ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​BIMAN TANDATANGANI PESANAN UNTUK TIGA PESAWAT BOMBARDIER Q400

Wednesday 12/09/2018



TORONTO, 12 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bombardier Commercial Aircraft hari ini mengumumkan bahawa Biman Bangladesh Airlines Ltd. telah memesan tiga bebaling turbo Q400 baharu dengan menandatangai perjanjian pembelian dengan Canadian Commercial Corporation (CCC).

Berdasarkan senarai harga pesawat Q400, pesanan firma itu bernilai kira-kira AS$106 juta.

“Kami sangat gembira Biman memperluaskan armada Q400 dengan pesanan ini untuk tiga pesawat baharu,” ujar François Cognard, VP,  Jualan, Asia Pasifik. “Kapasiti tempat duduk dan kargo yang lebih besar Q400 benar-benar membezakannya daripada persaingan. Tambahan pula, gabungan ekonomi bebaling turbo Q400 dan prestasi seperti jet merupakan padanan terbaik untuk laluan jarak pendek dan jarak jauh Biman. Pengendali kembali untuk mendapatkan lebih banyak pesawat Q400 benar-benar mengesahkan manfaat ciri-ciri unik pesawat itu.”

“Kami sangat teruja untuk menambah pesawat Q400 ini kepada armada kami. Kami kini mengendalikan dua Q400 dan tanpa ragu-ragu, kami boleh mengatakan bahawa pesawat-pesawat ini sesuai untuk operasi domestik dan serantau kami,” ujar En. A M Mosaddique Ahmed, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Biman Bangladesh Airlines. Dengan ekonomi, keselesaan dan fleksibiliti operasinya yang cemerlang, Q400 akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kekerapan tinggi di Bangladesh dan negara-negara jiran.”

“Kami amat gembira untuk menyokong Bombardier dalam menjual pesawat Q400 mereka kepada Biman Bangladesh Airlines Ltd.,” ujar Ian McLeod, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Jualan untuk Canadian Commercial Corporation. “Kanada dan Bangladesh menikmati hubungan dua hala yang kukuh melalui perdagangan dan pelaburan, kerjasama pembangunan, dan hubungan orang-ke-orang. Meningkatkan kapasiti syarikat penerbangan nasional menyokong usaha ini dan pertumbuhan ekonomi negara; meningkatkan kehidupan rakyat Bangladesh dengan meningkatkan akses mereka ke destinasi domestik dan antarabangsa.”

Tentang Biman
Biman Bangladesh Airlines ialah syarikat penerbangan Pembawa Bendera Kebangsaan Bangladesh. Hab utamanya adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di Dhaka dan juga mengendalikan penerbangan dari hab sekundernya di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chittagong dan Osmani di Sylhet. Syarikat penerbangan ini menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo antarabangsa ke Asia dan Eropah, serta semua laluan domestik di Bangladesh. Biman kini terbang ke 15 laluan antarabangsa dan tujuh laluan domestik.

Tentang Canadian Commercial Corporation
Canadian Commercial Corporation (CCC) merupakan organisasi kontrak kerajaan-ke-kerajaan antarabangsa Kerajaan Kanada. Perbadanan Crown Kanada, CCC membantu pengeksport Kanada menjual barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan asing di seluruh dunia menggunakan mekanisme kontrak kerajaan-ke-kerajaan. Pada tahun 2017-18, Canadian Commercial Corporation aktif di 78 buah negara di seluruh dunia, bekerja dengan 182 syarikat Kanada, untuk menandatangani kontrak eksport bernilai lebih dari $1.3 bilion.

Tentang Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja di empat segmen perniagaan, Bombardier menerajui peneraju global dalam industri pengangkutan, mewujudkan pesawat dan kereta api yang inovatif dan mengubah dunia. Produk dan perkhidmatan kami menyediakan pengalaman pengangkutan kelas dunia yang menetapkan piawaian baharu dalam keselesaan penumpang, kecekapan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara di selurh segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan di Bursa Saham Toronto (BBD). Pada tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier mencatatkan pendapatan sebanyak $16.2 bilion. Berita dan maklumat boleh didapati di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota kepada Editor
Imej pesawat Q400 dalam rupa Biman Bangladesh Airlines yang disiarkan dengan siaran berita ini di bombardier.com

Latar belakang pesawat Q400 boleh didapati di Hab Media BCA.

Untuk mendapatkan maklumat tentang Biman Bangladesh Airlines https://www.biman-airlines.com/about

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian RSS Feed di Laman Web Bombardier.

Bombardier, Siri Q400 dan Q adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau anak syarikatnya.

Maklumat lanjut

Nathalie Siphengphet
Ketua Komunikasi and Perhubungan Awam
Bombardier Commercial Aircraft
+1 416-375-3030
nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/60ed20dd-1a55-44d2-b4aa-53dc99f71175

Sumber : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.