ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  JAPAN INSULATION MENGELUARKAN DAIPALITE-EA, BAHAN PENEBAT TERMA BUKAN ORGANIK YANG TAHAN SUHU TINGGI

Thursday 06/09/2018



AsiaNet 75006

OSAKA, Jepun, 5 Sept, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Mesra alam, Menggunakan Biojisim sebagai Bahan Mentah dan Bahan Api, Namun Masih Lagi Dapat Bertahan Daripada Haba 1,000 darjah Celsius -

JAPAN INSULATION CO., LTD. telah mengeluarkan "DAIPALITE-EA," sejenis bahan penebat terma yang dibangunkan berasaskan kepada hasil daripada penyelidikan kerjasama berasaskan ODA dengan Malaysia. Dengan menggunakan abu sekam padi sebagai satu bahan alternatif untuk batu silika, ia membolehkan penggunaan secara berkesan sekam padi yang menyebabkan pencemaran alam sekitar melalui pembuangan ke sungai. Selain itu, dengan menggunakan haba (tenaga biojisim) yang dijanakan apabila membakar sekam padi dalam proses tindak balas dan pengeringan, pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan dengan ketara.

(Foto 1: https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=465)
(Imej 1: https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=466)
 
JAPAN INSULATION mengeluarkan "DAIPALITE-EA" di Wilayah An Giang, Vietnam. Projek "DAIPALITE" itu telah diperakui oleh kerajaan wilayah An Giang sebagai sebuah projek mesra alam untuk kesan kawalan pelepasan karbon dioksidanya yang menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar global.

Teknologi syarikat itu didaftarkan dengan Pangkalan Data Teknologi Alam Sekitar bagi Organisasi Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO) di Pejabat Penggalakan Pelaburan dan Teknologi, Tokyo (ITPO Tokyo).

Pangkalan Data Teknologi Alam Sekitar:
http://www.unido.or.jp/en/activities/technology_transfer/technology_db/
 
(Imej 2: https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=469)
 
Memandangkan "DAIPALITE-EA" diasaskan pada Xonotlite, dengan rintangan haba sehingga 1,000 darjah Celsius, ia digunakan di tempat-tempat seperti loji kuasa dan loji petrokimia bagi menebat peralatan dan paip dengan suhu dalaman yang tinggi, dengan itu menyumbang kepada perindustrian di negara-negara membangun. Piawaian produk itu mematuhi ASTM. Di samping itu, JAPAN INSULATION juga mengeluarkan "DAIPALITE-E," yang bersamaan dengan produk jenis JIS, di Vietnam.

(Foto 2: https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=467)
(Imej 3: https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=468)
 
Maklumat mengenai JAPAN INSULATION CO., LTD.
Syarikat itu mengeluarkan dan menjual bahan binaan kalis api dan tidak mudah terbakar jenis kalsium silikat dan bahan penebat terma serta mereka bentuknya, dan menjalankan pembinaan kalis api, mereka bentuk dan membina penebat terma untuk loji perindustrian. Syarikat itu ditubuhkan pada 8 April, 1914, dan ia mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun. JIC VIETNAM ONE MEMBER CO., LTD., yang mengeluarkan "DAIPALITE-EA," adalah anak syarikat milik mereka sepenuhnya.
 
Laman web rasmi:
https://www.jic-bestork.co.jp/modules/smartsection/item.php?itemid=447
  
Sumber: JAPAN INSULATION CO., LTD. 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.