ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​LITHIUM WERKS DAN SUPER B BERSETUJU UNTUK BERGABUNG BAGI MEMBOLEHKAN PERALIHAN TENAGA GLOBAL

Tuesday 04/09/2018



HENGELO, Belanda, 4 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat pengurusan tenaga Lithium Werks (www.lithiumwerks.com), yang terkenal dengan Sel Nanophosphate™ dan modul ion litium pintarnya, telah bergabung dengan rakan pembangun dan pengeluar bateri litium Super B (www.super-b.com).

Syarikat global yang baharu ini melayani lebih 1,000 pelanggan di hampir 50 buah negara dan menawarkan pekerjaan kepada lebih 550 orang pekerja. Dengan lebih daripada 400 paten untuk teknologi litium, syarikat itu adalah peneraju utama dalam pengetahuan teknikal.

Pada awal tahun ini, Lithium Werks memperoleh aset bekas Valence Technology, Inc, dan perniagaan Perindustrian A123 Systems, LLC. Syarikat Belanda yang baharu Lithium Werks B.V ini adalah merupakan gabungan bersama antara pembekal sel terkemuka, menawarkan Sel Nanophosphate™ berkualiti tinggi, dan dua pembekal sistem bateri jenama A: Valence dan Super B.

Syarikat-syarikat itu sudah menjadi rakan kongsi yang rapat. “Perkongsian strategik kami telah berkembang. Kami sedar sekarang bahawa cara terbaik untuk memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat untuk penyelesaian kuasa mudah alih adalah dengan bergabung dan membentuk pasukan,” kata T. Joseph Fisher III, CEO dan pengasas bersama Lithium Werks.

Ketua eksekutif Super B Henk Kleef berkata: “Kedudukan jenama kukuh seperti Valence dan Super B untuk sistem bateri membolehkan pembangunan dan pengembangan organisasi Lithium Werks baharu. Kami akan terus menawarkan sistem bateri yang tahan lama, selamat, boleh dipercayai dan disesuaikan kepada pelanggan kami dalam sektor seperti tenaga perindustrian, pengangkutan, marin dan boleh diperbaharui.”

“Kami akan bersama-sama memudahkan peralihan global ke arah kuasa yang bersih, menggunakan nanoteknologi dan perisian pintar untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan barangan, orang dan tenaga." Kata En Fisher.

Tentang Lithium Werks
Lithium Werks adalah syarikat bateri ion litium yang berkembang pesat dengan kemudahan pengeluaran di China dan pejabat di Amerika Syarikat, Belanda, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel-sel, modul, dan sistem pengurusan bateri ke dalam pasaran seperti pengendalian bahan, storan tenaga penyimpanan, perubatan, dan marin komersial.

Tentang Super B
Super B mempunyai reputasi yang kukuh untuk membangun dan menghasilkan bateri litium mewah yang unik untuk pelbagai industri dan aplikasi. Pelbagai pengeluar dan pelanggan utama di pasaran seperti automotif, kenderaan rekreasi, motosikal, UPS dan marin telah menggunakan penyelesaian bateri litium Super B yang inovatif dan boleh dipercayai. Penyelesaian Super B dibangunkan dan dihasilkan di Hengelo, Belanda dan disokong dengan pusat penjualan/pusat serantau di seluruh dunia.

Hubungan media:
Hubungan Akhbar/Media Lithium Werks
https://lithiumwerks.com/media-relations/

Sumber : Lithium Werks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.