ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  AMAZON GAME STUDIOS MENGUMUMKAN THE GRAND TOUR GAME

Thursday 23/08/2018



Permainan episodik yang akan datang yang didasarkan kepada siri Prime Asal yang popular yang membolehkan pemain berlumba kereta-kereta eksotik, mencipta semula cabaran-cabaran liar, dan turut serta dengan kenakalan Clarkson, Hammond, dan May

SEATTLE, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon.com (NASDAQ: AMZN) hari ini mengumumkan bahawa Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May akan membawa senario riuh rendah dan pusingan gerun kepada PlayStation 4 dan Xbox One dalam The Grand Tour Game, satu permainan perlumbaan episodik yang didasarkan kepada siri Prime Asal yang popular, The Grand Tour. Dicipta oleh Amazon Game Studios, The Grand Tour Game membawa pemain ke lokasi eksotik, di mana mereka akan memandu kereta-kereta yang paling menarik di dunia, dan turut serta di dalam cabaran-cabaran hebat permainan itu. Episod baharu The Grand Tour Game akan ditambah pada setiap minggu semasa Musim 3 permainan itu, dengan merakamkan kereta, lokasi, dan kejutan dari episod pada setiap minggu. Sila layari www.playthegrandtourgame.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180821005353/en/


The Grand Tour Game menempatkan pemain untuk memandu kereta-kereta dari Musim 3, dan membawa kereta itu ke lokasi-lokasi ikonik yang akan dikunjungi oleh hos pada musim ini, termasuk trek ujian Eboladrome yang terkenal bagi The Grand Tour. Menampilkan peralihan yang lancar dari klip-klip program itu kepada corak permainan, di samping berjam-jam suara asal lakonan dari Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May, The Grand Tour Game diselitkan dengan kelucuan dan gurau senda yang sinonim dengan permainan itu.

"Ia adalah satu permainan video yang memaparkan saya, yang suka melanggar, dan yang suka membawa perlahan. Itulah yang perlu anda ketahui," kata Jeremy Clarkson. "Sekiranya anda sentiasa mahu berada di jalan raya bersama dengan kami, ini adalah detik-detik paling hampir yang anda akan perolehi. Kecuali jika anda menculik James dan mencuri mukanya."

"Sekiranya anda mahu melakukan tugas saya, anda kini boleh berbuat demikian," kata James May. "Sudah tentu bukan secara betul-betul, kerana ia hanya satu permainan, oleh itu jangan menyelongkar laci meja saya."

"Saya tinggal di kawasan desa di pedalaman, jadi saya kagum dengan apa sahaja yang berfungsi dengan menggunakan elektrik," kata Richard Hammond. "Tetapi saya mengakui bahawa permainan ini sangat mengagumkan, terutamanya skrin pisah untuk empat pemain."

Dalam The Grand Tour Game, pemain-pemain tidak boleh hanya mengikut kesan tayar lelaki itu, tetapi berlumba dan mencabar di antara satu sama lain secara bersemuka. The Grand Tour Game mempunyai skrin pisah untuk empat pemain, agar pemain dapat berlumba di antara satu sama lain — dan melemparkan kata-kata penghinaan terbaik mereka — secara bersemuka. Peningkatan kuasa secara nakal seperti High Tea, yang menumpahkan cawan dan piring yang mencarik tayar, dan Lebih Kuasa Kuda, yang membolehkan anda memecut melepasi persaingan, membantu membuat tindakan sukar diramal, dan memastikan pemandu sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga.

"The Grand Tour adalah mengenai kereta-kereta yang berkuasa hebat dan aksi yang tidak masuk akal, tetapi ia juga mengenai semangat keakraban," kata Craig Sullivan, Pengarah Kreatif di Amazon Game Studios. "Kami komited untuk menghasilkan secara autentik semangat permainan itu: kereta, gurau senda dengan rakan-rakan, dan (kebanyakannya) persaingan yang mesra."

The Grand Tour Game telah dicipta oleh Amazon Game Studios, Seattle. Permainan itu telah dibina dengan menggunakan Amazon Game Tech, termasuk Amazon Web Services (AWS) dan Amazon Lumberyard. Ketahui lebih lanjut mengenai Amazon Game Tech di https://aws.amazon.com/gametech/
The Grand Tour adalah sebuah Prime Asal untuk Prime Video. Penerbit Eksekutif adalah Andy Wilman.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, Tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari   www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180821005353/en/


Hubungi
Amazon.com, Inc.
Talian Penting Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon.com, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.