ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGUBAH SUAI REKA BENTUK UNIVERSAL BILIK-BILIK TETAMU

Wednesday 04/07/2018



-10 Bilik Diubah suai, dan 3 Bilik Jenis Mewah Baru Dibuka pada Disember

TOKYO, 4 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memulakan pengubahsuaian 10 buah bilik tetamu reka bentuk universal (35.5 meter persegi) mereka di tingkat 30 di Hotel kami bermula dari pertengahan Julai 2018, dan menambahkan tiga buah bilik reka bentuk universal jenis mewah yang baharu, termasuk dua buah bilik berukuran 47.0 meter persegi dan satu bilik berukuran 67.4 meter persegi, untuk menjadikan jumlah keseluruhan bilik reka bentuk universal kepada 13 buah yang akan dibuka semula pada pertengahan Disember 2018. Sebanyak JPY400 juta akan dibelanjakan ke atas pengubahsuaian 13 buah bilik reka bentuk universal dan empat bilik tetamu umum yang lain, juga di tingkat 30, untuk meningkatkan reka bentuk dan fungsi mereka sebagai sebahagian daripada rekod perkhidmatan Hotel kami yang panjang di dalam usaha terkemuka industri bagi menyediakan akses yang lebih mudah kepada pelbagai jenis pelanggan.
 
Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180703005021/en/


Bilik-bilik tetamu reka bentuk universal kami yang ada sekarang telah diwujudkan pada tahun 2002 dan peningkatan kemudahan akses dan fungsi mereka yang lebih baik telah diterima dengan baik oleh sebahagian besar daripada berbilang jenis tetamu sepanjang 16 tahun yang lalu. Proses pengubahsuaian pada masa ini adalah sebahagian daripada dasar Keio Plaza Hotel Tokyo untuk menawarkan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada pelanggan yang mempunyai keperluan perubatan dan keperluan istimewa yang lain yang pelbagai yang turut mencari penginapan yang elegan di Hotel kami. Di samping itu, pengubahsuaian tersebut akan memperluaskan saiz bilik mandi dan menambahkan perabot baharu dengan fungsi yang lebih besar, dan pada masa yang sama mengekalkan konsep fungsi asas bagi "boleh laras" dan "boleh disesuaikan", yang telah diterima dengan baik. Pada masa yang sama, sistem pencahayaan khas akan dicipta untuk tetamu yang mempunyai masalah penglihatan dan ciri-ciri khas yang lain akan dibuat untuk tetamu yang mengalami gangguan pendengaran.

Keio Plaza Hotel Tokyo telah menerajui industri perhotelan dengan pelbagai usaha mereka untuk menyediakan kepada tetamu dengan kemudahan dan perkhidmatan reka bentuk universal sejak menyertai Kongres Pemulihan Antarabangsa Sedunia 1988. Pengubahsuaian ke atas bilik-bilik reka bentuk universal kami direka untuk menyediakan kepada tetamu kami dengan penginapan yang selesa di Hotel kami dan adalah didasarkan kepada pendapat dan cadangan oleh tetamu kami yang mempunyai keperluan khas dan termasuk teknologi dan perkhidmatan yang pesat berkembang di dalam bidang reka bentuk universal.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180703005021/en/


Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.