ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  RAZELINE MENAWARKAN STRIM HASIL TAMBAHAN KEPADA PENCIPTA KANDUNGAN YOUTUBE

Wednesday 06/06/2018



ANN ARBOR, Mich., 6 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dalam 18 bulan ini, banyak pencipta kandungan YouTube mengalami pengurangan hasil iklan. Platform dalam talian, Razeline ada penyelesaiannya. Razeline ialah syarikat permulaan yang membolehkan pencipta kandungan YouTube dan peminat mereka berhubung secara langsung melalui mesej teks disaring.

Pada awal tahun 2017, YouTube mula mengetatkan polisi penjanaan keuntungan mereka untuk meredakan kebimbangan pengiklan berkenaan iklan yang disiarkan bersama kandungan yang tidak menyenangkan.  Perkhidmatan Google itu memulakan langkah “nyahkeuntungan”, iaitu membuang iklan daripada beribu-ribu video. Langkah tersebut yang dipanggil “Adpocolypse” menjadi lebih buruk apabila salah seorang pencipta kandungan paling popular YouTube melakukan kesilapan besar.

Pada Ambang Tahun Baru 2017, Logan Paul telah menyiarkan video Hutan Bunuh Diri. Video tersebut yang menunjukkan mayat lelaki tergantung di Hutan Bunuh Diri di Jepun telah menerima reaksi negatif yang kuat.  YouTube bertindak balas dengan mengetatkan lagi peraturan iklan untuk “mengelakkan individu bermasalah daripada menyakiti pencipta asli berinspirasi di seluruh dunia yang mencari pendapatan melalui YouTube.”

Razeline sedar bahawa kebanyakan pencipta kandungan YouTube mempunyai peminat setia, oleh itu mereka membolehkan pencipta menjana keuntungan daripada hubungan tersebut dengan mengenakan caj untuk membalas mesej. Pencipta kandungan boleh mengesetkan perkhidmatan mesej mereka sendiri dengan platform Razeline. Dalam profil mereka, pencipta kandungan YouTube boleh mengesetkan kadar tertentu yang perlu dibayar peminat demi balasan langsung. Apabila profil awam ditetapkan, pencipta kandungan boleh berkongsi maklumat profil mereka menggunakan pautan yang serupa dengan Twitter, siarkannya pada saluran mereka dan akaun media sosial lain serta berkongsi pautan itu secara terus dengan peminat.

Menurut pencipta Razeline dan CEO, Faisal Khan, “Pencipta kandungan di seluruh dunia kini boleh membalas semua mesej yang mereka terima daripada peminat dan syarikat setiap hari dan mendapat bayaran. Kami sedang berbincang dengan beberapa YouTuber yang mempunyai pelanggan berjumlah lebih seratus juta.”

Peminat yang menggunakan platform Razeline dijamin mendapat balasan daripada pencipta kandungan dalam masa tiga hari bekerja.  Pengguna Razeline boleh menyertakan mesej 180 karakter seperti WhatsApp, dengan foto dan maklumat terhad tentang diri mereka. Maklumat tambahan ini membolehkan pencipta kandungan YouTube memahami peminat yang berkomunikasi dengan mereka.

Razeline juga membolehkan syarikat menggunakan alat yang sama untuk mendekati pencipta kandungan yang kadangkala sukar dihubungi.

Pencipta kandungan yang mahu mengesetkan perkhidmatan mesej Razeline mereka sendiri atau peminat yang mahu berhubung dengan pencipta kandungan YouTube kegemaran mereka boleh melakukan demikian dengan melawati Razeline.com.

Perihal Raze Technologies Inc.
Beribu pejabat di Ann Arbor, Michigan, Raze Technologies Inc. Ialah pengeluar Razeline. Raze Technologies dimiliki dan dikendalikan oleh Faisal Khan. Khan merupakan bekas penganalisis kewangan untuk syarikat Fortune 500. Kini, beliau menetap di Detroit, Michigan.

Hubungan: Faisal Khan
faisalkhan@razeline.com atau 734 407 9626

Sumber : Raze Technologies Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.