ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LOJI NUKLEAR WESTINGHOUSE AP1000® YANG PERTAMA SANMEN 1 MELENGKAPKAN KEGENTINGAN AWAL

Friday 22/06/2018



SANMEN, China, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westinghouse Electric Company, Perbadanan Teknologi Tenaga Nuklear Negara China (SNPTC) hari ini mengumumkan bahawa loji tenaga nuklear AP1000 yang pertama di dunia yang terletak di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China telah berjaya melengkapkan kegentingan awal.

"Hari ini kami melengkapkan satu perkembangan utama yang terakhir sebelum operasi komersil untuk teknologi loji tenaga nuklear Westinghouse AP1000," kata José Emeterio Gutiérrez, presiden dan ketua pegawai eksekutif Westinghouse. "Kami telah mengorak satu lagi langkah yang hampir kepada menyampaikan loji AP1000 yang pertama di dunia kepada pelanggan kami dan kepada dunia – dengan pelanggan kami, kami akan menyediakan pelanggan kami di China dengan tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan bersih dari Sanmen 1."

Berikutan kegentingan awal adalah penyambungan kepada grid elektrik. Sebaik sahaja operasi loji bermula di Sanmen 1, ia akan menjadi loji tenaga nuklear AP1000 yang pertama yang beroperasi, dengan menawarkan teknologi sistem keselamatan pasif yang berinovatif, pelbagai lapisan pertahanan dan kawalan termaju untuk kebolehpercayaan dan keselamatan yang tidak dapat ditandingi.

Ketika mengulas mengenai perkongsian mantap di antara Westinghouse dengan pelanggan China itu, Gavin Liu, presiden – Wilayah Asia menyatakan, "Kejayaan Westinghouse di China adalah usaha bersama di antara Westinghouse dan pelanggan kami di China." Beliau menambah, "Model perkongsian dan kerjasama ini boleh membantu untuk menggunakan sebuah armada unit AP1000 di dunia untuk bertahun-tahun lamanya."

Westinghouse pada masa ini mempunyai enam loji tenaga nuklear AP1000 yang sedang berkembang melalui pembinaan, pengujian dan permulaan. Projek-projek ini termasuk dua unit di Sanmen, Wilayah Zhejiang, China, dua unit di Haiyang, Wilayah Shandong, China, serta dua unit yang sedang dibina di Loji Penjanaan Elektrik Alvin W. Vogtle di Waynesboro, Georgia, Amerika Syarikat.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180621006216/en/

Hubungi
Westinghouse Electric Company
Sarah Cassella, +1 412-374- 4744
Pengurus, Perhubungan Luar
E-mel: cassels@westinghouse.com
www.westinghousenuclear.com

Sumber : Westinghouse Electric Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.