ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  PENGANGKUTAN KANADA MENGIKTIRAF KONFIGURASI KABIN 90 TEMPAT DUDUK UNTUK PESAWAT Q400 BOMBARDIER

Thursday 02/08/2018



Pelanggan pada pelancaran, SpiceJet dari India akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang menikmati keuntungan daripada kapasiti turboprop yang lebih tinggi

TORONTO, 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa konfigurasi pesawat Q400 dengan 90 penumpang telah menerima pengiktirafan daripada Pengangkutan Kanada sekaligus menjadi pesawat turboprop komersial pertama dalam pembuatan yang mencapai kapasiti tersebut.

“Dengan jumlah penumpang bagi pelepasan yang semakin meningkat dalam pasaran turboprop, kami gembira untuk menawarkan konfigurasi kapasiti lebih besar dan kos 15 peratus lebih rendah berbanding Q400 standard sebelum ini, yang mampu membawakan lebih keuntungan untuk syarikat penerbangan,” kata Todd Young, Ketua Program Pesawat Siri Q, Pesawat Komersial Bombardier. “Pengiktirafan ini menunjukkan -- sekali lagi-- bahawa turboprop Q400 serba boleh dan unik serta mempamerkan komitmen kami yang berterusan terhadap perkembangan program ini. 

“Pada penggunaannya lewat tahun ini, pelanggan pelancaran kami, SpiceJet akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan operasi pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang berkesan dan menguntungkan. Mereka telah memesan sehingga 50 buah pesawat pada tahun 2017,” tambah En. Young. 

Digabungkan dengan keluwesan unik pesawat Q400 yang membolehkan penjadualan lebih berkesan, penyelesaian segmen baharu ini memenuhi permintaan tinggi daripada pasaran turboprop dan bakal meningkatkan rangkaian ekonomi antara bandar-bandar kecil dan hab-hab utama. 

Konfigurasi 90 tempat duduk menandakan usaha berterusan Bombardier untuk menambah baik pesawat Q400, yang bertujuan untuk menghadapi peningkatan trafik dan menambah pendapatan daripada pelanggan. Penambahbaikan lain di bawah usaha tersebut termasuklah penambahan kapasiti muatan sebanyak 907 kg dan peningkatan selang Semakan-A dan Semakan-C daripada 600/6,000 hingga 800/8,000 jam penerbangan. 

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan. 

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier

Nota untuk Editor
Imej pesawat Q400 disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com

Artikel ringkas tentang pesawat Q400 tersedia di Hab Media BCA. 

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Pesawat Komersial Bombardier. 

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier. 

Bombardier, Q400 dan Siri Q adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya. 

Untuk Maklumat 

Nathalie Siphengphet
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam 

Pesawat Komersial Bombardier
+1(450) 476-5792
nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/07937458-f0aa-4808-bf5c-96f52f5ed9f1 


Sumber : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.