ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  MILLIONAIREMANSION.CO.UK MENAWARKAN RUMAH AGAM BRITISH DALAM PERTANDINGAN GLOBAL PERTAMA UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH MEWAH

Wednesday 27/06/2018



LONDON, 27 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- millionairemansion.co.uk  kini membuka pertandingan mereka untuk memenangi sebuah rumah agam UK bernilai 2.3 juta pound kepada peserta di seluruh dunia menjadikannya sebagai pertandingan rumah mewah global yang pertama. Rumah agam itu terletak di Devon, England, 2 jam pemanduan dari London dan hanya 25 minit dari pantai Devonshire yang indah dan penuh bersejarah itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180626005843/en/

Rumah agam itu dilengkapi dengan semua isi kelengkapan dan perabot, kolam renang dalaman, gimnasium, padang golf tiga lubang, tanah seluas 10 ekar, garaj untuk empat buah kereta dan sebuah apartmen berasingan yang mempunyai taman peribadi yang tersendiri. Hadiah itu juga termasuk wang tunai £50,000, sebuah Rolls Royce, Cukai Duti Setem UK yang telah dibayar dan perkhidmatan seorang jurukemas dan tukang kebun yang gaji mereka telah dibayar untuk satu tahun. Pemenang itu boleh tinggal di rumah berkenaan, menyewa atau menjualkannya. Bahkan pemilik sekarang akan turut membantu menjual hartanah mewah itu bagi pihak mereka.

Di tingkat bawah rumah agam itu memaparkan dua pintu masuk menuju ke sebuah dewan besar, sebuah bilik lukisan, dapur, ruang makan, perpustakaan, bilik membaca, bilik untuk sarapan, bar dan dua pintu ke sebuah teres yang menghiburkan dan kawasan barbeku, dengan anak-anak tangga menuju ke kawasan taman. Ruang bawah tanah mempunyai sebuah bilik utiliti, bilik pengeringan dan bilik stor.

Di tingkat atas ada empat buah bilik tidur besar. Suit utama itu mempunyai ruang tempat duduknya yang tersendiri, bilik persalinan dan pintu-pintu Perancis yang menuju ke sebuah balkoni.

Hartanah itu dijamin selamat sepenuhnya dengan pintu pagar elektrik, televisyen litar tertutup dan sistem penggera.

Ia dipercayai kali pertama sebuah rumah boleh dimenangi dalam satu pertandingan dalam talian peringkat global, di millionairemansion.co.uk, di hampir setiap negara di seluruh dunia.*

Pasangan yang memiliki rumah itu yang berjaya atas usaha sendiri, yang ingin kekal tanpa nama, telah berkahwin dan bekerja bersama dalam perniagaan selama 45 tahun. Mereka akan menyumbangkan 20 peratus daripada hasil pertandingan itu kepada badan amal.

Mereka berkata: "Keghairahan kami adalah untuk membantu orang lain selepas kami dibantu oleh majikan pertama kami ketika kami bermula dalam perniagaan. Kami mempunyai banyak kenangan berkeluarga yang bahagia, tetapi kini ingin menggunakan rumah itu untuk membantu beberapa badan amal yang hebat dan memberi orang lain peluang untuk menjadi jutawan segera. Adalah sungguh menyeronokkan untuk berfikir bahawa di suatu tempat di dunia ada seseorang yang akan bangkit menjadi seorang jutawan, memenangi sebuah rumah agam yang sangat berunsur Inggeris di satu bahagian yang paling indah di England."

Selain hadiah utama Millionaire sebuah Rumah Agam, terdapat juga sembilan hadiah tempat kedua masing-masing bernilai £10,000.

Tiket adalah £10, serta 50 pence bagi  bayaran tempahan bagi setiap urus niaga. Bagi mempunyai peluang untuk menang, peserta, yang mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membeli tiket di millionairemansion.co.uk dan berjaya menjawab satu soalan pelbagai pilihan.

Pertandingan millionairemansion.co.uk  itu berlangsung sehingga 30 November, 2018. Maksimum 1 juta tiket boleh diperolehi.

AKHIR

Nota kepada editor

*Penduduk di Ireland Utara, negara-negara EU selain Britain, dan negara-negara di mana pertandingan tersebut tidak dibenarkan oleh undang-undang mereka sendiri tidak boleh turut serta. Terma dan syarat pertandingan diguna pakai https://millionairemansion.co.uk/terms-and-conditions/

Pertandingan itu dikendalikan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pemilik berkenaan, Ogilvie Promotions, https://www.ogilviepromotions.co.uk/ (Berdaftar di England: Nombor 11028385). Pemenang akan dipilih secara rawak oleh komputer dengan menggunakan algoritma, yang akan diawasi oleh sebuah pasukan perundangan bebas. Pemenang akan dimaklumkan dalam masa tiga hari dari tarikh penutupan pertandingan itu.

Badan amal yang mendapat manfaat adalah Make a Wish UK, Demelza, Palang Merah Britain, Global’s Make Some Noise, Help for Heroes, Elizabeth’s Legacy of Hope, Yayasan Edna Adan, Balloons Devon, Marine Conservation Society, Over the Wall and Farms For City Children.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180626005843/en/

Hubungi

Astley Media
Dan Pritchard
00 (44) 1392 267394
dan.pritchard@astleymedia.co.uk

Sumber : millionairemansion.co.uk


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.