ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  ​SPI GLOBAL MEMPEROLEHI SCOPE E-KNOWLEDGE CENTER

Tuesday 12/06/2018



MANILA, Filipina, 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SPi Global, syarikat peneraju pasaran teknologi kandungan dan penyelesaian kandungan yang menyediakan perkhidmatan data dan kepakaran subjek (SME) kepada beberapa industri hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan transaksi untuk pemerolehan Scope e-Knowledge Center, penyedia terkemuka perkhidmatan maklumat khusus untuk penerbit dan penyedia maklumat. Scope ialah salah satu daripada lima perniagaan di bawah kumpulan syarikat Quatrro yang berfokus terutamanya terhadap perkhidmatan dan pemenuhan, menggunakan platform dan teknologi dalam domain tertentu.
 
“Pemerolehan Scope adalah salah satu rancangan strategik kami untuk melebarkan sayap dan menjadi yang terulung dalam industri teknologi kandungan dan perkhidmatan maklumat. Ini akan menguatkan usaha berterusan kami untuk membina suite penyelesaian sofistikated bagi penemuan data dan kandungan pintar dalam penerbitan STM, penjagaan kesihatan dan banyak lagi segmen kandungan profesional. Hal ini merupakan perkembangan yang mengujakan untuk pelanggan, pekerja dan rakan kongsi kami,” kata Presiden dan CEO SPi Global, Ratan Datta.
 
Scope ialah syarikat perkhidmatan maklumat terkemuka yang menyediakan penyelesaian kandungan dan pengayaan data kepada penerbit, penyedia maklumat dan masyarakat profesional di seluruh dunia, memenuhi keperluan lebih daripada 100 pelanggan selama lebih tiga dekad sejak penubuhannya pada tahun 1987. Didayakan oleh teknologi tercanggih untuk penemuan data, mereka telah membina jenama yang kukuh dalam bidang taksonomi dan ontologi, peringkasan, pengindeksan, penyelesaian sains kesihatan dan perkhidmatan pangkalan data. Perkhidmatan ini diberikan oleh lebih 1,100 orang pakar berbakat yang bertempat di pusat perkhidmatannya di Chennai dan Salem, India.

“Sebagai salah satu pemain paling hadapan dalam bidangnya, kepakaran, pengetahuan dan keupayaan Scope melengkapi SPi Global. Oleh itu, penggabungan adalah langkah strategik dan kami percaya bahawa capaian SPi yang luas dalam pasaran dan tempat kandungan berlainan akan memberi manfaat kepada kami,” kata  Presiden Scope, Tram Venkatraman. 
 
"Dengan Scope kini dalam genggaman SPi Global, kami bersedia untuk menggembleng kekuatan dan visi bersama kami untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Langkah ini juga membolehkan kami menawarkan lebih banyak penyelesaian inovatif kepada pasaran sedia ada dan baharu yang akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju industri,” tambah Datta.
 
Perihal SPi Global

SPi Global adalah syarikat peneraju pasaran teknologi kandungan dan penyelesaian kandungan yang menyediakan perkhidmatan data dan kepakaran subjek (SME) kepada beberapa industri seperti penerbitan, kewangan, penjagaan kesihatan dan sains kesihatan, media dan runcit, penyelidikan, pembelajaran dan korporat. Dengan menggunakan kepakaran mendalam domain dan suite platform teknologi miliknya, syarikat tersebut membawakan inovasi canggih untuk penyarian, pengayaan dan transformasi kandungan berstruktur dan tidak berstruktur serta aset maklumat.
 
Dengan pelanggan di 30 buah negara di seluruh dunia, SPi Global menyediakan perkhidmatan transformasi perniagaan daripada 19 pusat di seluruh dunia. Sumber syarikat tersebut terdiri daripada lebih 14,700 pekerja yang terletak dengan strategik di enam buah negara iaitu Filipina, India, AS, China, Nicaragua dan Vietnam. 

Untuk maklumat lanjut, lawati www.spi-global.com.
 
Hubungan :         
Celeste Ilagan 
Naib Presiden Kanan,
Pemasaran, Komunikasi Korporat dan Hubungan Luar
+639189906140
celeste.ilagan@spi-global.com 
 
Sumber : SPi Global

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.