ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  MEMELIHARA KEBERKESANAN ANTIBIOTIK PADA MASA HADAPAN MELALUI PROSES PEMBUATAN MAMPAN DAN TEKNOLOGI BERSIH

Tuesday 26/06/2018



Bengkel mengenai pengeluaran farmaseutikal yang mampan diadakan baru-baru ini di Malaysia, yang dianjurkan bersama oleh DSM Sinochem Pharmaceuticals (DSP) dan Institut Teknologi India, New Delhi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DSM Sinochem Pharmaceuticals (DSP), sebuah peneraju global di dalam penghasilan antibiotik yang mampan, dengan kerjasama Institut Teknologi India (IIT), New Delhi telah menjadi tuan rumah kepada satu bengkel Kemampanan Melalui Kecemerlangan di dalam Pembuatan (STEM) mengenai teknik pembuatan dan kualiti yang termaju, bersih dan mampan untuk berkongsi amalan terbaik dengan peserta dari syarikat-syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia. Sesi latihan dan pendidikan itu telah dihadiri oleh kira-kira 50 peserta dari seluruh sektor Pembuatan, R&D, Hal Ehwal Kawal Selia, Kawalan/Jaminan Kualiti dan Pembelian.

Faktor-faktor yang biasanya menyumbang kepada rintangan antimikrob (AMR) termasuk penyalahgunaan dan penggunaan berlebihan antibiotik, serta pencemaran industri yang semakin meningkat, terutamanya sisa farmaseutikal. Pelepasan sisa farmaseutikal ke dalam alam sekitar yang mengandungi aktiviti antimikrob boleh menyumbang kepada pertumbuhan AMR, walaupun semasa pengeluaran ubat-ubatan ini yang menyelamatkan nyawa, sekali gus membahayakan keberkesanan mereka di masa hadapan. DSP baru-baru ini menganjurkan bengkel kesedaran yang sama berhubung isu-isu ini dengan pihak berkepentingan industri di India, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Tim Rutten, Pengarah Perniagaan AMEA bagi DSP menyatakan: "Malaysia mempunyai sebuah industri farmaseutikal domestik yang berkembang pesat, dengan disokong oleh dasar-dasar kerajaan, pelaburan swasta dan kerjasama awam-swasta. Antibiotik adalah asas kepada penjagaan kesihatan moden, menyembuhkan jangkitan bakteria dan membolehkan rawatan perubatan lanjutan seperti pembedahan dan rawatan kanser. Untuk terus maju ke hadapan, industri farmaseutikal harus memastikan bahawa antibiotik dibuat, digunakan dan diambil secara bertanggungjawab untuk mencegah pertumbuhan AMR yang selanjutnya. Bagi menyokong usaha ini, bengkel ini membincangkan topik-topik penting seperti kualiti reka bentuk, teknologi penghasilan paling bersih dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab."

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan satu jawatankuasa kerja yang menggesa agar kerjasama segera di kalangan sektor-sektor yang berlainan, sebagai sebahagian daripada usaha Pendekatan Satu Kesihatan mereka, untuk menangani jurang dan penyelesaian kepada masalah AMR di negara itu. Jawatankuasa itu memilih empat bidang keutamaan, sebagai sebahagian daripada komitmen di dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia berhubung AMR (MyAP-AMR). Ini termasuk: kesedaran dan pendidikan awam, pengawasan dan penyelidikan, pencegahan dan kawalan jangkitan serta penggunaan antimikroba secara wajar.

Di bawah rangka kerja "Satu Kesihatan", Jawatankuasa Rintangan Antimikrob Nasional (NARC) telah dibentuk pada Mac 2017. Sebagai sebahagian daripada langkah ini, satu protokol pengawasan yang berasaskan acara akan diwujudkan pada tahun 2018 dengan membangunkan satu mekanisme amaran untuk tujuan pengesanan dan pelaporan bagi rintangan baru muncul yang boleh membentuk satu kecemasan kesihatan awam.

Prof. Anurag S. Rathore, Institut Teknologi India, New Delhi menyatakan: "Walaupun rintangan antibiotik adalah merupakan satu cabaran global, penyelesaian perlu ditentukan di peringkat kebangsaan dan serantau. Pengguna, pihak berkepentingan dan industri farmaseutikal harus lebih responsif mengenai implikasi alam sekitar terhadap sisa-sisa antibiotik dalam efluen farmaseutikal. Di samping pelaburan untuk membangunkan ubat-ubatan baharu, proses pembuatan yang mampan mesti terus berkembang, dan pada masa yang sama memastikan kualiti dan kebimbangan kemampuan ditangani."

Maklumat mengenai DSM Sinochem Pharmaceuticals:

DSM Sinochem Pharmaceuticals (DSP) adalah peneraju dunia di dalam antibiotik yang mampan, statin generasi akan datang dan anti-kulat. DSP mengembang, menghasilkan dan menjual perantaraan produk ubat-ubatan dan bahan farmaseutikal aktif. Kakitangan kami di seluruh dunia bekerjasama untuk menyampaikan penyelesaian generik yang canggih yang dapat membantu pelanggan mendahului persaingan. Beribu pejabat di Singapura, kumpulan itu mempunyai tapak pembuatan dan pejabat jualan di China, India, Mesir, Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Mexico. DSP adalah sebuah Usahasama 50/50 Royal DSM, sebuah syarikat global berasaskan sains yang aktif di dalam bidang kesihatan, nutrisi dan bahan, dan Kumpulan Sinochem, sebuah syarikat Fortune 500.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180626005125/en/

Hubungi
DSM Sinochem Pharma (DSP)
Suman Sharma: + 91-9619552810
suman.sharma@dsm-sinochem.com
atau
Avian WE
Sharat Shyam: +91-9953860601
sharat@avian-media.com
atau
Chandra Ramakrishnan: +91-9810998082
chandra@avian-media.com

Sumber : DSM Sinochem Pharmaceuticals

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.