ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ELAK KEJUTAN BIL SEMASA MENUNAIKAN HAJI

Friday 03/08/2018



CYBERJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan perayauan antarabangsa yang ditawarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dapat membantu memudahkan pengguna untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan apabila berada di luar negara. Namun, penggunaan tanpa memahami kaedah yang betul boleh menyebabkan bil telefon melambung tinggi. Terdapat pengguna yang mengalami kejutan bil selepas kembali ke tanah air dan mendapati bil telefon mencecah ribuan ringgit kerana menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa untuk panggilan telefon dan data internet.
 
Setiap tahun, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima aduan mengenai caj panggilan suara dan data perayauan daripada pengguna di seluruh Malaysia. Berdasarkan rekod CFM, sebanyak 52 aduan diterima setakat Jun 2018 manakala sebanyak 170 aduan diterima pada tahun 2017. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima daripada tahun 2012 sehingga kini, jumlah aduan mengenai masalah penggunaan data perayauan lebih tinggi daripada aduan mengenai penggunaan panggilan perayauan. CFM menyarankan agar pengguna mengambil langkah berhati-hati jika ingin menggunakan data internet semasa berada di luar negara dengan mendapatkan maklumat lanjut tentang harga dan pakej perayauan yang disediakan penyedia perkhidmatan anda.
 
TAHUNPENGGUNAAN DATA PERAYAUANPENGGUNAAN PANGGILAN PERAYAUANJUMLAH ADUAN
201234 aduan15 aduan49
2013                50 aduan              35 aduan85
201449 aduan38 aduan87
201554 aduan36 aduan90
2016312 aduan72 aduan384
2017120 aduan50 aduan170
2018
(Jan – Jun)
49 aduan3 aduan52
 
Bagi mengelakkan kerisauan pengguna semasa berada di luar negara terutama bagi jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji pada bulan ini, CFM memberikan tips tentang penggunaan data dan panggilan perayauan antarabangsa yang boleh dijadikan panduan untuk terus kekal berhubung dengan keluarga tanpa rasa bimbang.
 
“Musim haji melibatkan begitu ramai jemaah Malaysia dan CFM menyedari jemaah haji juga merupakan antara pengguna telekomunikasi yang ingin terus berhubung dengan keluarga apabila berada di Mekah. Perkongsian tips oleh CFM ini adalah untuk memberikan pengguna maklumat yang tepat dan agar pengguna tahu langkah-langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa berada di luar negara agar dapat mengelakkan kejutan bil apabila kembali semula ke tanah air,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff.
 
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan oleh jemaah haji tentang penggunaan perkhidmatan telekomunikasi sebelum pergi dan semasa berada di tanah suci:
 
1.     Rujuk Penyedia Perkhidmatan anda sebelum memulakan perjalanan ke luar negara
Ini adalah untuk memastikan anda mendapat maklumat yang tepat mengenai caj yang akan dikenakan. Anda tidak akan dikecualikan daripada membayar caj tersebut walaupun anda benar-benar tidak tahu.
 
2.     Buat salinan semua kenalan dan data penting dalam telefon anda sebelum meninggalkan Malaysia
Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya anda kehilangan telefon ketika berada di sana. Anda juga boleh memuatnaik maklumat penting ini dan menyimpannya di dalam storan atas talian untuk capaian mudah dari mana sahaja.
 
3.     Elak gunakan dua kad sim dalam satu telefon bimbit
Anda tidak digalakkan menggunakan cara ini jika anda tidak biasa dengan tetapan telefon yang perlu diubah. Gunakan telefon bimbit yang lain bagi setiap kad sim. Anda juga disarankan agar membawa telefon bimbit kedua bagi penggunaan kad sim tempatan untuk menerima atau membuat panggilan penting ketika berada di tanah suci. Manakala telefon pintar anda boleh digunakan untuk sambungan Wi-Fi sahaja.
 
4.     Beli kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia melalui dalam talian atau di lapangan terbang
Terdapat kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia yang mungkin mempunyai pakej yang dapat memenuhi keperluan anda selain dapat mengurangkan kerumitan untuk mendaftar kad sim semasa di luar negara.
 
5.     Dapatkan kad sim tempatan sebaik tiba di Arab Saudi sebagai alternatif untuk mendapatkan pilihan yang lebih murah
Lakukan sedikit kajian mengenai pelan yang disediakan di sana, dan pilih pakej kad sim yang terbaik serta sesuai dengan penggunaan anda sepanjang berada di sana.
 
6.     Nyahaktifkan “Sambungan Automatik ke Rangkaian”
Kebanyakan penyedia perkhidmatan di Malaysia mempunyai rakan perayauan antarabangsa  di semua negara yang anda lawati dan biasanya mereka menyediakan pakej khas kadar rata bagi panggilan suara dan data apabila anda disambungkan kepada mereka. Nyahaktifkan “SAMBUNGAN AUTOMATIK KE RANGKAIAN” dan pastikan anda sentiasa disambungkan kepada rakan perayauan penyedia perkhidmatan anda untuk menikmati pakej khas ini.
 
7.     Tukar mod “Airplane” atau “Pesawat” dan gunakan Wi-Fi
Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wi-Fi, anda boleh memilih untuk menukar mod telefon pintar anda ke mod “AIRPLANE” atau “PESAWAT” dan gunakan Wi-Fi awam yang anda boleh dapati di sana.
 
8.     Gunakan aplikasi seperti WhatsApp ketika menerima panggilan semasa berada di luar negara
Jika anda hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa berada di luar negara, anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi seperti “WhatsApp Call/Video Call” dan gunakan Wi-Fi sahaja.
 
CFM mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia dan semoga semua urusan ibadah dipermudahkan.
 
#HakAndaKeutamaanKami
#JadilahPenggunaYangBijak

Sumber : Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Noor Shahdiella Abd Manan
Tel : 019 – 324 6036
Emel : shahdiella@cfm.my

Nama : Roharrashidah Abdul Halil
Tel : 017 – 896 1588
Emel : roharrashidah@cfm.my 

Nama : Nur Shazwani Zainudin
Tel : 017 – 401 2010
Emel : shazwani@cfm.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.