ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI DIBUKA SEMULA SELEPAS KEROSAKAN TAUFAN

Monday 24/09/2018



Video Dalam Talian yang Baharu yang dihasilkan oleh Biro Pelancongan KANSAI Mengalu-alukan Kembali Pelancong selepas Pemulihan Cepat Lapangan Terbang

OSAKA, Jepun, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Biro Pelancongan KANSAI hari ini mengeluarkan sebuah video dalam talian yang disasarkan kepada pelancong domestik dan antarabangsa, untuk memaklumkan kepada mereka bahawa bermula pada hari Jumaat 21 September, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai telah pulih sebahagian besar daripada fungsi operasi mereka berikutan kerosakan yang signifikan pada awal September oleh Taufan 21, yang telah menutup lapangan terbang itu dan menjejaskan dengan ketara kemasukan pelancongan ke wilayah itu.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180921005195/en/

Taufan 21 telah melanda kawasan Kansai pada 4 September, dengan menyebabkan gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di wilayah Kansai, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Landasan digenangi air, dan beberapa kemudahan bekalan kuasa dan jambatan rosak, operasi terjejas teruk. Namun perkhidmatan kini dipulihkan ke tahap sebelum bencana, hasil daripada sokongan besar daripada semua pihak yang terlibat.

Biro Pelancongan KANSAI menyertai pelbagai organisasi ekonomi dan pelancongan dan kerajaan-kerajaan tempatan di kawasan Kansai di dalam menyokong langkah-langkah untuk mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Video itu memaklumkan kepada pelancong yang ingin ke Kansai dari seluruh Asia mengenai pemulihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Sekarang lapangan terbang itu telah menyambung semula operasi normal, Pengerusi Masayoshi Matsumoto dan seluruh Biro Pelancongan KANSAI tidak sabar untuk mengalu-alukan kembali pengunjung ke Kansai.

Saksikan video itu di sini:
http://welcomekansai.net/
https://youtu.be/HvvQhIcudn4

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180921005195/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Biro Pelancongan KANSAI
Munehisa Kuwahara / Shuichi Tsuboi, +81-6-6223-7200
tsuboi-shuichi@kansai.gr.jp
http://kansai.gr.jp/
Alamat: Osaka Nakanoshima Bldg. 7F 2-2-2 Nakanoshima, Kita-ku, Osaka 530-0005

Sumber: Biro Pelancongan KANSAI

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.