ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  ​TOSHIBA MEMORY CORPORATION PERKENALKAN SSD PERTAMA DALAM INDUSTRI YANG MENGGUNAKAN MEMORI 3D FLASH, 96 LAPISAN

Tuesday 24/07/2018



TOKYO, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan pelancaran SSD[1] pertama di dalam industri yang menggunakan memori 3D flash, 96 Lapisan. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran dari suku keempat kalendar bagi tahun 2018.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180723005810/en/
 
SSD pelanggan siri XG6 yang baharu itu mempunyai sebuah antara muka 1.3a PCI Express® (PCIe®) Gen3 x 4 Lorong dan NVM ExpressTM (NVMeTM). Dengan gabungan teknologi memori BiCS FLASHTM generasi keempat dan cache SLC bagi Toshiba Memory Corporation, siri XG6 itu menyampaikan prestasi[2] menulis berurutan yang terkemuka di dalam industri sehingga 2960 MB[3]  dalam SSD pelanggan.
 
Selain itu, siri XG6 menyampaikan prestasi sehingga 3180 MB bacaan [3] berurutan, sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[4].  Selain daripada kelajuan yang lebih tinggi, siri XG6 itu juga adalah lebih baik daripada generasi siri XG5 yang terdahulu dari segi kecekapan. Penggunaan kuasa adalah maksimum 4.7W dalam mod aktif[5]  dan 3mW semasa siap sedia dalam mod kuasa paling rendah[6], yang menjadikannya sesuai untuk komputer peribadi mudah alih yang sensitif kuasa.
 
SSD baharu itu boleh didapati dalam tiga kapasiti, 256GB, 512GB dan 1024GB [7], kesemuanya pada faktor bentuk tunggal M.2 2280-S2. Model pemacu penyulitan diri (SED)[8] yang menyokong TCG Versi Opal 2.01 juga akan ditawarkan, menjadikan siri XG6 itu sangat sesuai untuk pelbagai aplikasi termasuk PC ultra mudah alih yang mengutamakan prestasi, dan penyimpanan server but dalam persekitaran pusat data dan perusahaan.
 
Siri XG6 itu akan dipamerkan pada Sidang Kemuncak Memori Flash 2018 di Santa Clara, California, Amerika Syarikat dari 7 hingga 9 Ogos, di petak Toshiba Memory Amerika (Dewan A, # 307).
 
* PCI Express dan PCIe adalah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* NVM Express dan NVMe adalah tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Tinjauan Toshiba Memory Corporation, setakat 24 Julai, 2018.
[2] Tinjauan Toshiba Memory Corporation, setakat 24 Julai, 2018.
[3] Tinjauan Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan bacaan dan menulis berurutan sebanyak 128 unit KiB, menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan bacaan dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan bacaan dan menulis, dan saiz fail. Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) sebagai 2^10 bait, atau 1,024 bait.
[4] Tinjauan Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan rawak bacaan dan menulis bagi 4 unit KiB, dengan menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan bacaan dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan bacaan dan menulis, dan saiz fail. IOPS adalah Input Output bagi Setiap Saat (atau bilangan operasi I/O bagi setiap saat).
[5] Kuasa menulis aktif yang lazim. Tinjauan Toshiba Memory Corporation, dengan menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation.
[6] Tinjauan Toshiba Memory Corporation di bawah keadaan pengujian bagi pengurusan kuasa pautan menyatakan L1.2 dalam keadaan kuasa tidak beroperasi.
[7] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi bagi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[8] Ketersediaan bagi barisan model SED mungkin berbeza mengikut wilayah.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-3457-3355
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180723005810/en/
 
Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
 
Sumber : Toshiba Memory Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.