ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  NTT COMMUNICATIONS MERAIH PELAKSANAAN NFV/SDN TERBAIK DAN PROJEK IOT PALING BERINOVATIF PADA ANUGERAH TELECOM ASIA 2018

Wednesday 27/06/2018



TOKYO, 27 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation  (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Pelaksanaan NFV/SDN Terbaik dan Projek loT Paling Berinovatiof  pada Anugerah Telecom Asia 2018, pada sebuah majlis gala di Singapura pada 26 Jun.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180626005019/en/
 
NTT Com dinamakan sebagai Pelaksanaan  NFV/SDN Terbaik, satu anugerah yang mengiktiraf sebuah pembekal yang menunjukkan sebuah rangkaian berkualiti tinggi yang menggunakan NFV dan SDN. NTT Com menawarkan prestasi dan penyambungan yang tidak ada tandingannya di lebih 190 buah negara/wilayah melalui Portfolio Perkhidmatan SD-WAN mereka. Perkhidmatan ini mengubah cara rangkaian direka dan dibina dengan memanfaatkan platform SD-WAN global yang terkemuka di dalam industri untuk menyampaikan satu penyelesaian WAN generasi akan datang dengan kesedaran aplikasi, MPLS yang dioptimumkan, Internet, atau rangkaian penyambungan hibrid, perkhidmatan pemecutan keselamatan dan aplikasi yang bersepadu sepenuhnya untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna.
 
NTT Com juga memenangi Projek IoT Paling Berinovatif. Anugerah itu mengiktiraf bahawa sebuah pembekal menawarkan penawaran dan keupayaan perkhidmatan berinovatif yang berkaitan dengan loT. Platform loT NTT Com, sebuah perkhidmatan IoT yang berpakej sehenti, menawarkan peranti kepada platform perisian pengumpulan dan analisis data dengan perkhidmatan awan persendirian untuk memenuhi keperluan pelanggan.
 
"Adalah sukar untuk mendapatkan sebuah organisasi pada hari ini – awam atau persendirian – yang tidak berada pada peringkat tertentu dalam sebuah perjalanan transformasi digital. Inisiatif ini didorong oleh satu obsesi yang tidak henti-henti untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Di sebalik fakad itu terletak teknologi yang berskala, penyelesaian yang responsif yang dengan lancar menyampaikan janji pengalaman yang diketuai oleh digital. Usaha NTT Communications di sekitar IoT dan SDN adalah pemboleh  bagi keinginan itu," kata Allan Tan, Pengarah Kandungan dan Strategi Serantau, Penyelesaian Perusahaan, Questex Media.
 
Dan kini dalam tahun ke-21, anugerah itu merupakan penghargaan industri telekomunikasi yang paling lama dan paling berprestij di rantau itu. Mereka memberi ganjaran kepada prestasi yang berinovatif dan luar biasa oleh pembekal perkhidmatan dan eksekutif industri di Asia. Pemenang dipilih oleh sebuah panel terdiri daripada 20 orang hakim bebas yang berdasarkan kepada inovasi, prestasi kewangan, teknologi, kepemimpinan pasaran dan tadbir urus korporat. Anugerah telah disampaikan di dalam 24 kategori.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, sila layari di sini.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 400,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180626005019/en/

Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications
Yuko Miyamoto (Cik) / Aoi Funagoshi (Cik), +81-3-6700-4010
Perhubungan Awam
ar-cp@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.