ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  WEWORK UMUMKAN PELABURAN SIRI B $500 JUTA DI WEWORK CHINA YANG DITERAJUI OLEH TRUSTBRIDGE, TEMASEK, SOFTBANK DAN HONY CAPITAL

Friday 27/07/2018



NEW YORK & TOKYO & SHANGHAI, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies ("WeWork") hari ini mengumumkan satu pelaburan Siri B bernilai $500 juta di WeWork China yang diterajui oleh Trustbridge Partners ("Trustbridge"), Temasek, SoftBank Group ("SoftBank"), SoftBank Vision Fund (“Vision Fund”) dan Hony Capital. Pembiayaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan WeWork di China, sekali gus membolehkan syarikat itu untuk memberi perkhidmatan kepada lebih banyak usahawan, pencipta dan perusahaan merentasi rantau itu melalui reka bentuk, teknologi, hospitaliti dan komuniti setempat yang tidak ada tandingannya yang disediakan oleh WeWork.
 
Dalam tempoh dua tahun sejak membuka lokasi pertama mereka di China, WeWork telah menjadi sebuah rakan kongsi tempatan yang dipercayai kepada pencipta dan perniagaan dari semua bentuk saiz, dengan menyediakan kepada 20,000 ahli di hampir 40 lokasi di tiga bandar raya dengan komuniti, budaya, dan perkhidmatan untuk memulakan dan menskalakan operasi mereka. WeWork juga telah membolehkan lebih banyak perniagaan global mewujudkan kehadiran di China, dan membantu perniagaan China bagi kedua-dua skala di dalam negara dan berkembang di seluruh dunia. Pada Julai 2017, WeWork mengumumkan penciptaan WeWork China, dengan pelaburan Siri A bernilai $500 juta dari Hony Capital dan SoftBank yang dikhususkan sepenuhnya untuk mempercepatkan pengembangan WeWork di seluruh China.
 
"Kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami di Trustbridge, Temasek, SoftBank, dan Hony kerana kepercayaan mereka terhadap visi kami dan sokongan mereka terhadap perniagaan kami. Pelaburan ini akan membantu WeWork menjanakan misi kami untuk menyokong pencipta, perniagaan kecil dan syarikat besar di seluruh China. WeWork telah membina sebuah pasukan yang luar biasa di China yang menyokong ahli-ahli kami pada setiap hari, dengan berfungsi sebagai sebuah jambatan untuk syarikat-syarikat tempatan yang ingin menjangkau ke seluruh dunia serta bagi syarikat global yang ingin memasuki pasaran China. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan dan belajar, pelaburan ini menonjolkan potensi WeWork dan komuniti pencipta kami di rantau itu dan menegaskan dedikasi kami kepada pasukan kami, ahli-ahli kami dan rakan kongsi kami di China," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WeWork Adam Neumann.
 
"Trustbridge gembira untuk menyertai pasukan WeWork China. Melalui reka bentuk mereka yang bertimbang rasa, teknologi, hospitaliti dan yang paling penting komuniti, WeWork sedang membuka jalan bagi masa depan baharu bagi pekerjaan di China dan menyokong transformasi dari Buatan China kepada Dicipta di China. Sama ada usahawan baru sahaja memulakan perniagaan, syarikat-syarikat China ingin membawa perniagaan mereka ke peringkat global, atau perusahaan antarabangsa ingin mengadakan perniagaan di sini, mereka tahu bahawa WeWork adalah rakan kongsi tempatan yang mereka perlukan," kata Feng Ge, Rakan Urusan bagi Trustbridge Partners.
 
"Visi Adam Neumann adalah sentiasa untuk WeWork menjadi sebuah syarikat global dengan sebuah buku strategi tempatan, dan tidak ada tempat yang lebih jelas daripada di China di mana WeWork telah membangunkan satu penawaran yang mengagumkan. Daripada pasukan kepimpinan mereka yang mantap kepada mengintegrasikan teknologi yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan dan reka bentuk berasaskan komuniti, WeWork telah menunjukkan bahawa ia memahami apa perniagaan di China perlu untuk berjaya. Melalui pelaburan ini, kami berharap WeWork terus menyokong lebih banyak syarikat dari pelbagai saiz di seluruh China," kata Ronald D. Fisher, Naib Pengerusi SoftBank Group Corp.
 
"Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah melihat kehadiran WeWork yang semakin berkembang di China boleh capai. WeWork adalah sebuah penyambung global yang membawa usahawan, syarikat permulaan dan syarikat perusahaan besar dari seluruh dunia bersama-sama, sebuah rakan kongsi tempatan yang menyokong usahawan China dan menarik perniagaan baharu untuk melabur di China, dan sebuah inovator yang menggambarkan ruang kerja melalui reka bentuk, teknologi dan budaya yang berpusatkan komuniti yang canggih. Dengan pelaburan kami yang berterusan, kami tahu WeWork akan terus menerajui masa hadapan bagi kerja," kata John Zhao, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hony Capital.
 
Maklumat mengenai WeWork

WeWork menyediakan kepada ahli-ahli mereka di seluruh dunia dengan ruang, komuniti, dan perkhidmatan melalui penawaran fizikal dan maya. Dari syarikat permulaan dan bekerja bebas kepada perniagaan kecil dan syarikat Fortune 500, komuniti kami bersatu melalui keinginan anggota kami untuk mencipta kerja yang bermakna dan menjalani kehidupan yang penuh bermakna — untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri. Diasaskan bersama oleh Adam Neumann dan Miguel McKelvey di Bandar Raya New York pada tahun 2010, WeWork adalah sebuah syarikat milik persendirian yang mempunyai lebih 5000 orang pekerja. Ikut kami @WeWork di Twitter, Instagram, dan Facebook atau layari wework.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Maklumat mengenai Trustbridge

Trustbridge Partners adalah sebuah dana ekuiti pertumbuhan terkemuka yang memberi tumpuan kepada pelaburan di dalam peluang-peluang pertumbuhan yang berkualiti tinggi di China. Diasaskan pada tahun 2006, Trustbridge pada masa ini menguruskan kira-kira $8 bilion dalam aset dari pembiayaan universiti terkemuka, dana pencen, dana kekayaan berdaulat, dan rakan industri strategik. Falsafah pelaburan kami adalah berdasarkan kepada kefahaman asas mengenai trend jangka panjang di dalam perubahan demografi, teknologi dan struktur. Kami menggunakan satu pendekatan yang didorong oleh ekosistem yang unik dan menumpukan perhatian di dalam sektor Internet, kandungan / pendidikan, dan penjagaan kesihatan di mana kami percaya wawasan kami yang mendalam dan hubungan industri yang mantap membantu menjanakan set peluang pelaburan yang unik.
 
Maklumat mengenai Temasek

Diperbadankan pada tahun 1974, Temasek adalah sebuah syarikat pelaburan yang beribu pejabat di Singapura. Dengan disokong oleh 11 buah pejabat di peringkat antarabangsa, Temasek memiliki sebuah portfolio bernilai AS$235 bilion setakat 31 Mac 2018. Portfolio kami meliputi sebuah spektrum industri yang luas: perkhidmatan kewangan; telekomunikasi, media & teknologi; pengangkutan & industri; pengguna & hartanah; sains hayat & perniagaan pertanian; serta tenaga & sumber. Aktiviti pelaburan dibimbing oleh empat tema pelaburan dan trend jangka panjang yang mereka wakili: Mengubah Ekonomi; Populasi Pendapatan Pertengahan Yang Meningkat; Memperluaskan Kelebihan Perbandingan; dan Juara Yang Baru Muncul. Untuk maklumat lanjut mengenai Temasek, sila layari  www.temasek.com.sg
 
Maklumat mengenai Hony Capital

Hony Capital, diasaskan pada tahun 2003 dan ditaja oleh Legend Holdings, dengan memberi pengkhususan di dalam pelaburan pembelian. Dengan menjalin perkongsian dengan pelabur-pelabur terkemuka dunia, ia memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi sebenar China dengan "Penciptaan Nilai, Merealisasikan Harga" sebagai falsafah pelaburan mereka. Hony Capital pada masa ini mempunyai USD 10 bilion di bawah pengurusan, dengan pelabur dari China dan institusi pelaburan terkemuka dunia, termasuk dana pencen negara, dana kekayaan berdaulat, dana pembiayaan universiti, pencen serantau dan industri, syarikat insurans, yayasan keluarga, pelabur individu dan jenis lain. Hony Capital meletakkan China sebagai pasaran teratas mereka, dengan pelaburan di lebih 100 buah syarikat di dalam bidang farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, media dan hiburan, produk pengguna, makanan dan minuman, serta pembuatan mesin dan peralatan. Syarikat-syarikat portfolio Hony Capital termasuk China Shijiazhuang Pharmaceutical Group (CSPC), Zoomlion, China International Marine Containers (CIMC), Suning, Chengtou Holding, Jin Jiang International Hotels, ENN, PizzaExpress (United Kingdom), STX (Amerika Syarikat), WeWork (Amerika Syarikat), ofo, COFCO Capital, dan sebagainya. Nilai aset bagi syarikat-syarikat ini berjumlah kira-kira RMB 2.9 trilion dengan jumlah jualan sebanyak RMB 860 bilion, yang menyediakan lebih 450,000 peluang pekerjaan.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180726005629/en/
 
Hubungi

WeWork
Dominic McMullan / Gwen Rocco / Jenny Chan
press@wework.com
atau
Trustbridge
Perhubungan Awam
pr@trustbridgepartners.com
atau
Hony Capital
Victoria Li
victoriali@honycapital.com
 
Sumber : WeWork
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.