ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TELEDYNE DALSA MENGEMBANGKAN SIRI KAMERA IMBASAN KAWASAN DENGAN MODEL GIGE VISION 5 GIGABIT PERTAMA DALAM INDUSTRI

Wednesday 19/09/2018



Lapan kamera Genie Nano baharu memberikan pemeriksaan resolusi tinggi yang pantas untuk sistem visi mesin GigE Vision

WATERLOO, Ontario, 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin, dengan bangganya memperkenalkan kamera Genie Nano terbaharu dengan lapan model monokrom dan berwarna yang diperbuat berdasarkan sensor imej SONY® berprestasi tinggi. Kamera GigE Vision 5-Gigabit baharu ini mempunyai resolusi daripada 3.2Mpiksel hingga 12Mpiksel dengan banyak lagi model akan dikeluarkan sebelum akhir tahun – termasuk model Terkutub 5Mpiksel.

Model Nano baharu ini dihasilkan untuk aplikasi pengimejan yang memerlukan pemindahan data berkelajuan tinggi dan dapat menggantikan kamera terbina dalam sistem visi semasa yang bergantung pada antara muka standard visi GigE sedia ada. Model Genie Nano baharu ini menampilkan kelajuan sambungan 5GBASE-T.

IEEE 802.3bz-2016 ialah standard dilanjutkan untuk Ethernet melalui pasangan dawai kuprum terpiuh dengan kelajuan 2.5 Gbit/s dan 5 Gbit/s. Ini mencipta kelajuan pertengahan antara standard Ethernet 1 Gigabit dan Ethernet 10 Gigabit. Standard yang terhasil dinamakan 2.5GBASE-T dan 5GBASE-T. Teknologi 5GBASE-T membolehkan sambungan Ethernet menawarkan lebih keluwesan dengan kadar data baharu sehingga 5Gbps menerusi kabel Cat5e yang biasa digunakan. Teknologi ini memecutkan data sehingga 100 meter menerusi kabel pasangan kumprum terpiuh.

“Pelanggan yang menggunakan USB3 Vision sudah menikmati lebar jalur 360 hingga 400MB/saat,” kata Manny Romero, Senior Pengurus Produk Teledyne DALSA, “tetapi Genie Nano 5GigE menawarkan lebih lagi, dengan kadar bingkai lebih laju yang setara dengan 585MB/saat. Tambahan lagi, dengan teknologi TurboDrive kami yang telah memenangi anugerah, pengguna boleh mendapat peningkatan lebar jalur sehingga 50%.”

Seperti semua kamera Genie Nano, model ini ditawarkan dalam bentuk kompak dan tersedia dalam beberapa resolusi daripada 3.2MP hingga 12MP, dengan kadar bingkai laju daripada 190 hingga 63 bps. Pereka sistem untuk automasi industri, pengeluaran elektronik, pembungkusan dan pemeriksa semikonduktor serta pemeriksa visi mesin umum boleh menjangkakan laluan penyepaduan yang lancar untuk melanjutkan hayat sistem sedia ada dengan mudah.

Ciri Utama:
  • Jejak yang kecil / ringan; 59mm x 44mm x 32 mm
  • Julat suhu yang besar (-20 hingga 65°C) untuk pengimejan dalam persekitaran kasar
  • Kuasa-Menerusi-Ethernet (PoE) atau 12-36Volt pada penyambung tambahan  
  • Pilihan lalai: 2 Input / 3 output dipencilkan optik pada penyambung 10 pin
  • Menyokong kelajuan sambungan Ethernet 1 Gigabit, 2.5 Gigabit dan 5 Gigabit.
  • Sehingga 10 Gbps pemerolehan imej dalaman
  • Sokongan untuk teknologi TurboDrive v2.0 Teledyne DALSA
Kamera Genie Nano menampilkan rekaan yang unggul. Sila lawati halaman produk Genie Nano untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan kit media dalam talian untuk imej resolusi penuh.

Perihal Teledyne DALSA

Teledyne DALSA merupakan peneraju teknologi antarabangsa dalam pengesanan, pengimejan dan penghasilan semikonduktor khusus. Penyelesaian pengesanan imej kami merangkumi cahaya inframerah, cahaya nampak hingga X-ray; faundri MEMS kami telah memperolehi reputasi peneraju dunia. Tambahan lagi, kami mampu memberikan tinjauan 3D canggih dan sistem maklumat geospatial melalui subsidiari kami, Teledyne Optech dan Teledyne Caris. Teledyne DALSA mempunyai lebih kurang 1400 orang pekerja di seluruh dunia dan beribu pejabat di Waterloo, Kanada. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com.

Perihal Teledyne Imaging
Teledyne DALSA ialah syarikat yang bernaung di bawah Teledyne Imaging. Dengan kepakaran tiada bandingan merentasi bidang dan pengalaman berdekad lamanya, syarikat-syarikat Teledyne Imaging menawarkan produk dan teknologi berkelas terbaik, serta rangkaian teknologi sensor imej terbesar di dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledyneimaging.com.


Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Hubungan Media Global, Teledyne Imaging
Tel: +1-519-886-6001 samb. 2187
E-mel: geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7a724718-796c-4d3c-8447-e8809985a574

Sumber : Teledyne DALSA

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.