Kedua-dua siri ini menawarkan ciri-ciri baharu yang termasuk fungsi meningkatkan dan mengurangkan tanjakan, pilihan voltan 350V atau 600V, dan keupayaan untuk menyesuaikan sepenuhnya frekuensi yang melampaui kesemua model terdahulu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180530006596/en/
 
EEC mereka cipta barisan sumber kuasa 6300 dan 6500 mereka untuk mengendalikan persekitaran industri dan pembuatan yang paling mencabar pada hari ini. Kedua-dua barisan ini sangat sesuai untuk menggerakkan motor elektrik, mengendalikan penggunaan di dalam sektor aeroangkasa dan pengangkutan, dan menguji kelengkapan pemanasan, pengudaraan, dan pendingin dingin (HVAC). Kawalan yang lebih luas yang disediakan oleh pilihan 360-440Hz dan 760-840Hz itu yang terlaras sepenuhnya menjadikan produk sumber kuasa ini amat sesuai terutamanya untuk penggunaan menguji aeroangkasa.

"Kami melihat pertumbuhan di kalangan banyak industri yang baru muncul yang menggunakan kuasa tinggi untuk menguji produk dan komponen tenaga baharu mereka, seperti sistem penyaman udara, motor elektrik perindustrian yang besar, dan stesen pengecasan kuasa elektrik, yang menuntut sumber kuasa tinggi untuk mensimulasikan keadaan dan variasi bekalan tenaga dalam dunia sebenar," kata Brian Chen, Pengurus Besar EEC. "Siri 6300 dan 6500 itu adalah jawapan kami kepada permintaan yang tinggi ini. Siri 6300 merupakan sumber AC tiga fasa yang paling kuat yang pernah dibina oleh EEC, dengan output sehingga 300kVA, yang sesuai untuk julat aplikasi yang pelbagai."

Kedua-dua siri 6300 dan 6500 termasuk ketersambungan BNC untuk kawalan sejagat bagi PLC; pelarasan voltan automatik melalui proprietari EEC Over Current Fold (OCF) untuk mengaktifkan DUT; dan frekuensi LED, voltan, arus dan paparan status kuasa.

Sumber kuasa EEC siri baharu 6300 dan 6500 menaikkan bar pada katalog syarikat yang telah menjadi contoh bagi sumber kuasa premium dan peralatan ujian, yang direka untuk memastikan tahap jaminan keselamatan dan kualiti yang paling tinggi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk baharu EEC bagi siri 6300 dan 6500, sila layari;
https://www.eecextech.com/products/6300-high-power-programmable-3-phase-ac-power-source/
https://www.eecextech.com/products/6500-series-high-power-programmable-ac-power-source/

Maklumat mengenai Extech Electronics Co.

Selama 40 tahun, Extech Electronics Co. (EEC) telah menghasilkan alat penguji keselamatan elektrik dan sumber kuasa AC yang canggih bagi pelbagai jenis industri. Kami berusaha untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kami dengan secara konsisten menawarkan produk, perkhidmatan yang boleh diharapkan, dan sokongan yang boleh dipercayai bagi kesemua aplikasi alat penguji. Untuk maklumat lanjut sila layari www.eecextech.com.


Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180530006596/en/

Hubungi

Extech Electronics Co.
Sasha Wang, +886-2-21653066 #2201
Jason Hung, +886-2-21653066 #2217
marketing@eecextech.com

Sumber : Extech Electronics Co.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.