ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  ​PAYSAFE MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN GOOGLE

Friday 08/06/2018



Paysafecard Paysafe bekerjasama dengan Google untuk membolehkan jutaan pengguna untuk mengambil bahagian dalam membeli-belah dalam talian untuk kali yang pertama

VIENNA, Austria, 8 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Paysafe, peneraju penyedia pembayaran global, mengumumkan kerjasama baharu dengan Google. Perniagaan prabayar paysafecard Paysafe kini diterima sebagai kaedah pembayaran di Play Store Google, kedai app untuk peranti diperakui Android, membuka pintu ke era digital untuk jutaan pelanggan.

Kini, pelanggan tanpa kad kredit atau perkhidmatan perbankan digital, atau sesiapa yang tidak mahu memasukkan data kewangan mereka dalam talian atas sebab keselamatan, boleh membayar dalam talian di Play Store Google menggunakan paysafecard. paysafecard membolehkan pengguna yang lebih gemar atau perlu untuk menggunakan tunai untuk membayar dalam talian, hanya dengan mudah dan selamat menggunakan PIN 16-digit untuk melengkapkan transaksi pembayaran.

"Pembentukan kerjasama yang menarik ini merupakan detik penting dalam sejarah syarikat kami dan pelancaran disusuli rapat oleh kerjasama dan dedikasi daripada kedua-dua pasukan kami untuk memasukkan paysafecard sebagai kaedah pembayaran terbaru untuk pengguna. Google ialah salah satu daripada jenama terkemuka di dunia, jika tidak yang terbaik, jadi bekerjasama dengan mereka untuk pelanggan prospektif dan semasa kami merupakan langkah perniagaan yang penting," kata Udo Müller, CEO paysafecard. "Risiko penipuan dan perkongsian data peribadi dalam talian masih menjadi kebimbangan pada ramai pengguna. Hilang dalam Transaksi: Trend Pembayaran 2018, penyelidikan proprietari kami yang telah dilancarkan awal minggu ini, menunjukkan separuh daripada responden bimbang akan penipuan pembelian dan 48% bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka. Ini adalah masa yang tepat untuk menawarkan paysafecard sebagai cara pembayaran di Play Store Google yang dapat memberikan manfaat kepada pengguna dan kedua-dua syarikat.”

Pengenalan antarabangsa atas kerjasama antara paysafecard dan Google bermula di Poland, dimana lebih daripada satu juta orang setahun menggunakan paysafecard. paysafecard kini tersedia di 46 negara dan terdapat lebih daripada 600,000 cawangan jualan di seluruh dunia, 40,000 antaranya berada Poland.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Perihal Paysafe

Paysafe ialah peneraju penyedia global penyelesaian pembayaran hujung ke hujung. Matlamat utamanya ialah untuk membolehkan perniagaan dan pengguna untuk berhubung dan berurusan dengan lancar melalui keupayaan memimpin industri dalam pembayaran, dompet digital dan penyelesaian tunai dalam talian. Disediakan melalui platform bersepadu, penyelesaian Paysafe disasarkan ke arah transaksi berdasarkan mudah alih, analitik masa nyata dan penumpuan antara pembayaran secara fizikal dan dalam talian. Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, gabungan jumlah transaksi US $56 bilion pada 2017 dan lebih 2,600 pekerja di 12 +  lokasi global. Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 200 jenis pembayaran di lebih daripada 40 mata wang di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.paysafe.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Anna Howard
Ketua Komunikasi Korporat, Paysafe Group
E: Anna.Howard@paysafe.com T: +447585 967772

Sumber : Paysafe Group

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.