ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  IWBI UMUM PESERTA PORTFOLIO WELL YANG PERTAMA

Wednesday 26/09/2018



Laluan Baharu Membantu Memperkemas dan Menskalakan Peningkatan Kesihatan dan Kesejahteraan merentasi Portfolio

NEW YORK, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The International WELL Building Institute™ (IWBI™) hari ini mengumumkan peserta pertama di dalam Portfolio WELL™, sebuah laluan baharu yang diperkemaskan untuk Persijilan WELL™ bagi pelbagai bangunan baharu atau yang sedia ada dan ruang penyewa di dalam satu portfolio tunggal. Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada perintis WELL v2™, lelaran terkini bagi Standard Bangunan WELL™ (WELL™), ia merupakan sebahagian daripada satu suite penambahan kepada WELL yang menangani permintaan yang semakin meningkat merentasi industri bangunan bagi satu program yang membantu pemilik, pemaju dan penyewa menyelaras dan menskalakan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan kepada aset hartanah mereka.

Pengumuman itu dengan pantas diikuti dengan pelancaran WELL v2, lelaran kedua bagi  Standard Bangunan WELL yang menjadi perintis bagi IWBI. Penambahan bagi satu proses kajian semula fasa awal yang membolehkan projek-projek untuk mencari penentuan WELL D&O™, yang diperkenalkan di dalam WELL v2, membolehkan portfolio projek-projek bergerak melalui proses pensijilan dalam satu cara yang lebih kemas kini dan bersistematik merentasi pangkalan aset mereka, dengan satu tumpuan khusus terhadap garis panduan dasar, program dan perolehan. Laluan Portfolio WELL akan menggalakkan pemilik untuk menganggap WELL sebagai satu perjalanan dan bukannya satu destinasi, dan untuk meningkatkan penambahbaikan merentasi portfolio mereka sepanjang masa, menjejaki kemajuan mereka di sepanjang jalan.

Penyewa, pemaju dan pelabur dari Eropah, Amerika Utara, Australia dan Asia kesemuanya telah menyatakan minat untuk mengikuti Laluan Portfolio WELL itu. Banyak yang telah menggunakan WELL untuk bangunan tertentu dan kini berusaha untuk membawa nilai yang sama dan prestasi yang berasaskan bukti kepada portfolio mereka - membuktikan komitmen mereka untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara berskala.

Berikutan perbincangan meja bulat yang diterajui oleh pakar dan pembabitan pihak berkepentingan, organisasi dari seluruh dunia telah memberikan komitmen untuk menguji sampel portfolio bagi bangunan yang layak. Penyertaan mereka secara amali di dalam pembangunan laluan ini melalui proses perintis memastikan sebuah program yang akan memberi faedah segera dan boleh diukur kepada kedua-dua pihak pengamal awal dan mereka yang muncul selepas itu.

Organisasi ini termasuk, antara lain:

Barclays
Brandywine Realty Trust
CBRE Global Investors dan CBRE
Charter Hall
Forest City Realty Trust
Gro
Investa
JLL Asia Pacific
The Lendlease managed Australian Prime Property Fund (APPF) Commercial
Miron Construction Co., Inc.
Prologis, Inc.
Shaw Industries
SL Green Realty Corp

"Keterujaan di dalam Laluan Portfolio WELL di kalangan pemimpin hartanah di dunia memberikan maklumat yang banyak mengenai keperluan untuk menggunakan bangunan kami sebagai sebahagian daripada set peralatan bagi meningkatkan kesihatan kita dan meningkatkan kesejahteraan kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi IWBI Rick Fedrizzi. "Organisasi tahu bahawa perubahan yang berkesan disampaikan pada skala, dan ia adalah daya penggerak di sebalik inisiatif ini."

Fedrizzi menyatakan bahawa dengan membolehkan pelaksanaan secara berperingkat bagi ciri-ciri WELL merentas pelbagai bangunan di dalam satu portfolio boleh menjadi lebih cekap dan juga memberikan kelonggaran tambahan di dalam cara pemilik dan tuan tanah dapat memperolehi Persijilan WELL. Untuk meningkatkan kecekapan dan kelenturan, projek Laluan Portfolio WELL akan menerima kad skor yang khusus, disesuaikan untuk portfolio bangunan mereka masing-masing, dan akan dibimbing untuk membuat penambahbaikan portfolio dari masa ke masa. Pemilik bangunan juga dapat menanda aras prestasi bangunan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan, kedua-dua merentas portfolio mereka sendiri dan relatif kepada portfolio setara.

Oleh kerana kemapanan manusia dan persekitaran mempunyai kaitan rapat, Standard Bangunan WELL direka untuk beroperasi dengan standard bangunan hijau global yang terkemuka. Pemaju dan pengurus harta tanah yang telah membuat komitmen terhadap bangunan hijau, menggunakan LEED, BREEAM, Green Star atau Living Building Challenge, misalnya, berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih peluang-peluang yang luas yang disediakan oleh bangunan-bangunan yang Diperakui WELL™.

"Sama ada pemilik bangunan itu sendiri yang ingin membezakan ruang mereka untuk menjadikannya lebih menarik kepada penyewa, atau sebuah syarikat yang ingin mengekalkan dan menarik bakat, meningkatkan produktiviti pekerja atau berpotensi mengurangkan kos penjagaan kesihatan, manfaat yang diperoleh dengan mempunyai pekerja yang lebih sihat dan lebih produktif harus jauh melebihi pelaburan yang dikeluarkan hanya sekali di dalam pembaikan bangunan. Prestasi WELL yang terbukti telah menjadi pilihan de facto bagi pemimpin di seluruh dunia yang mahu untuk diri mereka dan penyewa tempat dan ruang yang direka untuk memberikan faedah kesihatan yang pantas dan boleh diukur bagi setiap orang di dalam bangunan itu," kata Fedrizzi.

Petikan Peserta

"SL Green mempunyai kejayaan yang luar biasa dengan Program Volume LEED USGBC, yang membolehkan kami untuk menyelaraskan proses pensijilan merentasi 15 hartanah supaya kami dapat melihat kelebihan Portfolio WELL," kata Laura Vulaj, Naib Presiden Kanan dan Pengarah bagi Kemampanan untuk SL Green. "Kami sedang mengejar WELL di One Vanderbilt dan kami akan dapat menerapkan pengajaran yang dipelajari kepada program perintis ini secara skala portfolio yang meluas. Yang paling penting, kami komited untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan penghuni melalui perkongsian kami dengan IWBI."

"JLL Asia Pasifik sangat teruja untuk terlibat di dalam Perintis Portfolio WELL itu, yang kami akan gunakan untuk memberi tumpuan terhadap jejak hartanah JLL sendiri, dan untuk membantu pelanggan kami dalam perjalanan mereka sendiri ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik," kata Matthew Clifford, Ketua bagi Tenaga dan Perkhidmatan Kelestarian, JLL Asia Pasifik. "Alat baharu ini menawarkan potensi yang besar untuk membuka peluang kesihatan dan kesejahteraan dalam persekitaran yang dibina, memberikan manfaat yang luar biasa kepada kehidupan kakitangan, pelanggan dan orang ramai."

"Investa melihat kesihatan dan kesejahteraan penyewa kami sebagai amat penting untuk mewujudkan tempat kerja yang berkembang pesat merentasi seluruh negara dan kepada kejayaan organisasi yang kami anjurkan setiap hari," kata Nina James, Pengurus Besar, Kemampanan Korporat di Investa. "Laluan portfolio itu akan membolehkan kami untuk menyatakan dengan jelas keputusan amalan terbaik kesihatan dan kesejahteraan dengan menggunakan kad skor WELL v2. Investa berbangga menjadi sebahagian daripada projek perintis ini, bekerjasama dengan organisasi terkemuka dunia untuk mencipta bersama penyelesaian WELL yang berdaya maju bagi bangunan sedia ada."

"Penyertaan kami di dalam Perintis Portfolio WELL, yang mengintegrasikan unsur-unsur kesihatan dan kesejahteraan pekerja ke dalam reka bentuk bangunan, adalah padanan yang semulajadi dengan pendekatan Prologis yang berinovatif terhadap pengawasan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus," kata Grant Stevens, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Pembinaan dan Pembangunan Global, Prologis. "Bangunan dibina dengan standard reka bentuk kemampanan yang paling tinggi tidak hanya mengurangkan kos operasi bagi pelanggan dan syarikat kami tetapi juga menggalakkan kesejahteraan dan produktiviti pekerja."

"Di peringkat global, kami melihat pelabur menggunakan prestasi alam sekitar dan sosial, bukan sahaja untuk menjadi warga korporat yang baik tetapi sebagai satu penunjuk untuk menyampaikan pulangan risiko jangka panjang yang diselaraskan," kata Josh McHutchison, Pengarah Urusan bagi Lendlease Investment Management Australia. "Kesejahteraan adalah satu daripada faktor pemacu untuk mewujudkan kawasan terbaik di mana orang mahu bekerja, dan penyewa kami melihat kesejahteraan sebagai satu cara untuk menarik dan mengekalkan orang yang paling baik."

"Ruang di mana kita hidup, bekerja, bermain, belajar dan memulihkan mempunyai impak besar terhadap kehidupan kita. Reka bentuk mereka -- serta produk yang terdapat di dalamnya -- memainkan satu peranan penting di dalam cara kita berfungsi setiap hari," kata Susan Farris, Naib Presiden bagi Kemapanan dan Komunikasi Korporat di Shaw. "Melalui komitmen kami kepada prinsip reka bentuk Cradle to Cradle sejak 20 tahun yang lalu, ini telah menjadi satu bidang tumpuan bagi kami. Penyertaan kami di dalam Portfolio WELL seterusnya membuktikan komitmen kami terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia melalui persekitaran yang dibina. Seperti kebanyakan pelanggan kami, kami mengiktiraf peluang untuk membantu orang berkembang maju dan memperkenalkan sesuatu yang baharu melalui ruang kerja yang selamat dan sihat yang kami sediakan kepada rakan-rakan sekutu kami," kata Farris.

Maklumat mengenai International WELL Building Institute

The International WELL Building Institute (IWBI) sedang mengetuai pergerakan global untuk mengubah bangunan dan komuniti kita dalam cara yang membantu orang berkembang. Projek perintis WELL v2 adalah sebuah versi yang baharu dilancarkan daripada Standard Bangunan WELL mereka yang popular, bersama dengan perintis Standard Komuniti WELL, sebuah sistem penarafan skala daerah yang menetapkan satu penanda aras global yang baharu untuk komuniti yang sihat. WELL ditumpukan secara eksklusif kepada cara-cara bangunan dan komuniti, dan segala-gala di dalamnya, boleh meningkatkan keselesaan kita, mendorong membuat pilihan yang lebih baik, dan secara amnya meningkatkan, tidak menjejaskan, kesihatan dan kesejahteraan kita. IWBI mengadakan dan menggerakkan kesejahteraan komuniti melalui pengurusan tauliah WELL AP, mengejar penyelidikan yang sesuai, pembangunan sumber pendidikan, dan memberi sokongan terhadap dasar yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan di mana sahaja. Maklumat lanjut mengenai WELL boleh diperolehi di sini.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180925006028/en/


Hubungi
Hubungan Media:
Jamie Matos
516.941.7176
jamie.matos@wellcertified.com

Sumber : The International WELL Building Institute
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.