ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  KUMPULAN FINTECH DAN PEMBAYARAN YANG TERKEMUKA MENGGUNAKAN ANALISIS DATA BESAR DAN AI FUSIONEX

Thursday 12/07/2018



Kumpulan itu akan menggunakan Analisis Data Besar dan AI untuk memanfaatkan sepenuhnya data transaksional yang begitu besar untuk lebih memahami pelanggan mereka.

Pada masa ini mencatatkan lebih daripada 6 bilion urus niaga setiap tahun.

SINGAPURA, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah pembekal teknologi data yang terkemuka di dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan (AI) hari ini mengumumkan bahawa sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan yang terkemuka, dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan e-pembayaran mereka, kini menggunakan Analisis Data Besar dan AI Fusionex sebagai sebahagian daripada penglibatan kumpulan itu di dalam penyelesaian teknologi untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pelanggan mereka dengan data yang ada pada mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180711005220/en/

Analisis Data Besar Fusionex adalah satu platform pengurusan dan analisis data akhir-ke-akhir dengan keupayaan untuk menganalisis sejumlah besar data pada kelajuan hampir tepat masa bagi mendedahkan arah aliran, corak, dan pandangan yang tersembunyi.

Pelanggan itu, yang merupakan satu daripada kumpulan fintech yang terkemuka di rantau itu, mempunyai satu visi untuk menjadi penyedia mikro pembayaran yang terkemuka, selaras dengan visi mereka berhubung sebuah masyarakat tanpa tunai. Kumpulan perkhidmatan kewangan itu menguruskan sebuah sistem dan platform tanpa tunai yang besar yang membolehkan pengguna mereka untuk menyimpan mata wang di dalam dompet digital mudah alih dan menggunakannya di pelbagai titik pembayaran termasuk F&B dan runcit.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex International Dato' Seri Ivan Teh mengulas, "Setiap hari, berjuta-juta urus niaga dilakukan pada platform pelanggan. Dengan Fusionex Analytics dan AI, mereka kini dapat memanfaatkan kuasa Data Besar untuk menguruskan tsunami data ini. Dengan menyatukan set data yang berbeza, pelanggan itu boleh membangunkan satu pemahaman yang mendalam tentang tingkah laku pengguna untuk merangka promosi yang disasarkan, melaksanakan penetapan harga secara tepat masa, dan menguruskan risiko."

Dengan penerimaan dan penggunaan dengan sewajarnya keupayaan Fusionex Analytics, pelanggan itu juga akan dapat mengesan jika terdapat banyak orang di pelbagai titik pembayaran dan menentukan dengan tepat corak masa puncak di kedai-kedai saudagar. Penyelesaian bagi kesesakan seperti melancarkan mata pembayaran tambahan ke kawasan trafik yang tinggi boleh dilakukan dengan pantas. Platform yang disediakan itu akan membantu pelanggan untuk mengatasi data yang besar yang mengalir melalui saluran mereka.

"Pelanggan itu menggunakan era yang dipacu oleh data ini dengan menggunakan penawaran kami dan menggunakan data untuk menyediakan satu pengurusan maklumat yang dinamik, meningkatkan kemudahan bagi komuniti, dan memodenkan ekosistem pembayaran secara keseluruhan," kata Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan (AI). Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan membukakan nilai dan memperoleh pemahaman daripada data. Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa penyelesaian paling canggih, berinovatif dan cemerlang yang didorong oleh data yang terkini kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.

Fusionex telah memasuki ke dalam satu perkongsian strategik dengan Alibaba Cloud untuk memacukan transformasi digital di rantau itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180711005220/en/

Hubungi
Media:
Edelman
Fariz Zulfa Mohd Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.