ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  ​PAYSAFE MELANCARKAN PAYSAFECASH - PENYELESAIAN PEMBAYARAN CANGGIH BAHARU UNTUK 'PENGGUNA TUNAI'

Wednesday 06/06/2018



Penyelesaian inovatif daripada peneraju pembayaran global menawarkan kepada pembeli dalam talian pilihan pembayaran dalam talian yang mudah dan ultra selamat

LONDON, 6 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Peneraju penyedia pembayaran global, Paysafe, hari ini mengumumkan pelancaran global penyelesaian pembayaran alternatif terbarunya - ‘Paysafecash’. Perintis pilihan pembayaran tunai dalam talian yang ultra selamat ini telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan untuk jumlah besar pembeli dalam talian di seluruh dunia yang masih memilih untuk membayar secara tunai. Data terkini menunjukkan yang meskipun penggunaan pembayaran elektronik galak digunakan oleh orang ramai, ramai pembeli dalam talian semakin bimbang yang pembelian dalam talian terlalu kerap menyebabkan penipuan kewangan dan kebocoran data.

Dibangunkan oleh kumpulan Paysafe yang sama yang mencipta penyelesaian tunai prabayar yang telah memenangi anugerah -paysafecard, peneraju global dalam industri pembayaran prabayar dalam talian - pelancaran Paysafecash merupakan sebahagian daripada strategi inovatif Paysafe dalam memberikan kamar keselamatan yang tiada tandingan, tanpa geseran dan produk pembayaran yang relevan di seluruh dunia.

Paysafe menarik kedua-dua industri dan penyelidikan proprietari ketika membangunkan produk tunai baharu.  Berbeza dengan kepercayaan popular yang semua barangan dalam talian dibeli menggunakan kad kredit atau debit atau kaedah digital lain, data pasaran menunjukkan bahawa lebih kurang dua bilioni orang dewasa di dunia masih tidak mempunyai akaun bank. Walaupun di rantau maju pembangunan seperti di Kesatuan Eropah, lebih daripada 57 jutaii orang dewasa tidak mempunyai akaun bank dan 68%iii transaksi masih dibayar menggunakan tunai. Di UK, sebagai contoh, walaupun penggunaan bayaran tanpa sentuh meluas, jumlah pengguna yang bergantung hampir sepenuhnya kepada tunai telah meningkat daripada 500,000 ke 2.7 juta dalam masa dua tahun, berdasarkan data oleh Payments UK dan Bank England. Kebimbangan penipuan dan keselamatan data sering dinyatakan sebagai sebab utama untuk tidak mahu berkongsi butiran akaun bank atau kad kredit/debit dalam talian.

Tidak seperti penyelesaian tunai dalam talian yang lain dalam pasaran hari ini, Paysafecash menawarkan faedah unik dan tanpa tandingan yang banyak. Ini merupakan penyelesaian tunai dalam talian pertama yang boleh digunakan untuk memuat naik dana ke dalam dompet digital, termasuk dompet digital popular Paysafe sendiri, Skrill dan NETELLER. Ini bermakna yang Paysafe kini boleh menawarkan kepada pengguna yang menginginkannya, keseluruhan ekosistem pembayaran yang dijalankan menggunakan tunai, menolak keperluan untuk mempunyai akaun bank atau berkongsi data kewangan dalam talian.

Tambahan lagi, dengan Paysafecash, pembeli boleh membayar jumlah yang tepat untuk pembelian yang mereka lakukan dan bukannya terpaksa membundarkan jumlah kepada baucar denominasi tetap yang biasanya pilihan ‘tunai’ tunggal yang ditawarkan oleh peruncit dalam talian buat masa kini.

Ini bagaimana senangnya pembayaran boleh dibuat dengan Paysafecash:

1. Jana kod bar
Pelanggan memilih “Paysafecash” sebagai kaedah pembayaran dalam kedai dalam talian, memuatkan QR/kod bar yang dijanakan ke dalam dompet miliknya, menghantarnya ke telefon mudah alihnya atau mencetaknya.

2. Cari titik pembayaran
Menggunakan fungsi cari, pelanggan mencari titik pembayaran Paysafecash yang terdekat.

3. Imbas & bayar
Pelanggan memberikan QR/kod bar untuk diimbas oleh pekerja jualan di titik pembayaran dan membayar jumlah yang diperlukan. Kedai dalam talian memproses pesanan terus selepas pembayaran.

Pelancaran produk juga berkait dengan kedudukan jenama baharu Paysafe dalam menjadi ‘Besar terbaru’ dalam industri pembayaran global seperti yang digariskan dalam laman web yang telah dicantikkan semula baru-baru ini serta kempen pemasaran global ‘Palam ke Paysafe’nya.  Sebagai sebahagian daripada kempen Palam ke Paysafe, penyedia pembayaran ini menerbitkan leleran seterusnya untuk kajian antarabangsa terbarunya ‘Hilang dalam Transaksi: Trend Pembayaran 2018’ minggu ini. Kajian terbaru menunjukkan bahawa 63% pengguna menyatakan yang mereka merasa lebih selesa untuk membeli dalam talian melalui pilihan pembayaran yang butiran kewangan mereka tidak perlu dikongsi.  Kajian lanjutan oleh CyberCorp menunjukkan bahawa laman web yang menawarkan empat atau lebih pilihan pembayaran, tambahan kepada kad kredit, mempunyai kadar penukaran 12% lebih tinggi daripada peruncit dalam talian yang hanya menawarkan satu alternatif.

Menurut Udo Müller, CEO Paysafe di sebalik produk, Paysafe memfokuskan pada menawarkan pilihan pembayaran tambahan yang diperlukan ini untuk pembeli dalam talian. Beliau percaya Paysafecash berpotensi untuk memacu jutaan pembeli tambahan dalam talian yang mewakili pemacu pembangunan sebenar untuk pembelian digital dan peruncit dalam talian.

Müller berkata: “Setiap hari dalam berita kita baca tentang penipuan dan kebocoran data, selalunya melibatkan peruncit dalam talian yang dikenali dan mantap, jadi tiada siapa yang imun kepada risiko berkongsi data akaun dan kad mereka dalam talian.  Di samping itu, terdapat sebilangan besar transye populasi global kita yang kekal tidak mempunyai akaun bank dan tidak memiliki sebarang kad pembayaran.  Jadi kami tahu terdapat keperluan penting untuk menyediakan penyelesaian tunai dalam talian yang fleksibel dan selamat untuk membantu pengguna dan peruncit mengatasi masalah ini.

Tambah Müller: “Ketika membangunkan Paysafecash, kami mahu mencipta perintis penyelesaian tunai yang akan mencabar produk pembayaran digital lain yang berada di luar sana dan Paysafecash menawarkan ciri-ciri yang sangat unik seperti menjadi penyelesaian tunai tunggal yang boleh digunakan untuk memuatkan dana ke dalam dompet digital.

Ini merupakan yang satu lagi pertama dalam industri oleh Paysafe dan mengukuhkan rekod pencapaian mencabar status quo untuk memenuhi keperluan pembayaran pengguna dan peruncit yang masih belum dipenuhi.”

Paysafecash telah dilangsungkan dan terbukti popular di antara pembeli di 14 negara termasuk Austria, Sepanyol, Itali, Portugal, Hungary, UK dan Kanada.  Rancangan sedang dijalankan untuk mengembangkan ketersediaannya di 32 pasaran tambahan, termasuklah AS, sebelum hujung tahun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Paysafecash, lawati www.paysafecash.com

NOTA KEPADA EDITOR:
Sumber:
iWorld Bank Report, 2015
iiWelfare Society Territory, 2013
iiiFungglobalretailtech.com

Paysafe di Money 20/20, Amsterdam, Netherlands:
  • Pasukan di sebalik Paysafecash akan mempamerkan penyelesaian baharu di Money 20/20 di Amsterdam.  Lawati hentian E70 untuk melihat demo dan mengetahui lebih lanjut tentangnya.
  • Pada hari ketiga Money 20/20, Paysafe akan melancarkan Hilang dalam Transaksi: Trend Pembayaran 2018
Perihal Paysafe
Paysafe ialah peneraju penyedia global penyelesaian pembayaran hujung ke hujung. Matlamat utamanya ialah untuk membolehkan perniagaan dan pengguna untuk berhubung dan berurusan dengan lancar melalui keupayaan memimpin industri dalam pembayaran, dompet digital dan penyelesaian tunai dalam talian. Disediakan melalui platform bersepadu, penyelesaian Paysafe disasarkan ke arah transaksi berdasarkan mudah alih, analitik masa nyata dan penumpuan antara pembayaran secara fizikal dan dalam talian. Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, gabungan volum transaksi US $56 bilion pada 2017 dan lebih 2,600 pekerja di 12 lokasi global. Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 200 jenis pembayaran di lebih daripada 40 mata wang di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.paysafe.com.  Ikuti Paysafe di Twitter / LinkedIn / Google + / stories.paysafe.com

Untuk Pertanyaan Media:
Kate Aldridge: Timbalan Presiden, Komunikasi Korporat, Kumpulan Paysafe
Pejabat: +44(0)203 934 9197 atau Telefon Mudah Alih +44(0)750 079 7547
Emel: Kate.Aldridge@paysafe.com

Sumber : Paysafe Group

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.