ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TUJUH AKAUNTAN BERKANUN MENERIMA FELLOWSHIP PADA LAWATAN PRESIDEN CA ANZ KE KUALA LUMPUR

Wednesday 04/07/2018



AsiaNet 74256
 
Kuala Lumpur, 4 Julai, 2018 /Medianet International-AsiaNet/

Tujuh Akauntan Berkanun di Malaysia telah menerima Fellowship, pengiktirafan paling tinggi di dalam profesion perakaunan, dari Presiden Chartered Accountants Australia and New Zealand Jane Stanton.
 
Ini adalah sebagai sebahagian daripada lawatan pelbagai negara oleh Cik Stanton, di mana tiga puluh enam Akauntan Berkanun dari seluruh Singapura, Malaysia, Hong Kong, dan United Kingdom juga diiktiraf di atas pencapaian mereka.
 
Cik Stanton sedang melawat Asia dan United Kingdom untuk bertemu dengan rakan organisasi bagi memupuk dan mengukuhkan perhubungan, dan mengiktiraf Akauntan-akauntan Berkanun yang sedang menerajui bidang itu.

Fellowship Akauntan Berkanun diberikan untuk pencapaian dan sumbangan kerjaya yang cemerlang kepada profesion itu melalui usaha perniagaan dan komuniti dan pada masa yang sama mengekalkan standard integriti dan penilaian yang paling tinggi.

Tujuh penerima Fellowship Malaysia itu adalah:

Alex, Peng Seong
Cynthia, Moi Pang
Gabriel, Hon Woon
Kamarul Ariffin
Tony, Kok Sang
Lan Kheng
Michael, Tock Ooi
 
Cik Stanton berkata bahawa pelantikan Akauntan Berkanun itu diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana  komitmen mereka untuk membina kemakmuran yang mampan bagi pelanggan dan komuniti dan pada masa yang sama mengekalkan standard etika yang paling tinggi, dan menjadi semakin penting merentasi Asia dan United Kingdom ketika perniagaan menghadapi tahap ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelum ini.

"Dengan kepelbagaian dan gangguan sebagai satu norma global yang baharu, profesion perakaunan itu juga turut berkembang dengan pesat," kata Cik Stanton.

"Pandangan tradisional bagi profesion itu – sebagai satu peranan analitik dan hitam putih – sedang berubah menjadi satu profesion untuk masa hadapan – sebagai pembuat deria, pemecut pertumbuhan, pemikir kritikal dan celik digital.

"Perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana sedang memberitahu kami bahawa Akauntan Berkanun memainkan peranan penting di dalam kejayaan mereka – berkhidmat sebagai penasihat yang dipercayai yang meramalkan risiko dan mengenal pasti peluang-peluang pertumbuhan.

"Kami tahu bahawa peralihan pengaturan kerja, perubahan demografi, kemajuan teknologi dan globalisasi secara drastik mengubah persekitaran kendalian, tetapi kami juga tahu bahawa perniagaan yang paling tangkas adalah yang paling sihat dan paling mampan.

"Laporan terbaharu kami, Masa Hadapan Perniagaan, mendapati bahawa 55% daripada perniagaan yang dilaporkan berada melebihi purata dari segi ketangkasan turut mengalami pertumbuhan pendapatan yang melebihi purata. Daripada mereka yang menilaikan diri mereka berada di bawah purata dari segi ketangkasan, hanya 16% berkata mereka berkembang lebih cepat daripada purata.

"Di seluruh Malaysia, terdapat kira-kira 940 Akauntan Berkanun dengan pengalaman merentasi konteks yang berubah bagi setiap sektor komersial, komuniti dan kerajaan.

"Standard dan nilai etika kami, kemahiran kewangan, kepakaran industri dan pengurusan perniagaan dan set minda berfokuskan masa hadapan membawa maksud profesion kami diletakkan begitu sesuai untuk membimbing perniagaan melalui detik ketidakpastian," kata Cik Stanton.

Pertanyaan media:
Priya Kumar P +61 2 9080 5852 M +61 424 491 584
Priya.Kumar@charteredaccountantsanz.com
 
Maklumat mengenai Chartered Accountants Australia and New Zealand
Chartered Accountants Australia and New Zealand adalah sebuah badan profesional yang terdiri daripada lebih 117,000 ahli yang berbeza, berbakat dan tajam akal dari segi kewangan yang menggunakan kemahiran mereka setiap hari untuk membuat perbezaan bagi perniagaan di seluruh dunia.

Ahli-ahli terkenal kerana integriti profesional, penilaian yang berprinsip, disiplin kewangan mereka dan satu pendekatan yang berpandangan ke hadapan kepada perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran negara kita.
www.charteredaccountantsanz.com
 
SUMBER: Chartered Accountants Australia New Zealand (CA ANZ)  

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.