ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  FUSIONEX MENYOKONG PROGRAM BANTUAN PERUBATAN YANG MENYASARKAN 500,000 RAKYAT MALAYSIA

Tuesday 18/09/2018



KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex memberikan sokongan mereka kepada Program Bantuan Kesedaran Kesejahteraan Perubahan Bergerak. Fusionex adalah rakan utama dan penaja bagi program itu, yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan gula tinggi – ketiga-tiga yang tinggi. Untuk mendidik pesakit dan orang ramai, sebuah van Bantuan Perubatan Bergerak akan melawat ke sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat-pusat komuniti dari November.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180917005041/en/

Van dan program itu telah dilancarkan oleh Presiden Kelab Rotari Kuala Lumpur Diraja, Datuk Seri Nelson Kwok yang mengangkat sumpah jawatan pada pelantikan ke-91 Kelab itu baru-baru ini. Beliau menjelaskan bahawa Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan 17.5% bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi penyakit kencing manis dan hampir separuh daripada populasi, atau kira-kira 9.6 juta orang, mempunyai tekanan darah tinggi atau paras kolesterol yang tinggi.

"Ia sangat membimbangkan bahawa lebih daripada separuh penduduk itu menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dan empat daripada lima orang yang mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi tidak menyedari keadaan mereka," kata beliau sambil menambah bahawa "kami akan menjalankan program kesedaran untuk mencegah Ketiga-tiga yang Tinggi itu serta menyediakan ujian secara percuma."

Sebagai tambahan kepada program bantuan itu, mereka akan menganjurkan satu pertandingan kesenian pada Januari yang menyasarkan generasi muda di sekolah dan kolej. Program itu bertujuan menjangkau kepada 50,000 dan memberi impak kepada 500,000 rakyat Malaysia. Program itu dijangka dilancarkan di peringkat antarabangsa pada Mac depan dengan penyertaan tujuh kelab dari luar negara.

Pengasas FusionEx dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dato' Seri Ivan Teh berkata, "Kami gembira kerana menjadi sebahagian daripada program bantuan yang menakjubkan ini yang diketuai oleh Kelab Rotari dan berharap dapat mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Kami berharap masyarakat akan memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang pendidikan itu serta ujian perubatan percuma untuk meningkatkan kualiti hidup dalam keluarga dan komuniti mereka. Kami berharap bahawa dengan sokongan Fusionex terhadap inisiatif murni ini yang dipimpin Kelab Rotari, rakyat Malaysia akan dapat hidup lebih sihat dan lebih baik."

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet untuk segala-galanya, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan membukakan nilai dan memperolehi pemahaman daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180917005041/en/

Hubungi
Edelman
Fariz Zulfa Mohd Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.