ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  DEVIANTCOIN AKAN MEMPERKENALKAN KESELAMATAN HUJUNG-KE-HUJUNG DAN KEMUDAHAN STORAN TAHAP BAHARU KEPADA PASARAN MATA WANG KRIPTO GLOBAL

Monday 13/08/2018



Inisiatif yang dirancang termasuklah melancarkan platform pertukaran hibrid yang dapat menampung kekurangan pertukaran terpusat dan tak terpusat hari ini dengan berkesan

NEW YORK, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- -- via CryptoCurrencyWire -- DeviantCoin, aset kripto proof of stake dan masternode yang berfokus untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik dengan keselamatan menyeluruh hari ini memberikan gambaran keseluruhan untuk asas yang telah ditetapkan di samping menekankan peristiwa penting dalam perkembangannya yang paling signifikan.

Inovasi Kerahsiaan Identiti dan Penyepaduan Ciri Penting yang Berjaya

DeviantCoin dilancarkan dengan fokus utama terhadap memberikan pengalaman kripto yang selamat. Hari ini, komunitinya memiliki rangkaian tak terpusat yang memastikan transaksi selamat, mesej disulitkan, alamat sembunyi untuk kerahsiaan identiti sepenuhnya, bilangan pengesahan diperlukan dan yuran transaksi yang lebih rendah. Akerboya, Streetjammer, Cripdark dan Nightcrawler adalah sebahagian nama daripada pasukan pemimpin yang komited untuk meneruskan aktiviti perkembangan dan pertumbuhan komuniti.

Pendekatan Baharu untuk Menyelesaikan Keperluan Terhadap Storan dan Pertukaran Selamat yang Kurang Mendapat Perhatian Hari Ini

Kebanyakan pertukaran aset kripto dipusatkan sebagai syarikat milik swasta dan berdaftar dalam bidang kuasa tertentu, tetapi semua ini mempunyai kelemahan yang sama.

Kelemahan utama pertukaran terpusat:
  • Diuruskan oleh individu yang memegang dan mengawal aset pelanggan
  • Tertakluk pada keadaan peraturan yang tidak stabil di seluruh dunia
  • Insiden amalan tidak beretika, penggelapan wang dan kecurian melalui penggodaman yang berterusan
Pertukaran tak terpusat menyediakan alternatif yang lebih baik berbanding pertukaran terpusat. Seperti aset kripto, pertukaran terpusat memudahkan dagangan rakan-ke-rakan pada lejar teragih yang tidak diselaraskan oleh entiti tunggal. Hal ini mengurangkan kebanyakan masalah pertukaran terpusat. Walau bagaimanapun, masih ada pelbagai cabaran yang perlu ditangani.

Kelemahan utama pertukaran tak terpusat:
  • Antara muka yang tidak intuitif dan susah digunakan menyukarkan pengguna
  • Kebanyakannya mempunyai sokongan pelanggan yang lemah atau tiada sama sekali
  • Fungsi terhad tanpa kebolehan untuk menggunakan henti rugi dan perdagangan margin
  • Hanya perdagangan frekuensi rendah dapat dilakukan kerana penyelesaian bergantung pada pengesahan blok
Penyelesaian Hibrid untuk Komuniti Mata Wang Kripto

DEVX, pertukaran hibrid yang dibina oleh pembangun DeviantCoin akan dilancarkan sebagai platform dagangan aset kripto baharu yang mempunyai ciri terbaik daripada pertukaran terpusat dan tak terpusat. Platform ini direka dengan kelajuan, tindak balas, keberkesanan dan pengalaman pengguna daripada pertukaran terpusat dan juga ketelusan, keselamatan, integriti, kebertanggungjawapan dan kawalan pengguna daripada pertukaran tak terpusat.

“Selain berperanan sebagai platform pertukaran, DEVX juga akan digunakan sebagai dompet web tak terpusat dengan akses langsung ke berbilang blockchain,” kata Akerboya, salah seorang ahli pasukan DeviantCoin. “Kami juga akan memperkenalkan dompet perkakasan tak terpusat sepenuhnya yang berfungsi pada platform yang sama. Ciri ini meningkatkan keselamatan platform dengan mendayakan tanda pagar untuk menjadikan akses web anda lebih selamat dengan Pengesahan 2 Faktor.”

Kertas Putih dengan ilustrasi berwarna yang menerangkan rekaan DEVX boleh didapati di pautan berikut: https://deviantcoin.io/whitepaper.pdf

Perihal Komuniti DeviantCoin

DeviantCoin, aset kripto yang dicipta menggunakan teknologi blockchain dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kripto mod selamat diwakili oleh komuniti yang mempunyai matlamat masa hadapan dan mahu memajukan aset kripto ini. Individu yang menyertai pembangunannya dianggap sebagai tulang belakang aset kripto ini. DeviantCoin dimiliki oleh orang yang menggunakannya dan bukan hanya pembangun yang memacu perkembangannya kerana mereka menyedari bahawa pengikut yang berdedikasi amat penting.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati: https://deviantcoin.io/ 

Cara untuk berhubung dengan Komuniti DeviantCoin

Perbualan Discord melalui https://discordapp.com/invite/ahRgB5U 
Telegram chat via https://t.me/DeviantDEV 
Twitter social media via https://twitter.com/DeviantCoin 
Facebook social media via https://www.facebook.com/DeviantCoin/ 

Hubungan DeviantCoin
DeviantCoin
https://deviantcoin.io
contact@deviantcoin.io

Hubungan Blockchain Relations
Blockchain Relations
http://www.blockchainrelations.io
614-465-6025
press@blockchainrelations.io 

Sumber : DeviantCoin

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.